Monday, 28 March 2016

ANEKDOT DIS 2011 - JAN 2012

Segunung gelombang menggelepar. Hilangkah di laluan Laut Teduh?




 30.12.2011:02.20 


 Kata pengawal pantai, tiada bahtera singgah di sini, lihat karang tumbuh bercerangcan


 30.12.2011:02.30 


Dan pesan ini !
Juragan berjanji, tunggu aku di darmaga belahan barat ?



 30.12..2011:10.01 

Pesan dari laut tiba: " just to say I care about you..to confirm you still around..." - " heee itu bukan 'janji' dan mana ada darmaga belahan barat...bahagian barat udah lama tutup, tiada Juragan di situ'...(lampu di matikan, dan musik deru ombak memukul pantai mengeras , buuurrrr)...

 30.12.201:02.02

Di Laut Teduh...simpangan maut bila-bila saja menganga...dialah juragan menggembor ombak. Bahtera sudah lama oleng dan sekarang sedang berlabuh di pengkalan jauh dari belahan Laut Selatan. Dia teringat lakaran, nota, poskad hampir setiap hari di catat, tapi bilakah dia dapat mengirimnya jauh di seberang laut sana. Tahun 1970an, mana ada kemudahan sayap-sayap terbang pantas menuju ke distinasi, tapi di manakah alamatmu?


 31.12.2011 :12.30


 Kenapa kau mencari, menunggunya dari pelabuhan ke pelabuhan. Surat daun tiba setelah angin rusuh 40 tahun. Masyaallah. Kau tidak berlanggan majalah perniagaan dunia? Dia adalah juragan yang sibuk di pelabuhan antarabangsa, di meja internet, bermain jaring dengan hujung jari, perniagaan dunia global, sekelip mata dia sudah hilang di Laut Arab, tembus ke pusat selikon Kuwit...menunggu laburan emas, berpunggah semangat, sambil senyum meleret, tukaran dagangnya melambung, dia jutawan kawan...!

 31.12.2011:01.40 


 Dia sudah datang! Atau pulang. Kami saling menyalahkan, " kau pergi kerana kau langit tinggi yang sukar digapai. Jawab seorang aku," kau pergi, mengucapkan selamat tinggal, bukan sampai jumpa lagi! " Itulah keluh langit biru itu juga resah gelombang laut. Mereka terlambung, terambing uba melupakan. Membina taman pilihan tampa desakan, berpisah dengan jarak panjang hingga ubanan memutih di kepala, masih ada bunga cinta?...dan sepanjang pelayaran panjang dikutipnya teks drama silam zaman emikiran Roman silam yang dibongkarnya di peprustakaan kapal, '


1)" I am afraid. What is it I fear? I do hope he will come". Vereor ut veniat...' 

(2) " I am afraid. I do hope he won't come. May he not come." Vereor ne veniat.
 Bukankah itulah notamu wahai puteri Langit? Jadi biarlah aku tidak pulang.

  1.1.2012:12.38 


Maaf tidak ada kirim salam sejahtera malam ini. Kau Maha Tahu Ya Ariff kalau aku ingin bersunyi ya malam . Deringan telepon tidak kusambut, kalau sekadar menjawab ucapan demi ucapan yang sudah tidak tega cupingku mendengarnya. Aku juga tidak tahu lagi sudah kemana arah kompasmu menunjuk arah pelayaran. Kargomu yang sarat dengan harta SD Plantation kontrak setahun masuk ke tarikh baru malam ini, lupakan hati dan rinduku. Hidup adalah nilai wang, fikiran diatur dengan logika, timbang terima, pulangan kasihny bukan dengan taruhan emas kegilaan para ratu. Mereka berpesta pora di laman sejarah tarikh keramat merdeka. Berap juga harga pesta ? apakah kau si Jutawan bersama di pentas sana? Dan aku si Langit biu meliaht pesta bunga api, jutaan kekayaan hangus di malam kebanggaan si tangan yang berkuasa. Tipulah pelutimu kalau di sana juga kau bergandingan mesra menatap bunga gembira loka! Atau kau masih di Ladang Banting atau sudah di Ladang Harimau Borneo?


