Friday, 11 March 2016

ATTAR DARI LEMBAH MAWAR

ATTAR DARI LEMBAH MAWAR

ATTAR DARI LEMBAH MAWAR
himpunan  cerpen
Marwilis Publisher 1988
dalam proses ulang cetak

1.
 Prof Dr Hashim Awang
7April 1988

ATTAR dari Lembah Mawar adalah sebuah antologi cerpen yang dihasilkan oleh seorang Siti Zainon yang unik. Penulisnya ini merupakan seorang sasterawan yang berbakat besar dan majmuk, beliau bukan sahaja menjadi seorang penulis cerpen yang berkemampuan tetapi juga seorang penyair dan pelukis malah seorang pencinta sejarah yang peka. Kemajmukan serta kecintaan ini tidak dibatasi hanya untuk melahirkan hasilhasil karya yang bersesuai dan berkaitan sahaja ; sebaliknya, semuanya itu turut terpakai dan tergabung sama dalam tiap-tiap penghasilan karya, khususnya dalam penciptaan karya-karya cerpen. Demikialah karya-karya cerpen hasil penulis ini terlihat sebagai ciri-ciri tersendiri yang baru dan segar.
     Antara ciri-ciri tersendiri dimaksudkan, yang boleh dilihat sepenuhnya dalam antologi ini, terdapat empat yang utama.
Pertama  : cerpen-cerpen dalam antologi ini membelakangi tradisi, menyimpangi sepenuhnya dari tradisi penciptaan yang biasa terlaksana dalam penulisan Melayu.
Kedua:  cerpen-cerpen baru ini ternyata lebih terserlah untuk mengutamakan tekni atau bentuk menonjolkan cara bercerita yang melencong jelas dari gaya lama yang kaku.
Ketiga: cerpen-cerpen  melencong begini lebih menonjolkan saranan, melebihkan laporan telanjang yang hidup lagi kaya dengan ransangan-ransangan untuk berfikir.
Keempat dan terakhir, cerpen-cerpen bersaranan dalam antologi CDLM ini mengadakan intensifikasi, memberi perhatian bulat dengan penuh dan dalam terhadap pemadatan kata dan pembinaa lambang dan warna-warna ciri kelainan yang jelas dan benar...


Prof. Dr Zakaria Ali
Nots on Local Literature
NST 3th May 2000

Internatioal Flavour is Siti's Stories

WHILE reading her poetry in Delhi, Berlin, Seoul, Lhokseumawe, Bangkok or Melbourne, Siti Zainon Ismail took time off to jot down ideas for stories whose largely non- Malay protagonist provide an internatio flavour that is rather refreshing.
     In Attar Dari Lembah Mawar (Marwilis Publisher 1988), Siti Zainon collects 11 such pieces, ranging from the simple account of worried  mother to are complicated misconception about underwater vision. They are plotless rendering of thought on relationship, homelessness and sojourns, each somehow linked to the next in a tangle of love, discovery and self-awareness.
       The title pieces is an anecdotal essay on where the purfume of rose originated from. A merchant from Alexandria claims that the provenance  of the perfume is Rosetta, a port city in the Gulf of Qir. The port is so famous that Kublan Khan is determined to claim it. Ships from every  corner of the earth visit the fabulously rich disembark, followed by rows of astounding women wirh plucked eyebrows, dressed in silken Emissaries of famous kings arrive in caravans of camels, horses, elephants, dongkeys and yaks, drawn by the mind-blowing aroma that infuses the mountains and the palants far beyond.

