Pengembaraan Di Sebalik Tabir Tinta:
Menelusuri Citra Alam Dalam Montaj II dan Jurai Palma
Oleh
Kartini bte Anwar
1. Pendahuluan
Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan. Mereka mempunyai kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang dihasilkan dalam pelbagai genre. Dalam arena sastera Melayu, penulis-penulis wanita bukan sahaja membicarakan tentang hal-hal kewanitaan, malah ada yang sudah mengorak langkah ke arah penghasilan karya-karya pascamodernisme melalui unsur-unsur metafisksyen, metahistografik, surealistik, realisme majis, parodi dan sebagainya.
Di antara penulis-penulis wanita Melayu, terdapat mereka yang telah mendapat pendidikan hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh yang demikian, aliran pemikiran yang dibawa dalam karya mereka mempunyai identiti yang tersendiri, sesuai dengan idealisme yang didukung oleh pengkaryanya. Kajian ini didasari oleh karya dua orang penulis wanita Melayu iaitu Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail. Mereka mempunyai kekuatan masing-masing berdasarkan latar bidang yang pernah mereka ceburi disamping bidang penulisan sastera. Mawar Shefei pernah mengambil jurusan geologi manakala Siti Zainon Ismail masih lagi berkecimpung dalam seni lukisan dan kebudayaan Melayu. Namun, yang menjadi perhatian pengkaji adalah, kedua-kedua penulis tersebut cenderung menggunakan citra alam dalam karya mereka. Tumpuan kajian ini adalah melalui pengaplikasian teori semiotik. Kajian ini juga memuatkan satu perbandingan pengkaryaan kedua-dua penulis melalui teks Montaj II dan Jurai Palma.Jurai Palma (2001) karya Siti Zainon Ismail merupakan kumpulan cerpen yang mengandungi lapan belas cerpen yang terhasil dalam tahun 1990 hingga 1999 dan pernah disiarkan dalam pelbagai majah serta akhbar tempatan di Malaysia. Cerpen-cerpen dalam Jurai Palma dihidangkan dengan gaya bahasa dan tenunan seni yang indah dan menyelitkan unsur-unsur femisisme, metahistografis serta persoalan kehidupan sejagat. Kesemua ini diikat melalui citra alam yang dihasilkan melalui kepakaran penulis yang kaya dalam bidang lukisan dan kebudayaan Melayu. Cerpen-cerpen yang terkandung dalam Jurai Palma adalah:
1 Restu Kuala
2 Syah Kubandi
3 Dering Aidilfitri
4 Atika Sahabat Kami
5 Intan Kirana
6 Rimbun Jenjarum
7 Daun Mapel Akhir
8 Kampung Paya Kami
9 Jurai Palma
10 Nyanyian Orang Laut
11 Bukit Jingga Sakti
12 Oikos Ledang
13 Meena Plangi?
14 Kasih Kaca Warna
15 Gerimis dan Sekaki Payung
16 Cinta Lembah Damai
17 Dia Tidak ke Gunung
18 Perjanjian Laut Banda
Rasional Kajian
Di antara lain, kajian ini bertujuan untuk:
(i) mencari makna dalaman yang tersirat dalam teks melalui teori pascamoden.
(ii memperkayakan serta menyumbang kepada sudut kajian terhadap teks MontajII dan Jurai Palma.
(iii) memperlihatkan kekuatan dan kepengarangan Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail.
(iv) memperlihatkan unsur-unsur alam yang dikupas melalui permaknaan yang baru.
(v) lebih mengenali proses penciptaan kedua-dua penulis wanita yang dikaji.
(vi) membuktikan teori pascamoden relevan bagi mengkaji teks yang sukar difahami.
Jurai Palma
Jurai Palma memuatkan 18 buah cerpen yang mewakili sudut pandangan wanita terhadap dunianya. Ia meninjau persoalan kehidupan dan kemanusiaan sejagat. Dengan adunan bahasa yang begitu estetis dan ungkapan-ungkapan berbau Jawa tradisional, Siti Zainon Ismail telah menggunakan citra alam untuk menggarap isu-isu sosio ekonomi, kebudayaan, sejarah dan peradaban dalam cerpen-cerpen tersebut. Sulaman nilai murni serta falsafah hidup membawa pembaca merenung tentang kemaujudan hidup.
Perlambangan serta keakraban Siti Zainon Ismail dengan alam begitu ketara. Yang menarik perhatian pengkaji tentang Jurai Palma adalah sisipan gambar-gambar alam yang menjadi inspirasi pengarang yang juga pelukis alias penyair. Sudah tentu perlambangan melalui lukisan serta bahasa yang estetik membawa makna dalam cerpen-cerpen beliau. Maka segala perlambangan tersebut diteliti bagi mendapatkan permaknaan bagi segala tanda-tanda yang digunakan melalui ikon, indeks serta simbol yang terdapat dalam kumpulan cerpen J urai Palma.Kupasan Jurai Palma
Memang tidak dapat dinafikan, sumbangan Siti Zainon Ismail dalam dunia sastera amat besar. Selain bertugas sebagai pensyarah, beliau juga merupakan aktivis sastera yang sentiasa menyerahkan jiwa dan tenaganya untuk memberikan nafas kepada perkembangan seni dan sastera Melayu. Ciri-ciri seni daripada pantulan latarbelakangnya sebagai pelukis serta penyair jelas terpancar dalam Jurai Palma. Cerpen-cerpen dalam Jurai Palmabanyak menyisipkan disiplin seni lain, antaranya, seni tembikar, seni bina, seni lukis, seni tari dan seni jahitan. Ia juga menyisipkan beberapa disiplin luar sastera lain seperti botani, geologi dan ekologi. Unsur-unsur sejarah banyak digunakan Siti Zainon Ismail untuk merakam rasa nostalgiknya terhadap alam Melayu dan secara idealistiknya menggambarkan protes-protes terhadap pembangunan, pencerobohan alam serta penjajahan.