1.1.2012:12.45 


 Kenapa begitu rajukmu wahai Puteri Langit? Bahteraku oleng, tiba-tiba ombak berhenti tiada deru angin, dan jangkar harus dijatuhkan. Tidak ada pesta. Lampu mati , aku berteriak memanggilmu....MasyaAllah!!! 


1.1.20120:02.41


Deringan malamku tidak bersambut. Kosong. Tiak ada bunga api. Aku tugas siap sedia hingga pagi . anak -anak kapal sudah turun ke pantai. Hanya Kapten dan aku jurutera menunggu giliran. Membuat panggilan. Mana ruangmu untuk membuka jalur percakapa. Sunyi di sana. Puteri Langit, tataplah ke bawah, walau tiaa bulan dan bintan, aku kau tetapi berkaca di laut hatiku...


 1.1.2012:03.01 


 Berkaca di laut? Malam gulita! Itulah yang kudapat rasakan. Kau ke Laut lagi. Kukira pantai dapat mengamankan resahmu. Bahagialhakau Putera Gelombang Laut. Ku tahu bau asin laut sudah sebati di jiwa sarat perjuanganmu, kalau itulah jiwa anak keturunan Juragan Seriwijaya Darat.Aku hanya dapat menjenguk bayangamu juga dlam kilatan yang memancar sebelum guruh dan hujan menjatuhi dadamu duhai Putera Laut. Sekarang kapal tangki mana kau urusi. Berapa ruang kargo untuk kau isi memunggah harta kekakayaan pertanian SD ? Setahun, dua tahun kontrak pelayaran? Berapa pelayaran harus kuurusi sehingga lupa menatap langit, aku yang menanti?


1.1.2012:03.14


 Wah kaget juga, kau ikuti jalur perniagaan kelautanku? Syabas Puteriku. Inilah membuat aku terpanggil mencarimu...setelah episod hanyut lebih 40 tahun, aku tersadai di pantai. Siapa menyangka aku dpat bernafs lagi , setelah dihanyuti arus kembali reda dan aku terkapar di tepian sanggar miljmui si Puteri Langit. Tubuhku calar oleh libasan bukit cengkerang yang menyelamatkan aku dari kandas oleh mabuk gelombang berminggu, aku kembali tersadar, menatap bola mata bening, seperti pernah ku kenali nun jauh di pelabuhab Tanjung! aku ingin bangun merangkulmu tapi kembali mengaduh, badanku jatuh tapi cepat kau sambut dan bersuara, " Tuan, tubuhmu masih lemah, istirahatlah!" . Kau tidak mengenali aku Puteri Langit.

PENGERUSI SEMINAR BAHASA & SASTERA FESTIVAL PUISI & LAGU RAKYAT PANGKOR 2011

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa 2011
CATATAN OLEH AZREEN ARIFFIN

