Tuesday, 8 March 2016

Silang Seni Siti Zainon Ismail
Silang Seni Siti Zainon Ismail


PENULIS / PENYELENGGARA:  Sakinah Abu Bakar
ISBN:  9789834606053
HALAMAN:  317
TAHUN CETAKAN: 2013, 2015

Hasil kajian serius sehingga Dr Sakinah Abu Bakar lulus dengan cermerlang. Satu-satunya pengkaji di peringkat  Ijazah Falsafah di USM berani menyahut cabaran , meneroka kajian bandingan dua disipilin Sastera dan Seni Lukis

Syabas ! Semoga terus diberi kesempatan menggunakan kaedah kajian bandingan yang berbagai bidang disiplin terutama bidang Seni Rupa Melayu. 

petikan dalam kajian  (buku )ini

" Penderitaan yang digambarkan melalui struktur yang menggabungkan objek, seperti ' anak-anak kota' dan subjek atau warna tidak begitu dirasai. Hal ini disebabkan fenomena yan digambarkan merupakan fenomena biasa di kota Medan. yang jelas ialah penggunaan lambang dan metafora yang begitu sinonim dengan Siti Zainon, iaitu 'bulan' dan 'matahari' . 

Namun , dalam puisi  ini, bulan merupakan imej yang bertentangan yan menunjukkan kesan imme yang bertentangan yang menunjukkan kesan berlawanan   . Bulan dan maahari keap dihubungkan dengan harapan dan cahaya merupak kehidupan yang hakikatnya tida kdapan dinikmati anak-anak yan hidup melarat di kota tersebut. Kepanas matahari adala lambang penderitaan yang dialaman. Manakal 'bulan pecah' adlaah harapan yang bekecai'
(hal.88-89)

Inilah  sajak yang dibincangkan oleh Dr Sakinan:

"Dia Anak Kota Ini " 

Dia anak Kota ini
langkahnya menderap sepanjan
jalan basah atau  berdebu
yang mengajarnya lagu
perit matahai
juga bulan pecah dinihari.

Tiap kali menemukan wajah kecil
di lorong atau di pasar,
dialah
dewasa ini
kembali kecil ke zaman itu
mengutip sisa lampau
bersama akhbar pagi dan limpahan keringat
tetap memantul senyum
di muka pintu
ke hujung hari...


Buku ini memang sesusi untuk rujukan pelajar - pengkaji yang sedang mengkaji Sastera dan Seni Lukis Malaysia * terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
cetakan ke 2, 2015
Harga RM 26.00 

Syabas Dr Sakinah Abu Bakar



No comments:

Post a Comment