Kecenderungan Siti Zainon Ismail menggunakan citra alam sebagai tanda ikon, indekis dan simbol menirus kepada satu petanda yang lebih mendalam iaitu, tentang kehidupan alam Melayu yang melangkah ke alam globalisasi, tetapi, tetap utuh dan akur terhadap peradaban serta sejarah kebudayaan Melayu Nusantara. Penggunaan istilah –istilah Jawa, Indonesia, Inggeris Eropah menggambarkan penyatuan Barat dengan Timur melalui unsur alam dalam sastera. Tanda-tanda alam dalam bentuk ikonik dan indeksik digambarkan dengan begitu jelas dan vivid sehingga membawa pembaca tersentuh dengan kehadiran alam sekeliling yang indah tetapi penuh membawa siratan makna yang mendalam dan bererti.
Oleh yang demikian, tanda-tanda yang digunakan dalam Jurai Palma menuntut penghuraian penanda (signifier) dan petanda (signified). Maka analisis semiotik terhadap ikon, indeks dan simbol dalam cerpen-cerpen pascamoden Siti Zainon Ismail yang dipenuhi dengan unsur-unsur sejarah, feminisme dan interteks ini dapat memperlihatkan satu sistem permaknaan yang menjelaskan keakrabannya dengan alam, budaya dan fenomena-fenomena yang berkisar dalam kehidupan manusia sebagai refleksi alam. Tanda Ikonik
Setelah meneliti kesemua cerpen-cerpen Jurai Palma, pengkaji mendapati Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan unsur alam yang boleh dibahagikan kepada unsur langit dan bumi serta darat dan laut. Tanda-tanda ikonik yang merupakan unsur langit merupakan unsur-unsur di luar kuasa manusia seperti musim, hujan, angin, malam, bulan, bintang, matahari, awan dan langit. Begitu juga dengan unsur laut seperti gelombang, air laut dan buih. Tanda-tanda ikonik tersebut membawa maksud putuaran masa serta perasaan manusia terhadap pengalaman-pengalaman yang dilalui dalam kehidupan.
Melalui ikon laut, Siti Zainon telah dapat menghubungkan alam Nusantara dengan benua-benua lain seperti India, Arab Parsi dan Eropah melalui sejarah perdagangan, perkembangan ilmu serta penjajahan. Ikon tersebut membawa petanda bagaimana masyarakat Nusantara yang kaya dengan ilmu pertanian serta perdagangan telah membawa kemakmuran kepada pembangunan kerajaan yang memerintah. Namun, sejarah tersebut diceroboh dengan mulanya kemasukan pegawai dan pedagang asing yang datang dengan membawa maksud yang lain, iaitu penjarahan dan penjajahan .
Peristiwa tersebut dirakamkan melalui cerpen “Restu Kuala” melalui contoh,
Kuli-kuli bahtera India yang ditumpanginyamasih belum selesai memunggah barang-barang yang dibawa. Dari pelabuhan Nagapatnam, bahtera menuju ke Teluk Andaman, memunggah muatan di Takapua. Kain-kain petola Gujerat, kain cita Madras yang amat disenangi raja-raja tempatan saling bertukar tangan. Rempah-ratus dari pulau-pulau kecil mula menyerbak harum. Bunga cengkih dan kulit kayu manis beralih muatan. Gading gajah dari Ligor, kapur barus Acheh, gaharu Borneo, menjadi sumber dalam pertukaran harta. Itulah harta Semenanjung Emas.Dalam “Perjanjian Laut Banda”, Siti Zainon Ismail mengambarkan bagaimana laut telah menjadi saksi penjarahan dan penjajahan pendatang asing. Cerpen yang memuatkan unsur-unsur sejarah melalui interteks, mengungkap kekesalan penulis terhadap penyalahgunaan kuasa serta haloba pihak penjarah telah membuat alam Nusantara tidak berupaya mengekalkan ekonomi daripada harta alam selepas merdeka. Dengan menggunakan pendekatan New Historisisme, pengkaji mendapati bahawa Siti Zainon Ismail memuatkan fakta-fakta sejarah melalui fotokopi dan secara idealistiknya memuatkan dalam cerpen tersebut agar ia membawa pembaca berfikir dan memikirkan tentang sejarah kekayaan alam Nusantara yang pada satu ketika dahulu menjadi pusat pentadbiran kerajaan, pusat perniagaan serta pusat berkembangnya institusi ilmu.
