DALAM memperkatakan tentang Sahsiah dan Jadi diri Negeri Bangasa dalam novel Delima Ranting Senja (Utusan Publication). Dr Kamariah Kamaruddin memfokas kepada Sahsiah dan Jati Diri yang meangkumi nilai Agama, Adat dan Budaya, Sosial, Bahasa dan Ekonomi. Di sini dikutio pilihat ayat , rangkap dalam bab-bab novel tersebut berdasar nilai berkaitan:
1. Nilai Agama: '...Pengarang menampilkan kepribadian Sofina yang tegar melaksanakan hukum agama Islam walaupun sibuk bergelut dengan hambatan kerjaya yang mencabar, iaitu dalam bidang kewartawanan...Didapati Sofina menjunjung tinggi nilai agama yang dianutinya dengan rasa taat setia kepada Yang Maha Pencipta menunjukkan jati dirinya sebagai orang Melayu-Islam yang utuh dan mantap:
" ya Rabbi, jauh di bumi asing yang juga bumi ciptaan-Mu
memberi hamba kesedaran ummah, keihsanan, kemuliaan;
memang tidak banyak pintaku, tapi berilah hamba kekuatan
iman, dengan sinar fikiran dan pelita hati, beri hamba
kekuatan jasmani dan rohan unuk bergerak demi ibadah
kepada -Mu : (DRS, hlm 7)
Beberapa ayat lain juga perilaku watak utamanya Sofina:
"...Bumbung berkubah hijau bagai nilam berkilau dipanah
mentari senja. laungan azan mendayu makin melembutkan
langkahnya ke ruang luas, dalam keramaian jemaa, dua dapat
bersimpuh tenteran dan sujud di tengah-tengah umat yang
yang meruidui-Nya..." (DRS, hlm 348)
2. Nilai Adat dan Budaya: '...Nilai adat dan budaya ditonjolkan oleh pengarang berdasarkan sahsiah mulia beberapa watak yang menjadi garapan dalam novel ini. Antaranya yang menonjol ialah Sofina, Datin Mariani, Do Raman, Lolami dan Aby Redha. Golongan ini didapati mempertahankan adat dan budaya yang menjadi akar tunjang sesuatu bangsa...Do Raman didapati amat menghargai pesan nenek moyang agar memelihara warisan bumi pertiwi daripada pencemaran dan dijajah bangsa lain:
" Sejak kau dilahirkan inilah kebun halaman yang
memberi air, udara, api dan tanah. Kau lihatlah, nun jauh
di bukit yang memisahkan kampung ini dengan dunia di
sebalik sana dengan kehidupan dengan aneka satwa. Nanti
kalau kau mengerti, nikmatilah alam yan memberikan kita
udara bersih bebas, bernafas menghidupkan pucuk-pucuk
paku, subuh hari di lembah, desah sungai senja..."(DRS,hlm.208)
3.Nilai Sosial: ' Penonjolan nila isosial dalam novel ini digarap
menerusi jaringan hubungan antara watak utama dengan watak sampaingan tentang pengukuhan pandangan tanah air dan bangsa :
" Nasib bangsa, nasib nagsa, siapakah bangsa yang paling derita
bangsanya dihina demikian rupa duka lara sejak zaman dulu kala.
Sejak nenek myang kami dicaci oleh penjajah yang benar-benar
ingin menjajah kekayaan bangsa kami. Bangsa kami. Siapakah
yang dimaksudkan deggan bangsa kami?...(DRS, hal:220)
4.Nilai Bahasa: Garapan nilai bahasa Melayu yang kukuh diajukan dalam DRS menunjukkan keutamaan pengarang terhdap bahasa ibunda bangsa Melayu dan perkembangan bahasa tanah air serta rujukan rumpun Melayu...pengaranh menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama bagi perantara dialog watak yang dijernakan dalam novel ini. Walaupun terdapat beberapa perkataan asing yang diutarakan oleh pengarang, hal itu lumrah kerana kebanyakan latar novel yang didasarinya meliputi negara Eropah seperti Jerman dan England serta Amerika Syarikat.
5.Nilai Ekonomi: Novel ini menelusuri isu membangunkan ekonomi sesuatu kawasan pedalaman dengan rasa tanggung jawab dan belas ihsan. AbyRedha sebagai pejuang kemanusiaan mengorbankan diri dengan melakukan bantuan terhadap mangsa perang dan masyarakat tertindas tanpa mengharap imbuhan yang setimpal. Beliau juga sanggup berjauhan daripada isteri tersayang yang merupakan wartawan demi membantu golongan yang tertindas dan ketinggalan arus zamann...:
" Getaran suarapun mengetuk-ngetuk di meja
kala diri mungkin sibuk seharian di sidang senat, di bilik
menteri untuk pengesahan projek anak yatim, atau
perempuan-perempuan malang kehilangan suami"
DRS, hal, 422)
" Makanan kita malam ini sungguh mewan, Datin percaya
tidak , di luar sana, maksudku di kampung tidak jauh dari
hotel kita ini, di sebuah ruma nelayan mereka hanya memilih
ikan kembung kecil di rebus dengan asam atau serai atau
mungkin digaul garam saja, kerana ikan tenggiri masak asam
manis dengan hirisan halia, ketam dan sotong goreng bertepun
yang kita makan malam ini telah diserah kepara peraih dengan
harga terendah dan peraih menjualya di pasar dan dibeli oleh
hotel ini denga nharga berlipat ganda..." (DRS, hlm. 16)
Sesungguhnya DRS dapat merungkaikan pemahaman tentang kepentingan mempertahankan dan membangunkan sahsiah dan jati diri negara bangsa walau dalam apa-apa situasi dan generasi demi memartabatkan manusiawi"
(DEWAN SASTERA, Disember 2011 , hlm, 37- 41)