Tuesday, 22 March 2016

GEMERSIK TIGA : SAJAK GURU DAN ANAK DIDIKNYA


BERITA > LAPORAN AKHBAR

1.

Penerbitan buku ini merupakan usaha sama pertama antara ITBM dan Yayasan Usman Awang. Ia diterbitkan atas dasar meraikan dan menghargai kepengarangan Sasterawan Negara Usman Awang bersama-sama karya Lim Swee Tin dan Siti Zainon Ismail. 

Antologi ini memuatkan 90 puisi karya tiga sasterawan prolifik negara, iaitu Sasterawan Negara Usman Awang dan dua penerima S.E.A Write Award, iaitu Lim Swee Tin dan Siti Zainon Ismail.

2.
Mengambil tarikh istimewa, iaitu pada hari sambutan penubuhan Malaysia (Hari Malaysia), ia memperlihatkan sisi Sasterawan Negara Usman Awang yang telah lama menyemarakkan semangat perpaduan dalam karya nukilan beliau, dan semangat itu diteruskan dengan hasil penulisan Lim Swee Tin dan Siti Zainon Ismail. Antologi puisi ini bakal menjadi sebuah dokumentasi pengikat perpaduan dan keharmonian dalam kesusasteraan negara.


Tujuan antologi puisi ini ialah mengumpulkan karya-karya Usman Awang dan bersamanya, karya dua orang penyair yang lebih muda, yang memperlihatkan persamaan dengan karya Usman, dari segi tema atau gayanya. Oleh yang demikian antologi puisi ini juga bertujuan memperlihatkan warisan Usman sendiri; di suatu pihak menegaskan pengaruh baik Usman, dan di pihak yang lain menunjukkan perjuangannya yang masih diteruskan, dan diperlukan untuk Malaysia yang berbilang bangsa, yang berjati diri dan bangga dengan sastera dan sejarahnya.
Dalam usaha menyusun antologi puisi bersama ini kami sangat merasakan bahawa "zaman Usman" (sekiranya zaman ini dapat dinamakan demikian) mengalir juga melalui karya ramai penyair. Puisi mereka yang bergema dengan ghairah keterlibatan Usman Awang." - SN Muhammad Haji Salleh.






SEMANGAT PERPADUAN DAN KEMANUSIAAN KARYA GEMERSIK TIGA

by THE DAILY SENISEPTEMBER 17, 2015
16hb September 2015 – Karya antologi puisi yang bertemakan perpaduan dilancarkan dengan jayanya di Coffee Club Xpress, Kinokuniya KLCC pada jam 2.30 petang semalam. Karya yang diberi tajuk Gemersik Tiga ini merupakan hasil kompilasi tulisan tiga sasterawan, Sasterawan NegaraUsman AwangDr. Lim Swee Tin dan Dr. Siti Zainon Ismail.
Bersempena Hari Malaysia, buku antologi yang bertemakan konsep kesepaduan sesama kaum ini dilancarkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Yayasan Usman Awang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1. Turut hadir dalam majlis yang sama adalah Dr. Syed Husin Ali selaku Pengerusi Yayasan Usman Awang dan juga Encik Mohd Khair Ngadiron selaku Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif ITBM serta para sasterawan dan penggiat sastera tanah air.


Buku yang diilhamkan dan diselenggarakan oleh Dr. Lim Swee Tin ini memuatkan 90 puisi bernuansa “Zaman Usman” yang memperlihatkan jati diri bangsa Malaysia serta nilai kemanusiaan yang tinggi. Kedua penyair yang lain, yang turut menyatakan nada dan penggayaan puisi yang sama dengan Usman Awang adalah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara iaitu Dr. Siti Zainon Ismail (1989) dan juga Dr. Lim Swee Tin (2000).

Gambaran keseluruhan antologi Gemersik Tiga

Pembukuan karya Gemersik Tiga ini bukan sahaja dilihat untuk mengangkat dan mengumpul kembali karya-karya hebat SN Usman Awang, tetapi secara tidak langsung menjadi sebuah dokumentasi pengikat keharmonian antara kaum di Malaysia. Dan pelancaran yang dilakukan pada tarikh penubuhan negara Malaysia ini adalah saksi kepada proses kematangan rakyat negara kita untuk menjadikan toleransi kaum sebagai kekuatan utama yang harus diutamakan sebagai nilai signifikan bagi Malaysia.
Malah dengan adanya Dr. Lim Swee Tin dan Dr. Siti Zainon Ismail, Gemersik Tiga menjadi sebuah antologi yang patut dimiliki bukan sahaja kepada pencinta sastera, malahan kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar dan bangsa. Sastera sememangnya sebuah elemen yang cukup kuat untuk menjadi alat penghubung, pembaharuan gagasan dan identiti ketamadunan bangsa.
Buku antologi puisi Gemersik Tiga dijual dengan harga RM 30 (RM 35 bagi Sabah dan Sarawak) dan boleh didapati di rangkaian kedai buku utama seluruh Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Selain itu juga karya ini boleh dibeli melalui laman web ITBM di ecommerce.itbm.com.my.
ABOUT THE AUTHOR
The Daily Seni
The Daily Seni delivers news on local arts and culture, aiming to provide insight into Malaysia's ever-growing creative community as well as provoke thought and discussion.





No comments:

Post a Comment