Gambaran tersebut dapat diteliti melalui kedua-dua petikan berikut;
Mengapa ini terjadi kepada tanah air kita. Siapakah yang punya angkara haloba? Dibukanya catatan tentang harga pasar harta alam yang menjadi rebutan dan saingan sejak 600 tahun lalu (hlm 208)
..cengkih memang subur sekali (bayangkan ketika Magellan sampai dengan kapal Victoria membeli dengan harga amat murah sekali. Daripada harga dua ducat untuk 112 paun dijual di Melaka dan lebih lagi di Gujerat. Dan Maggelan meraih keuntungan 2500 peratus... inilah laporan Vlekke, 1967) (hlm 209)Tanda ikonik laut juga bertujuan untuk menggambarkan kesan daripada penjarahan dan penjajahan yang tidak banyak mendapat daripada penerimaan golongan generasi muda zaman sekarang. Ini diungkap melalui,
Tetapi sayang, anak-anak muda sudah bosan dengan peristiwa sejarah. Mereka tidak akan peduli lagi siapa yang memerintah, siapa diperintah. Cetus rasa zaman menghantui. Angkara siapakah ini? (hlm 210)
Laut sebagai talian air juga menjadi penghubung masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar. Budaya masyarakat Orang Asli yang menyara hidup melalui pertanian, pemburuan serta nelayan, juga disingkap melalui perjalanan laut. Dalam cerpen “Dia Tidak ke Gunung”, Siti Zainon Ismail menggambarkan bagaimana kajian antropologi dijalankan ke atas Suku Semelai di mana perkembangan budaya mereka telah dapat ditembusi melalui ajaran ugama. Selain daripada itu, anasir pencerobohan juga digambarkan apabila pengkaji antropologi asing serta ahli pembangunan telah mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan daripada kebudayaan dan kehidupan orang asli,
...tolong jangan komersialkan budaya mereka. Jangan gambarkan mereka bercawat sambil menyumpit dan poskad mereka dijadikan bahan tarikan untuk melariskan pengusaha taman rekreasi alam semula jadi, konon. Kemasukan ilmu ugama serta perkembangan tamadun Melayu juga bermula daripada laut. Laut telah menjadi laluan penghubung masyarakat Nusantara dengan alam di luarnya melalui sejarah perkembangan ilmu Islam yang datang dalam bentuk iman, lisan dan tulisan melalui penyebar ugama serta pedagang-pedagang Islam. Seterusnya, ilmu Islam berkembang apabila anak-anak watan Nusantara belayar ke Teluk Parsi demi menimba ilmu dan pengalaman, yang kemudiannya disebarkan semula di alam Nusantara melalui “ilmu mantik, tauhid, falak, mistik, politik dan hukum” (hlm 8).
Melalui sistem immigerasi dan emigerasi, terhasillah sistem kekeluargaan yang membenihkan generasi kacukan yang terdampar di benua-benua lain, tetapi akhirnya dapat menelusuri dan menjejak akar sejarah keturunan mereka. Ini dirakam dalam “Nyanyian Orang Laut”,
Orang Laut bukan lanun, mereka tidak akan pernah melarikan diri. Di mana-mana baik di teluk, di bagan, di kuala, ditanjung, di pulau, di situlah rumah, pelabuhan, jeti, di situlah mereka membina hubungan kasih, di situlah angin mengepakkan sayapnya dan Habeb Khan aku, kini Arffee Khan, anak Orang Laut, Margie, Margie, Suredha, Suredha, Sit Suryani Freeda Khan, Tuminah ... kita bernyanyi...! Mari kita bernyanyi. Kita Orang Laut!
(hlm 133- 134)
Bagi unsur bumi pula, pengkaji mendapati bahawa Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan tumbuhan daripada haiwan. Banyak contoh-contoh tumbuh-tumbuhan dari alam Nusantara yang diketahuinya, dan tidak dapat dinafikan juga perhatian yang diberikan terhadap tumbuhan di luar alam Nusantara; iaitu di benua Eropah.
Dengan mempamerkan pemerhatiannya terhadap tumbuh-tumbuhan di alam Nusantara, Siti Zainon Ismail telah memberi gambaran betapa kayanya alam Nusantara dengan ‘harta alam’ yang dapat dipergunakan untuk membangunkan tamadun bangsa. Tumbuhan-tumbuhan hasil alam Nusantara merangkumi yang jenis yang boleh dijadikan bahan memasak, bahan pewarna, bahan perubatan, bahan aroma, bahan makanan, bahan hiasan serta bahan untuk membuat perabot. Keupayaan Siti Zainon dengan penelitiannya yang begitu sentitif mengajak pembaca berfikir, betapa bangsa Melayu itu sendiri sudah mempunyai ilmu perubatan daripada hasil tumbuhan-tumbuhan alam yang didapati disekeliling. Bahan-bahan masakan seperti rempah-ratus yang juga berguna sebagai bahan pengawet telah lama menjadi daya tarikan masyarakat Barat. Penggunaan ikonik begini digambarkan secara jelas dalam “Rimbun Jenjarum”, “Kampung Paya Kami”, “Nyanyian Orang Laut”, “Bukit Jingga Sakti”, “Oikos Ledang”, “Kasih Kaca Warna” dan “Perjanjian Laut Banda”.