      An artist from the island of Tasos chooses the rose, named Margarita, as his model. His long-dead mothe had grow the roses that bloom in the spring in the garden which surrounds him. Now every evening, he gets drunk on their magical fragrance..../







HADIAH SASTERA MALAYSIA > HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA


 JUDUL KARYA   SITI ZAINON ISMAIL >  HSMP






   1.SAJAK
  • Romansa Petani  Di Gunung (Dewan Sastera, Ogos  1974) Nnyanyian Malam, DBP 1976 - HSM 1976
  • USIA (Dewan Sastera 1980- HSM 1980/1981
  • Tukang Besi Di Bengkel Kereta Api (Dewan Sastera, 1984) - HSM 1984/1985
  • Ibunda. Berita Minggu (8 Nov 1987) - HSM 1987/1988
  • Pertemuan Subuh 1 . PUSPA - Hadiah Sastera PUSPA - 1987
  • Seloka Bonda Kandung. Dewan Sastera (1999) - HSPM 1999/2000
  • Cebisan Nota Akhir Laila Malam Tanpa Bintang di Bukit Gombak. Dewan Sastera (Feb 2004) - HSPM 2004/2005
  • Kepada Perempuan Laut. Dewan Sastera. (Mei 2014) - HSPM 2014
  • Rezeki Bumi. Dewan Sastera (Jun 2014)- HSMP 2014
  11. CERPEN
  • Kampung Paya Kami. Dewan Sastera (1994) - HSMP 1994/
  • Jurai Palma . Dewan Sastera (Mac 1996)-HSMP 1996/1997
  • Menanam Pohon Jati. Dewan Sastera ( 2002 ) - HSPM 2002/2003
   111. ESEI
  • Alam Puisi. Dewan Sastera (1988) - Hadiah Majalah Dewan Sastera,1988/1989
    1V. BUKU
  • Bijak Si Katak Bijak . ITBM (2012)- HSPM 2012



RUMAH DI JALAN CILACAP JAKARTA



Rumah di Jalan Cilacap 1969 - Siti Zainon Ismail


1969


JAKARTA  menyambutku dengan suasana meriah sekali. Kenapa tidaknya, gadis kecil renceng dengan blouse putih beropol di leher dan hujung lengan baju, berskirt corak petak hijau gaya Scotland, dengan tangan kanan menenteng beg taip kecil, rambut pendek lurus, berkaca mata, akulah yang bergaya seenaknya turun dari fokker di sambut seorang tokoh berseragam TNI Kolonel Achfas.

Setelah berkenalan dengan Saptohoedoyo di rumah Frank Sullivan di Kuala Lumpur, pelukis menantu Affandi inilah yang menyaranku agar berani belajar seni lukis di Yogyakarta. Ayah Dielah yang mengenalkan aku dengan pelukis itu. Tetapi peristiwa 13 Mei merobah perjalananku. Seharusnya aku berangkat ke Yogyakarta setelah Saptohoedoyo selesai pameran lukisan pada bulan minggu pertama Mei. Tetapi peristiwa 13 Mei, membuatkan pelukis itu segera meninggalkan Kuala Lumpur, dengan secarik pesan, ” Kalau Zainon ingin datang belajar, hubungi saudara saya, Kolonel Achfas di Jakarta ” .

Inilah perjalanan pertamaku, mengirim surat lengkap dengan foto, berserta tarikh berangkat. Ayah Die sudah mendapatkan surat izin belajar dari Kementerian Pelajaran. Mendapatkan alamat Persatuan Pelajar Malaysia di Jakarta, seterusnya aku merapikan sijil, mengirim surat permohonan ke ASRI, beberapa contoh lukisan hitam putih dan batik, potongan surat kabar dengan judul ” Zainon ingin jadi pensyarah seni”, cukup sebagai bukti untuk ikut testing masuk ke ASRI. 26 Oktober akupun menjabat erat tangan Kolonel Achfas, orang yang tidak kukenali kecuali oleh tanda nama di sebelah kiri.

Lelaki berambut pendek setengah ubanan, dengan pakaian seragam hijau, dengan lapisan lencana pangkat berderet di dada kanan, di bahu kiri kanan, dengan langkah perkasa datang menghampiri ku sikecil , tiba mendakapku erat. Setengah terkejut, aku tersentak, tapi cepat sedar, aku sudah diterima oleh lelaki seperti ayah itu. Itulah juga surat pesan pelukis Saptohoedoyo, ” Nanti di Jakarta, tinggal dulu di rumah Jalan Cilacap.”