163642_483172497282_555522282_6443200_6355357_n
Ini kali pertama saya menyambut tahun baru di kejauhan – nun menyeberang ke Pulau Pangkor. Jemputan menyertai program Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa saya sahut bersama rakan-rakan seperjuangan di hari pertama tahun 2011.
Catatan perjalanan sepanjang di Pulau Pangkor akan saya titipkan sedikit masa lagi. Entri ini biar saya tumpukan kepada pengisian program sepanjang hari. Kalau sesiapa yang telah melanggan akaun twitter saya, pasti telah tahu perkembangan terkini yang telah saya maklumkan melalui liputan langsung.
Festival ini dianjurkan oleh Malim Arts Village dengan kerjasama Persatuan Penulis Nasional & Dewan Bahasa & Pustaka di bawah penajaan Institut Darul Ridzuan & Pejabat Menteri Besar Negeri Perak.
Rombongan dari Kuala Lumpur bertolak sehari lebih awal dari Menara DBP dengan 3 buah bas. Antara yang menjadi peserta adalah pelajar-pelajar Akademi Pengajian Melayu – Universiti Malaya, Universiti Prince of Songkla – Thailand, Kelab Alumni MPR, dan beberapa pelajar dari UiTM Shah Alam. Turut juga menyertai adalah penulis-penulis mapan, petugas DBP, dan orang-orang perseorangan yang meminati alam dan dunia puisi Melayu.
IMG_0675
Majlis dimulakan dengan Seminar Bahasa & Sastera yang dipengerusikan oleh Prof Siti Zainon Ismail dengan tajuk “Arah Tuju Bahasa & Sastera Melayu di Era Globalisasi. Sewaktu saya tiba, panel pertama telah pun selesai memberikan pembentangannya.
Pembentang kedua adalah Prof Mana Sikana yang dahulu pernah berkhidmat lama di Singapura. Beliau menerangkan kepada kami mengenai beberapa teori-teori sastera dan aspek kritikan dalam sastera. Menarik untuk dipelajari terutamanya bagi saya yang bukan dari bidang tersebut.
Seterusnya, panel ketiga didatangkan khas dari Universitas Negeri Surabaya – Professor Emeritus Dr Budi Darma. Saya tertarik dengan pembentangannya yang telah menceritakan sebuah kisah yang dipetik dari sebuah novel untuk memulakan perbicaraan. Beliau membincangkan mengenai apa itu Sastera Kebangsaan dan mengambil Singapura sebagai subjeknya.
Katanya : penulis-penulis Sastera Melayu di Singapura terus-terusan menulis mengenai keadaan hidup mereka dan identiti serta kedudukan mereka di dunia serba moden.
Seterusnya, sesi perasmian telah diadakan dengan YB Dato’ Zainol Fadzi – Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia, dan Sukan Negeri Perak menyampaikan ucapan perasmiannya.

LAKARAN SKETSA TOKYO INTERNATIONAL BOOK FAIR - JEPUN 1. 2013


 






    Penginapan di Kyoto


                     Hidangan kembara

LAKARAN - SKETSA TOKYO INTERNATIONAL BOOK FAIR - JEPUN 2. 2014


1. Melangkah ke ruang pameran                                  2. Makan malam

 

SIRI PUISI AL AQSAR - 2011


Janji Al Aqsa -  Hisham Sweaki


Data perjalanan
bukti kau telah melakukan kerja
dengan gembira direstui Ilahi
tiba di rumahMu yang ke tiga
melangkah  ke dalamnya
kau penulis kadang hanya terkait impi
realitinya amat sukar ditebak sebuah janji 
sungguhkan kau berhasil merakam
dan mereka menerbitkannya?

Al Aqsa
aku tiba sejak subuh ke senja
kusujudi tapak kekasihMu  Ya Ilahi
di bawah tanda pertama Qiblat dan pintu rahasia
buraq diikat
dan aku di bawah bayang teduh zaitun
sekilat cahaya hatiku meruntun
Janji  belum juga kugengam nyata
tulisan sudah digubah ikat 
bersabarlah hati
ujian Memang tidakkan berhenti! 

Sayap Kasih Al Aqsar
berterbanganlah dulu
segemilang tanah kesayangan
perjuangan Umah  yang diamanahkan
maafkan hati yang menunggu kau
aku datang lagi. InsyaAllah!!!

5 Mei 2012

Puisi Si Gembala (1)


Di celah-celah kerikil

rumah tanah batuan pengap,
bukit sunyi, tetap muncul kau
si renik pagi.

Subuh berangkat perlahan
di Karak
seurat nafas, Alhamdulillah!