(hlm 198) Tanda ikonik laut juga bertujuan untuk menggambarkan kesan daripada penjarahan dan penjajahan yang tidak banyak mendapat daripada penerimaan golongan generasi muda zaman sekarang. Ini diungkap melalui,
Tetapi sayang, anak-anak muda sudah bosan dengan peristiwa sejarah. Mereka tidak akan peduli lagi siapa yang memerintah, siapa diperintah. Cetus rasa zaman menghantui. Angkara siapakah ini? (hlm 210)
Laut sebagai talian air juga menjadi penghubung masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar. Budaya masyarakat Orang Asli yang menyara hidup melalui pertanian, pemburuan serta nelayan, juga disingkap melalui perjalanan laut. Dalam cerpen “Dia Tidak ke Gunung”, Siti Zainon Ismail menggambarkan bagaimana kajian antropologi dijalankan ke atas Suku Semelai di mana perkembangan budaya mereka telah dapat ditembusi melalui ajaran ugama. Selain daripada itu, anasir pencerobohan juga digambarkan apabila pengkaji antropologi asing serta ahli pembangunan telah mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan daripada kebudayaan dan kehidupan orang asli,
...tolong jangan komersialkan budaya mereka. Jangan gambarkan mereka bercawat sambil menyumpit dan poskad mereka dijadikan bahan tarikan untuk melariskan pengusaha taman rekreasi alam semula jadi, konon.
(hlm 198)
Kemasukan ilmu ugama serta perkembangan tamadun Melayu juga bermula daripada laut. Laut telah menjadi laluan penghubung masyarakat Nusantara dengan alam di luarnya melalui sejarah perkembangan ilmu Islam yang datang dalam bentuk iman, lisan dan tulisan melalui penyebar ugama serta pedagang-pedagang Islam. Seterusnya, ilmu Islam berkembang apabila anak-anak watan Nusantara belayar ke Teluk Parsi demi menimba ilmu dan pengalaman, yang kemudiannya disebarkan semula di alam Nusantara melalui “ilmu mantik, tauhid, falak, mistik, politik dan hukum” (hlm 8).
Melalui sistem immigerasi dan emigerasi, terhasillah sistem kekeluargaan yang membenihkan generasi kacukan yang terdampar di benua-benua lain, tetapi akhirnya dapat menelusuri dan menjejak akar sejarah keturunan mereka. Ini dirakam dalam “Nyanyian Orang Laut”,
Orang Laut bukan lanun, mereka tidak akan pernah melarikan diri. Di mana-mana baik di teluk, di bagan, di kuala, ditanjung, di pulau, di situlah rumah, pelabuhan, jeti, di situlah mereka membina hubungan kasih, di situlah angin mengepakkan sayapnya dan Habeb Khan aku, kini Arffee Khan, anak Orang Laut, Margie, Margie, Suredha, Suredha, Sit Suryani Freeda Khan, Tuminah ... kita bernyanyi...! Mari kita bernyanyi. Kita Orang Laut!
(hlm 133- 134)
Bagi unsur bumi pula, pengkaji mendapati bahawa Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan tumbuhan daripada haiwan. Banyak contoh-contoh tumbuh-tumbuhan dari alam Nusantara yang diketahuinya, dan tidak dapat dinafikan juga perhatian yang diberikan terhadap tumbuhan di luar alam Nusantara; iaitu di benua Eropah.
Dengan mempamerkan pemerhatiannya terhadap tumbuh-tumbuhan di alam Nusantara, Siti Zainon Ismail telah memberi gambaran betapa kayanya alam Nusantara dengan ‘harta alam’ yang dapat dipergunakan untuk membangunkan tamadun bangsa. Tumbuhan-tumbuhan hasil alam Nusantara merangkumi yang jenis yang boleh dijadikan bahan memasak, bahan pewarna, bahan perubatan, bahan aroma, bahan makanan, bahan hiasan serta bahan untuk membuat perabot. Keupayaan Siti Zainon dengan penelitiannya yang begitu sentitif mengajak pembaca berfikir, betapa bangsa Melayu itu sendiri sudah mempunyai ilmu perubatan daripada hasil tumbuhan-tumbuhan alam yang didapati disekeliling. Bahan-bahan masakan seperti rempah-ratus yang juga berguna sebagai bahan pengawet telah lama menjadi daya tarikan masyarakat Barat. Penggunaan ikonik begini digambarkan secara jelas dalam “Rimbun Jenjarum”, “Kampung Paya Kami”, “Nyanyian Orang Laut”, “Bukit Jingga Sakti”, “Oikos Ledang”, “Kasih Kaca Warna” dan “Perjanjian Laut Banda”.
Selain itu, warna-warna kehidupan juga digambarkan melalui tanda ikonik seperti bunga. Lambang bunga telah menjadi penanda sejagat yang dikatikan dengan wanita. Namun, dengan meneliti ikonik tersebut dengan mendalam, dapat digambarkan sensitiviti Siti Zainon Ismail terhadap kehidupan wanita yang berwarna-warni dan berkembang seperti bunga-bunga di taman, yang bukan lagi wujud dalam gambaran yang layu, tetapi berkembang dan memikat kedatangan kumbang dan rerama.