Di rumah batu, besar agam potongan Belanda aku pun dikelilingi oleh enam orang putera-puteri Oom Achfas. Aku sikecil anak tunggal, baru beradik selepas berusia 8 tahun, memang gagap dikelilingi dengan keriuhan dan kelincahan muda-mudi Jakarta tahun 1960an. Hidup gaya ago-go sedang melanda seluruh bumi Asia. Dan aku yang hanya mengenali suara Beng Selamat, Anekke Gronlo dan Sandra penyanyi peranakan Indo, tidak lebih dari itu, kecuali Soekarno dan pengetahuan sejarah sastera dari Sutan Takdir Alisyahbana dan Mochtar Lubis, kini berhadapan dengan keluarga elit tentera gaya Jakarta. 

Lucky, putera sulung berambut gondrong mahasiswa Universitas Indonesia (UI), mula menjalin persahabatan. Suaranya kudengar, ”Kok mahu kuliah di Jogya, kota antik itu, ayoh dong, kuliah ajee di Jakarteee! ” Wah ini dialek apa ni. Suara ber’lu’ ‘ber’gue’ memenuhi ruang meja makan.

Ya Tuhan, inilah pertama kalinya duduk semeja makan dengan jumlah hampir sepuluh orang. Dengan hidangan nasi, berkuah sayur asam, sambal lodeh, acar timun, opor ayam, dan tentunya yang aneh ketika itu makan dengan sudu tanpa garpu.Suara memang ramah dan mesra. Tambah Oom Achfas, ” Izan anak tunggal ya, jangan takut dengan keluara besar Oom dan Tante. ” Tante pun menyodor keropok. Sesekali beliau mengarah pembantu untuk aku meratah tempe dan tahu. Katanya ” Nanti di Yogya, Izan harus makan tempe !”

Bagaimakah dengan pelajar Malaysia yang pernah kuhubungi sebelum datang ke Jakarta? Telah tiga hari aku masih dihantar ke sana ke sini oleh keluarga Achfas. Sekali dibawa ke Sarinah. Tapi aku hanya jadi penonton biasa. Bakal pelajar yang berani merantau walau tanpa biasiswa. Antje puteri Oom Achfas mengenalkan aku dengan Tuti yang bertugas di butik di hadapan rumah . Di situ juga buat pertama kali aku menikmati makna butik yang nyaman persekitarannya. Dengan ruang taman berkonsep Bali, berpayung di tangga dan disambut dengan dua patung, memakai sarung bercorak hitam putih. Gamelan Bali memenuhi ruang butik. Aku belum terbayangkan bagaimanakah latar Bali sebenarnya. Tuti juga bersungguh ingin mengajar aku menari.






Di hari Sabtu malam Minggu, inilah detik ujian pertama anak rantau yang masih kolot dengan kegiatan sosial kota metropolitan Jakarta. Sewaktu sarapan, Oom Achfas berpesan, ” Nanti sore kita buat pesta dansa , meraikan ratu cantik mahasiswa UI, ingin ikut, kita raikan juga kedatanganmu. Pelajar Malaysia di AIP juga akan datang, tentu Izan dapat kawan baru”. Pesta dansa ? Ya Tuhan, sedang di K.L saja aku tida berani ke pesta apa lagi dengan acara tari menari. Si gadis kecil ini mula gementar, malu dan selebihnya aku belum berani masuk ke dunia sosial kota ini.

Petang, jam lima, sibuklah keluarga ini merapi ruang tamu. Kerusi meja di ketepikan. Meja makan sudah di letak di pinggir kolam. Ruang dansa sudah sedia. Kemudian loripun tiba memungguh alat muzik, drum dan kotak-kotak gitar. Gelisahku makin ketara sehingga sekali lagi muncul Lucky, ” Izan nanti malam, mahu dansa denganku , okey!”. Dansa?