Cambah rantingku menyapamu

buah bermata manis
sudah diwasiatkahn dalam Surah terpuji
kulum aku, yang memberi kesegaran minyak
menjadi rebutan pedagang
sejak berzaman
si pembekal rezeki kasih sayang
musim bunga ini
kau tiba
aku berkembang lagi
membawa wangi cinta!

Subuh Karak-Petra,7-8 Mac 2011

Puisi Si Gembala (2)


1.


Segala padang pasir

gunung gondol
bukan tidak ada kehidupan di situ
dengan angin gurun
pasir menderu
Kau bawa benih, biar
sebutir membiak menumbuh
rezeki kasih .



11
.Unta pun tahu tugasnya
setia bertuan
angin pasir menajam
penderian, bau dan menangkap cahaya
sehingga tuan tersengguk segera kakinya melaju
kala musuh memburu.
Pengembala kibas dan biri-biri
juga tahu erti rezeki
pemuda kecil menggenggam cemeti
membawa khazanah bakti
hingga merentas gunung pasir
dan gua batu memanggilnya
kelak di situ suara menyeru
Aku membawamu
ke rumah cahaya
tidak ada Dia
Kecuali Dia Yang Maha Kuasa.
Si gembala kecil
merintih tergigil
sehingga tahu
' Dia memberi rahmat
Dia menghendaki
Dia meng'azabmu' *
Si gembala itulah menuruti jejakmu
di jejeran panjang kabilah
telah merentasi ribut pasir
telah menelan debu mabuk
mengejar matahari akhir
di kiblat yang satu
ke Rumah Mu!
------
Petra-Jordan
8-9 Mac 2011
.....
(* Al-Israa: 54)

Puisi/Gambar @SZI


Puisi Si Gembala (3)


1.

Demi malam

dalam kegelapan batin kami
siang Kau tutupi lagi
Siang Kau suluh mentari
sungguh tiada jalan mudah
mencari sumur si gembala
tiada cahaya dan kami meraba!


11.


Mentari terkembang 

sayap emas berarak 
mencerah suara Bilal
di celah bukit batu
suara-Mu menderu !


Cabutlah duri kefasikan kami

hulur kopi ketakwaan pagi
mandilah jiwa si gembala alpa
kau bukan si celaka
yang harus dilupuskanNya.




------

Fajar Petra
9 Mac 2011

(puisi/gambar @SZI)

Puisi Si Gembala (4)


1. 




Biar ribut pasir


gunung batu bergegar


kebunan lupus


gerimis dari gumpalan awan tipis


masih gugur memercik bumi.


Lembah Sinai

bukit perebutan

kini diam sepi

menjelang pertengkaran

dan letupan
rinyai darah memercik

dan Musa harus pergi

merentas laut dengan tongkat sakti

jangan kau kejari dia

dia sudah di angkat ke syurga!

11. 

Sisa Kebunan lampau

yang Kau beri

dari hujung gerimis pertama

masih membunga

haruman limau manis

kegemaran anak terkasih

sejurai palma mendesah.



Dia tiba

menyusun jejak

memaut tapak silam

berabad, hanya si kecil

baru belajar kehidupan

gunung pasir, debur angin

menghakis jejak


Aku datang

Kekasih

mengait senyuman Musa

ke puncak ImanMu!


Lembah Musa


Puisi Si Gembala (5)

Sayap-sayap Gerimis Al Aqsa (ya Abu Ameer) Hanya angin di bumi syurga inimenyeruku, 
betapa indahnya ziarah. Kau bagai dua sayap buraq, di malam bercahaya. Ku Rindukan 
hujan dan mentari ,di bawah kubah emas Mu , perkasa gua batu hikmah ! Ooh Saudaraku , hanya doa , doa air mata, ku genggam daunan zaitun nipis
 manis anggur 
. Kau selalu di hayat ini.
 Al Quds/Baitulmaqdis/Jerusalem 
8-10 Mac 2010





9 Mac 2011