Bagi tumbuhan yang tidak dapat menghasilkan bunga, Siti Zainon telah melukiskan betapa tumbuhan begini tetap dapat hidup segar menjadikan rumpun-rumpun lebat dan akhirnya hasilkan musik alam melalui decipan camar. Tanda-tanda ikonik ini membawa nada feminis yang menunjukkan kebolehan wanita yang boleh berdikari dan mendapatkan kebahagian walaupun berstatus bujang, telah berpisah, ataupun sering berpisah dengan pasangan. Gambaran ini jelas diungkap melalui “Daun Mapel Akhir”,
Masih begini jugakah gaya hidup wanita? (hlm 83)
Daun telah lama berguguran, tetapi batang dan dahan pohon tegap pejal dan kukuh – menghimpun zat-zat ketahanan untuk musim sejuk yang bakal datang. Dari batang dan ranting yang sama kelak pada musim bunga saling berlumba cambah – berputik dan berbunga lagi. ... Tifa berdiri, menatap keteguhan sebatang mapel. (hlm 85)
Dari segi penggunaan ikonik yang berunsur haiwan pula, pengkaji mendapati Siti Zainon Ismail cenderung menggunakan binatang kecil seperti burung, kumbang dan rerama. Ini membawa penanda keindahan; iaitu melalaui decipan dan kicauan burung yang merdu dan rerama yang beraneka warna. Melalui rerama dan burung juga tersorot petanda yang membawa gambaran kebebasan. Bebas berterbangan ke pelosok mana yang dikehendaki, sama seperti jiwa manusia yang bebas dan merdeka, tanpa perlu merasakan satu pemikiran yang terjajah, asal sahaja mereka tahu, akur serta berasa bangga dengan akar serta sejarah tamadun bangsa Melayu.
Dari sudut ekologi pula, burung, kumbang dan rerama merupakan tiga jenis haiwan kecil yang berperanan dalam proses ‘pollination’, ‘hybridation’yang kemudiannya menjadikan tumbuhnya kehidupan dan tumbuhan yang baru, lantas menjayakan konsep habitat kepada alam semula jadi. Ini membawa petanda betapa jiwa yang bebas dan tidak terjajah dapat menghasilkan generasi baru yang selanjutnya berperanan dalam pembangunan dan pembentukan serta pemikiran bangsa.
9.1.2 Tanda Indeksik
Apabila meneliti tanda-tanda indeksik yang digunakan dalam cerpen-cerpen Jurai Palma, membawa pembaca kepada tiga unsur; iaitu unsur hubungan manusia dengan alam, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan sejarah. Ketiga-tiga tanda indeksik ini berkait rapat dengan tanda ikonik alam yang telah dibincangkan sebelum ini.
Beberapa cerpen dalam Jurai Palma menggambarkan betapa unsur alam turut menjadi kacau apabila manusia tidak tenang dan manusia juga dipengaruhi oleh unsur-unsur alam. Keakraban begini sering diunggkap melalui “laut bergelora” , “daun berguguran” serta putaran musim yang mempengaruhi jiwa manusia, menjadikannya “ramah dan manja pada musim bunga” dan “ranggi dan bebas pada musim panas” (hlm 125).
Namun bagi sesetengah pihak, alam tidak mendatangkan keindahan mahupun mempungaruhi kehidupan mereka. Oleh yang demikian, mereka sanggup menjarah, menakluki, mencerobohi serta memusnahkan kehidupan alam semula jadi. Sebagai pencinta alam, Siti Zainon Ismail telah meluahkan protesnya terhadap pembangunan sistem kehidupan zaman maju yang sering meraih keuntungan yang lumayan dengan ‘mengorbankan’ alam. Kesemua ini tidak akan terhasil tanpa arahan daripada penguasa-penguasa yang hanya bertindak untuk kepentingan sendiri serta menggugat jati diri masyarakat Melayu melalui ciri-ciri seni bina asing. Ini dapat dilihat melalui cerpen-cerpen seperti “Bukit Jingga Sakti”, “Oikos Ledang” dan “Gerimis dan Sekaki Payung”.
Alam juga menyatukan hubungan manusia dengan manusia tidak kira di mana mereka berada. Sebagai contoh, dalam cerpen “Kampung Paya Kami” unsur alam, seperti motif bunga mawar yang terdapat pada alas meja renda serta mangkuk telah menyatukan pertemuan salasiah dua orang insan yang pernah berhubungan akibat penjajahan tetapi berpisah setelah alam Melayu merdeka. Ini digambarkan melalui,Lebih-lebih lagi kerinduan itu terjadi kala aku sedang menyusur lorong-lorong kota jauh di perantauan di negara asing. Melihat jejeran pohon mulberi yang sedang dilanda angin musim luruh dengan batangnya yang hitam pekat, angin yang mendesah sesekali dilibasi renyai-renyai hujan. Aku semakin diusik untuk menembusi masa-masa lalu yang tidak satupun surut di ruang harianku.. (hlm 91)
“Mangkuk kaca ini hadiah datuk tiriku, Haji Mansor. Dulu, dia mandur pada zaman orang putih, hadiah daripaa mem isteri tuan orang putih itu!” (hlm 99)
“Hampir sama dengan alas meja di kedai antik tadi bukan?”