Menjelang pukul tujuh, aku mula susup sasap ikut jalan samping menuju ke halaman dan cepat menahan beca. ” Pak, hantar ke Salemba ya! ” Salemba, Salemba, di situlah rumah yang dapat menyelamatku dari pesta dansa. Ke rumah Hamadah pelajar Malaysia. Ya aku bermalam di rumah Selemba. Minggu pagi baru aku muncul di Jalan Cilacap. Wajah Oom dan Tante terkejut, ”Kemana Izan pergi dan bermalam di mana? ”

Aku merasa malu dan bersalah juga kerana keluar rumah tidak minta izin dari mereka. Dari belakang kudengar tapak kaki melangkah dan menghampiriku. Sesusuk wajah cerita cantik menyentuh bahuku, ” O, ini dia anak baru kita sudah tiba, ayoh, minggu depan kita pulang Yogya ndhok ! “ Kartika mencium pipiku, kudengar suaranya lembut, ” Mahu jadi pelukis ya, ya memang cocok belajar di Yogya!”

Bangi, 28 September 2005,15:44 

AIP = Akademi Ilmu Pelayaran, ndhok (Jawa) = anak kecil,Oom (Belanda)= Pakcik, Tante (Belanda) = Makcik, TNI= Tentera Nasional Indoensia, UI = Universitas Indonesia.

Kisah Anak Seni di Jogja –  Siti Zainon Ismail

Siri 5

Kuliah ASRI melukis saja?” [Gambar 1 : Melukis di Parang Tritis, Pantai Selatan Jogjakarta, 1971]
BILA aku memilih jurusan Seni Lukis di ASRI, teman-teman sepersekolahan dulu pun bersuara, "Jadi awak melukis sajalah di ASRI tu?". Ini belum lagi dengan sangkaan keluarga di kampung, "Bolehkah hidup dengan lukisan?" Begitu juga bila tiba kunjungan Menteri Kebajikan, YB Tun Sri Fatimah juga bertanya , " Ha belajar Seni Rupa aa, yang make up itu ke? ".

Tetapi aku lega bila YB Datuk Hussien Onn, Menteri Pelajaran yang mengunjungi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia (PKPMI) di Jogja bersuara," Semua ilmu penting dalam kehidupan, belajarlah dan pulang kembangkan ilmu seni di tanah air".

Kemudian muncul pula selepas itu Ismail Zain, Pengarah Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, menemuiku dengan pesan,". Bila selesai kuliah nanti, bolehlah cari pengalaman kerja di Jabatan Kebudayaan atau di Taman Budaya".

Beberapa tahun kemudian muncul pula kunjungan penulis PENA, dan Usman Awang sendiri pun bersuara, " Menulislah hal-hal seni budaya pengalaman di Jogja atau kalau ada manuskrip puisi hantar cepat ke DBP, boleh dipertimbangkan untuk terbitan". 

Istilah Seni Rupa sudah lama diguna pakai di Indonesia terutama dengan munculnya pendidikan seni, yang ditumpukan kepada jurusan Seni Lukis, Seni Grafik – Reklame (Iklan), Seni Dekorasi, Seni Keria - Kerajinan dan Seni Patung sejak tahun 1950an. Sistem pendidikan seni ini juga agak berbeda dengan Institut Teknologi Bandung yang lebih mengutamakan sistem pendidikan teknologi.

ASRI pula begitu ketara dengan unsur alami, sesuai dengan latar Jogya itu sendiri, alon-alon klakon. Latar Jogjakarta yang kaya dengan unsur seni warisan, kaya dengan sejarah lebih awal dengan kekayaaan budaya Jawa, terbukti dengan tinggalan sejarah itu sendiri. Kami diwajibkan mengenali alam semula jadi itu dengan kerja melakar (sketsa) bukan saja di dalam studio tetapi harus berada di bawah panas mentari dan redup, gerimis hujan. Kami di bawa oleh para senior, ke Pasar Sapi, ke Pasar Burung, hanya untuk mendekat jiwa dengan semangat suasana alami itu sendiri.

"Jadi asyik melukis sajalah" . Soalan ini tercatat dalam poskad sahabatku Zoy tiba dari Datuk Keramat. Agak tersentak juga aku dan aku segera memberi tahu, "Harus ikut kuliah wajib, Sejarah Budaya, Filsafat (Jawa, Islam termasuk Yunani dan Barat), Kritikan Seni, Estetika dan agama juga. Teori wajib lulus dan harus siapkan skripsi dan mempertahankannya di depan para pembimbing".