“Juga sama dengan milik nenekku.” (hlm 99)
Penggunaan indeksik yang berunsur ikon-ikon alam juga berupaya merapatkan hubungan manusia dari berbagai pelosok alam. Gambaran ini jelas pada hubungan perniagaan, hubungan sahabat, hubungan kekeluargaan, hubungan ilmu dan kesenian seperti dalam cerpen “ Restu Kuala”, “Derisng Aidilfitri” , “Intan Kirana”, “Atika Sahabat Kami”, “Rimbun Jenjarum”, “Daun Mapel Akhir”, “Kampung Paya Kami”, “Nyanyian Orang Laut” Meena Plangi?” , “Kasih Kaca Warna”, “Dia Tidak Ke Gunung dan “Perjanjian Laut Banda”.
Penggunaan indeksik mempamerkan perasaan manusia yang penuh dengan kesedihan, kemarahan dan kehampaan melalui contoh ‘laut yang bergelombang’ langit mendung’, imej pohon kering’, ‘ burung jantan’, ‘angin menggila’ dan renyai tidak henti’. Begitu juga perasaan kegembiraan, keriangan diungkap melalui contoh, ‘berseri dan berhimpun semula’ , ‘teduh dan damai’.
Selain itu sulaman ke arah mencari sejarah silam juga menjadi fungsi indeksik alam yang menghubung manusia dengan sejarah. Contoh-contoh dapat dilihat menerusi cerpen-cerpen “Restu Kuala”, “Shah Kubandi” , “Jurai Palma” , “Nyanyian Orang Laut” , “Oikos Ledang”, “Cerita Lembah Damai” dan “Perjanjian Laut Banda”.
Melalui pendekatan semiotik, indeksik yang digunakan dalam “Oikos Ledang”, menggambarkan betapa pembangunan telah melupakan ‘gunung sejarah’ yang kaya dengan sejarah serta telah menjadi simbol perkembangan Melayu di Melaka. Ia seharusnya diselusuri sebagai mana diungkap dalam hlm 151,
Sudah tiba waktunya kau mencari kebatinan bangsa!
Sejarah juga telah merakamkan peritiwa penting yang telah menunjukkan keperibadian Hang Tuah melalui,
...betapa baiknya Memanda Tuah, menyilakan Mamat menuju puncak. Sampaikan pesan paduka mimpi dinihari tidak terubat rindu dendam kepada tuan puteri. (hlm 145)
Aku haru belajar kembali tentang perilaku luhur itu, Sumi. Berterima kasihkah Sultan Mahmud apabila Puteri Ledang mengingatinya tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya sendiri sehingga sengaja dia mengadakan permintaan semangkuk darah Putera Ahmad. (hlm 149)
Sehinggakan pada akhirnya, apabila alam telah dicerobohi, manusia tidak dapat menjejak sejarah bangsanya dan ini diungkap melalui’
Wahai sang puteri, kaulihatlah erti pembangunan ini. Oikos Ledangmu, kehilangan gerimis embun dinihari beganti keringat kering kontang buruh mendaki kerangka kondominium.
(hlm 153)
Melalui pendekatan New Historisime, Siti Zainon Ismail telah menggunakan penanda indeksik alam untuk mengungkap sejarah secara fotokopi dan nostalgik. Namun, terdapat juga penggunaan sejarah yang diungkap secara idealistik di mana, tersirat petanda-petanda yang mendalam tentang kepupusan kesan sejarah di tangan pemerintah yang berkuasa dengan alasan menggerakkan pembangunan negara dan mengembangkan sumber ekonomi. Ini jelas diungkap melalui,
Betapa bangganya dia melihat sendiri impian Si Putera Tahan yang ingin merombak reka bentuk pusat pemerintahan; Lembah Damai terbina dengan amat pantasnya. ...Bayangnya terapung di tasik buatan yang kononnya memukau sesiapa sahaja pengunjung, segala pemimpin dunia tamu negara Lembah Damai? Dapatkah jentayu setiai sakti pengantar berita kasih Ratu Kama dan Dewi Ranih menjalinkan rindu sewindu? Si dia kini ialah penggerak suara di kabinet Lembah Damai. Di manakah jaluran nilon pengikat sedangkan waktu telah memisahkan jarak kehidupan? (hlm 187).
Maka penelitian penggunaan indeksik alam dalam cerpen-cerpen dalam Juarai Palma, jelas memperlihatkan hubungan alam dengan manusia, hubungan manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan sejarah.
9.1.3 Penggunaan Simbol
Latar belakang Siti Zainon Ismail sebagai pelukis dan penyair telah banyak berlegar dalam alam simbol. Melalui pendekatan semiotik, penggunaan simbol menjelaskan pemikiran penulis serta hubungannyan dengan budaya dan masyarakat di sekelilingnya Simbol-simbol yang di gunakan dalam Jurai Palma membawa kita menyelami sejarah rumpun bangsa Melayu, tamadun bangsanya serta budaya yang dibawanya. Secara tidak langsung, pembaca terdorong untuk menyingkap sejarah nostalgik yang dapat dibanggakan. Di samping itu, ia juga merupakan satu laungan agar penjajahan dari segi fisikal dan mental harus dielakkan.
Simbol-simbol seperti raja, istana, Hamzah Fansur, Putera Tahan, Puteri Ledang, Puteri Tujuh, jarang sekali mendapat tempat di hati masyarakat sekarang. Mungkin sesetengah daripada unsur sejarah tersebut berupa mitos dan lagenda, namun, banyak perkaran yag dapat dikupas dan dipelajari daripadanya melalui pentandaan baru. Ia menggambarkan suara hati penulis yang mengharap agar kesusasteraan klasik harus dijaga agar tidak pupus. Jika masyarakat hari ini dapat menerima hakikat mitos dan lagenda daripada sastera asing, mengapa tidak mereka memperkayakan ilmu pengetahuan dengan menelusuri kesusasteraan klasik agar dapat berpegang dengan jati diri sendiri, justeru mengelakkan diri daripada pemikiran yang terjajah. Perutusan menuju kearah kemerdekaan pemikiran dan jiwa juga di gambarkan melalui simbol-simbol penjajah seperti ‘Alfonso d’Alburqueque dan Magallen’ yang datang seperti penjarah yang merampok hasil alam dari ‘bumi emas’.
Selain daripada itu, penggunaan simbol-simbol seperti ‘orang laut’ dan ‘lanun’ yang sering dikaitkan dengan masyarakat Melayu lama seharusnya mendapat gambaran yang lebih positif. Walaupun bangsa Melayu terdiri daripada suku ‘orang laut’, namun mereka tidak menjadi ‘lanun’ di bumi sendiri. Ini berbeza dengan petandaan ‘lanun’ yang harus ditujukan kepada para penjarah dan penjajah yang datang dan mengaup pusaka bangsa yang ada, serta mencacatkan gambaran-gambaran tamadun bangsa Melayu melalui penelitian dari kaca mata orang asing.
Melalui penggunaan simbol juga, Siti Zainon Ismail telah merakam karya-karya yang banyak berhubung dengan alam luar, tidak dikongkong dalam ruang kamar yang tertutup dan merimaskan. Simbol-simbol yang digunakan membawa petanda tentang hakikat kehidupan manusia yang tidak statik dan sering berhubungan dengan alam.
9.2 Rumusan
Jurai Palma secara keseluruhannya banyak membawa nada protes Siti Zainon Ismail. Nada itu dilembutkan secara estetis melalui gambaran alam, kehidpan manusia dan hubungannya terhadap alam. Kekuatan penulis dapat dilihat dari segi penggunaan unsur-unsur sejarah yang disulami dengan unsur realisme melalui penanda ikonik, indeksik dan simbol yang menirus kepada penelitiannya terhadap alam dan seni. Sememangnya kejadian alam itu dihasilkan dalam bentuk seni oleh Allah dan setiap pergerakan dalam kehidupan itu mempunyai unsur-unsur seninya yang tersendiri. Jurai Palma tidak lari daripada renungan penulisnya yang mendalam tentang kehidupan serta alam yang dijadikan disekelilingnya.
10. Citra Alam dalam Montaj II dan Jurai Palma: Satu Perbandingan
Kedua-dua penulis; Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail telah menunjukkan keakraban mereka dengan alam menerusi kekuatan masing-masing dalam mekanisme penciptaan kedua-dua kumpulan cerpen Montaj II dan Jurai Palma. Mereka menuntut pembaca mempunyai ketajaman fikiran dan sensitiviti terhadap isu atau persoalan-persoalan yang ingin diketengahkan.
Dengan menggunakan pendekatan semiotik, perbandingan ini akan memperlihatkan Montaj II dan Jurai Palma sebagai satu sistem yang mempunyai hubungan dengan teknik dan mekanisme penciptaan. Ia juga akan memperlihatkan sistem luar karya yang dibawa masuk ke dalam Montaj II dan Jurai Palma; iaitu memperlihatkan kebudayaan masyarakat yang menjadi sumber inspirasi pengkaryaan Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail. Oleh yang demikian, ini akan menjurus kepada penelitian yang dibuat oleh pengkaji bahawa wujudnya pengaruh Siti Zainon Ismail dalam pengkaryaan Mawar Shafei.Pengkaji mendapati bahawa Anwar Ridhwan, Zahara Nawawi serta Siti Zainon Ismail merupakan di antara rakan-rakan yang banyak menjadi unsur pembahanan dalam Montaj II. Pengkaji berpendapat bahawa terdapat satu sistem keakraban yang utuh di antara Mawar dan Siti Zainon, sehingga apabila membaca “Zel”, pengkaji dapat merasakan penjelmaan Siti Zainon Ismail. Ini disebabkan Mawar sering mengungkap ‘penyair aliaspelukis’ bagi beberapa watak dalam Montaj II dan penggunaan ‘rambutnya yang jurai palma itu’, menemukan pengkaji tentang perhubungan yang rapat di antara kedua-dua penulis tersebut, di mana cerita yang dikisahkan agak paralel dengan “Atika Sahabat Kami” yang dihasilkan oleh Siti Zainon dalamJurai Palma.