Kuliah wajib pun harus berebutan waktu antara kerja teori dan amali dalam dan luar studio. Kelas teori wajib diikuti walau kerap diingkari mahasiswa yang menganggap masa bodoh semua teori itu. Itu omelan Nurman Tarigan yang kerap bolos kuliah. Atau Yuli mahasiswi Dekorasi, kerap saja mengikuti kerja amali kami hingga ke Kaliurang di kaki Merapi dan ke Parang Tritis. Mungkin sikap pembimbing - asisten dosen, Pak Nyoman Gunarsa yang
keterlaluan agresif maka kami pun kelam kabut untuk selalu siap dengan lakaran sketsa. Jerkahnya , "Harus bawa 50 keping setiap minggu". Kenapa tidak aku terkecoh harus bangun pagi untuk melakar di depan dan dalam pasar, berjalan kaki hingga ke Ngasem untuk mendapat suasana bingar di Pasar Burung. Lima puluh (50) keping sketsa seminggu atau 500 satu semester. Gilakah asisten ku atau aku salah dengar jumlah hitungan itu? Tetapi arahan itu harus kami patuhi, tambahan pula beliau kerap mengatur perjalanan ke gunung dan ke pantai, dengan membawa kami menaiki truk (lori) ke sana. Aku dan Jovita lah amat terkecoh. Kami lah awal pagi sudah duduk di pasar, di depan tugu Malioboro, di alun-alun agung ! 

[Gambar 2 : Disember memasuki semester 2, aku sudah tiba melakar bersama mahasiswa Akademi Seni Surabaya, Disember 1970]
Kerana itu juga, aku kerap mengambil peluang untuk memulakan kerja luar, melakar ke mana saja dan bila ada peluang berangkat untuk ke luar Jogja. Hingga ke Prambanan dan Borobudur. Hujung tahun pertama aku sudah tiba di Surabaya sebelum meloncat ke Bali hanya untuk menyiap tugasan.

Siti Zainon Ismail, 18 Ogos 2011 

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA 2012



PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2012
KATEGORI C:  KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
HADIAH BERNILAI RM5,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 PENDAHULUAN
1.1      GAGASAN AWAL pemberian HSPM ini tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang dilaksanakan pada setiap tahun ini mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971-1976).
1.2       Pemberian Hadiah Karya Sastera ini terhenti pada tahun 1977 sehinggalah pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera. Hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981-1995).
1.3       Hadiah Sastera Malaysia dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, bermula tahun penilaian karya terbit/tersiar 1996/1997, nama tersebut telah dikekalkan selaras dengan prestijnya. Hadiah Sastera Perdana Malaysia dilaksanakan secara tahunan bermula tahun penilaian 2012.
2.            MATLAMAT
Hadiah Sastera Perdana Malaysia diwujudkan dengan tujuan:
2.1       Memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu;
2.2       Mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu;
2.3       Menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu

DASAR PENILAIAN
4.1 Karya sastera yang dinilai untuk menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 ialah karya yang terbit di Malaysia dan di luar negara pada tahun 2012.
4.2 Penilaian dibuat oleh ahli panel berdasarkan kriteria yang berikut:
(i)         Kekuatan kesatuan organik karya
(ii)        Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang
(iii)       Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan
(iv)       Keindahan moral
(v)        Inovasi dalam kreativiti

4.3 Panel telah meneliti sejumlah besar karya sastera dalam bentuk buku dan bentuk eceran bagi tahun penilaian seperti yang berikut melalui Jadual 1:
a)         KESUSASTERAAN KANAK-KANAK
BIL.GENREJUDUL KARYAPENULISSUMBER/TERBITAN
1.Novel Kanak-kanakTiada Pemenang
2.Kumpulan Cerpen Kanak-kanakLukisan Lisa untuk IbuQue Lyana ShuhaimiBlue-T Publication Sdn. Bhd., 2012
3.Kumpulan Puisi Kanak-kanakBijak si Katak BijakSiti Zainon IsmailITBM & PENA, 2012
4.Kumpulan Drama Kanak-kanak










Tiada Pemenang