Pengkaji mengikuti perkembangan Mawar yang juga dikatakan pernah berkunjung ke Baitullah. Pengalaman serta kesedarannya melalui pengalaman tersebut tercermin dalam karyanya. Montaj II menampakkan hasil pemikiran yang progresif tetapi utuh kepada pegangan Islam. Ini mencerminkan budaya masyarakat di sekeliling Mawar yang mempunyai ilmu duniawi, sering menjadi lambang pesona, dan hidup secara aktif dalam atmosfera siber, namun tetap berpegang kepada ketauhidan terhadapNya.
Kebanyakan cerpen-cerpen Siti Zainon Ismail menggabungkan kita kepada watak-watak yang berada di beberapa benua yang akhirnya berjaya dihimpunkan semula dalam alam Nusantara lewat Jurai Palma. Cerpen-cerpen tersebut juga seakan-akan mewakili Siti Zainon Ismail yang telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan yang berasal daripada benua asing. Oleh yang demikian, sebahagian besar cerpen-cerpen dalam Jurai Palma mencerminkan budaya asing, sistem kehidupan mereka serta cara pemikiran mereka. Pengkaji berpendapat bahawa pengaruh-pengaruh serta pengalaman –pengalaman Siti Zainon semasa berada di luar negeri telah banyak membahani Jurai Palma.
Kehidupan Siti Zainon dalam lingkaran dunia pelukis serta dunia aktivis seni banyak mempengaruhi Jurai Palma. Budaya serta pemikiran pelukis, penyair, penari, pembuat tembikar terungkap dalam cerpen-cerpen beliau. Di antara mereka, ramai yang bukan warga Nusantara, namun, Siti Zainon dapat mengasimilisasikan mereka agar mendapat penerimaan masuk ke dalam budaya dan pemikiran Nusantara.
Pengalaman serta interaksinya dengan warga Indonesia banyak dipaparkan dalam Jurai Palma. Peradaban Jawa Nangkrit yang tinggi serta sistem kehidupan mereka menajibahan ceritanya. Selain itu, kesan sejarah serta pemikiran feudal yang masih lagi mempengaruhi sebahagian besar masyarakat Melayu juga menghasilkan pantulan budaya yang diungkap dalam Jurai Palma. Penjajahan pemikiran yang berleluasa di sekelilingnya menjadi bahan cetusan idea kreatifnya.
Pengaruh kuasa besar yang sewenang-wenangnya menceroboh serta memusnahkan hutan bagi memberikan laluan kepada pembangunan perkasa serta sistem lebuhraya, telah mendapat kritikan sinis daripada Siti Zainon Ismail. Nada-nada protesnya jelas menggambarkan betapa laungan suara aktivis serta pencinta alam sukar mendapat tempat di kuping hati penceroboh tersebut. Maka alternatif lain hanyalah melalui cara sastera yang bersifat estetis. Semua ini menggambarkan bagaimana budaya luar yang mempengaruhi kehidupan Siti Zainon Ismail lewat Jurai Palma.
11. Kesimpulan
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini telah menghasikan satu kajian secara saintifik terhadap Montaj II dan Jurai Palma. Dari sejumlah 35 cerpen Mawar Shafei dan Siti Zainon Ismail lewat kedua-dua karya tersebut, terbukti kedua-duanya mempunyai siratan makna yang kebanyakannya diwakili oleh tanda ikonik dan indeksik yang berpaksi kepada alam. Lebih menarik lagi tanda-tanda tersebut membawa penandaan dan petandaan yang tersendiri kepada kehidupan sekitar kedua-dua pengarang tersebut.
Antara yang serupa adalah wujudnya nada protes terhadap usaha-usaha di kalangan pihak-pihak yang berkuasa untuk menceroboh dan memusnahkan alam sekitar dengan tujuan membangunkan bangunan-bangunan yang indah dan tesergam, tetapi mengenetepikan hak-hak kehidupan alam yang lain. Kajian ini juga berpeluang menunjukkan pengaruh Siti Zainon Ismail sebagai penulis, pelukis alias penyair tehadap pembahanan karya Mawar Shafei. Keakraban kedua-dua penulis yang merupakan pengamat dan pencinta alam amat terserlah. Alam telah menemukan kedua-dua mereka.
Bibliografi
Abrams, M.H. 1999. A Glossary of Literary Terms, USA: Hardcourt Brace College Publishers.
Barthes, Roland. 1967. Elements of Semiology, London: Jonathan Cape
____________. 1975. The Pleasure Of The Text, London: Blackwell.
Caesar, Micheal. Umberto Eco: Philosophy, Semiotics And The Work of Fiction. London: Blackwell.
Culler, Jonathan. 1981. The Pursuits of Signs: Semiotics, Literature, Deconstruction, London: Routledge & Kegan Paul.
Eco, Umberto. 1980. The Semiotics, London: Blackwell.