Saturday, 12 March 2016

MESTIKA HATI PERSEMBAHAN KENANGAN KAMI : DYMM SULTAN SELANGOR DAULAT TUANKU


Monday, 19 April 2010 Seni Rupa Siti


Siti Zainon Ismail : Mestika Hati - Sembah Adat Sembah Beradab



MESTIKA HATI adalah kerja gotong royong para seniman anak Negeri Selangor. Siapa saja yang tinggal di Selangor melebihi 5 tahun, setia dan baik hati....mereka adalah anak negeri ini (ini definisi saya , maaf YB Datuk , ampun DYMM Tuanku). Sejak 2 tahun lalu kerja merencana, merapi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri PADAT Selangor memang agak kecoh, kalau tidak kuat rasa dan fikir, melantun habis jasmani dan rohani. Selama dua tahun kami yang terlibat, terlantun, terlontar, berbincang dengan berbagai wajah dan suara. Para penyedik ahli bahasa, sastera budaya, sejarah, sains alam didokong para penguasi politik, semua direstui DYMM Tuanku Sultan. Sejak dari mula itu saya sudah diarah tugas dalam bidang pelestarian Seni Budaya. Kami bekerja macam ribut tidak kira siang malam, kertas kerja, laporan penyelidikan dibincangkan hingga malam suntuk. Alhamdullillah tibalah detik 5 Mei 2010...

Pelancaran PADAT sudah dititah diperintah, tidak ada seni tari, muzik pop/rock apa sajalah yang berkaitan seni yang bercorak hiburan....kubuka selera hati meraba-raba malam tanpa bintang tanpa sokongan sesiapa kecuali staf yang mengendalikan tarikh, tempat mesyuarat. Sejak November 2009, ketika Jawatan Kuasa Induk mengerahkan ' kerja' maka bermulalah tarikh bermesyuarat....dengan teraba-raba juga, nama kumpulan seniman timbul tenggelam, terawang-awang, dan risikan haluspun bermula....siapakah yang sudi menyahut arah titah dan perentah ini?
Kuberanikan melamar teman-teman lama, yang pernah terlibat dengan KKBS lama (1970an), atau peristiwa pelancaran Muzium Selangor (1990an)...ada yang bersambut ada yang menyiput. Maka semaraklah risikan itu bila Bingkas Kebayan, Dewangga Sakti, Arif Keroncong, Pusat Kebudayaan UKM dan Dendang anak sudi bersama. Kenapa pula banyak kumpulan muzik? Ahahah, inilah otak ini membayangkan kerja sama - kolaborasi seni. Bayangkan bagaimana Maamur menggotong double bass yang seperti perempuan hamil 9 bulan. Konsep dasar persembahan dibawa ke mesyuarat - ada yang faham ada juga tidak....siapa tu Bingkas Kebayan, kenapa pilih gambus, keroncong....tak ngantuk ke? Lebih membingungkan terdengar suara " kita tidak dana yang cukup" , kita juga tidak boleh mencari penaja? " Ohhhooo, sabar ya hati....siapa yang mendengar keluhmu? Seniman, seniman hanya mereka yang menyambut gayungku.Memang ada yang meletak harga, tidak cukup waktu dan berapa dana upahnya? haaaa, saya terbatuk ke kerongkong jatuh ke dalam tersedak hingga ke malam ..


ADAT dan ADAB Melayu ! " Serahkan saja ke Siti, kalau Sultan bertanya, dia saja yang jawab memberi penjelasan. Kalau Tuan tidak suka, ya itu urusan Siti juga "
Kita cuba, kita cuba, kalau tidak dilakukan bila lagi. Intan masih ragu agaknya....dengan alasan dan perintah selalu terganggu.
Ya hanya kawan-kawan seniman, saya serahkan untuk membuktikan persembahan ini penuh adat dan adab Melayu. Bob Khalil dalam kesibukan mengajar masih sudi bergabung sebagai penyelaras , Wak (Dr) Ibrahim tidak menolak dicadang sebagai Penghulu Adat. Pak Muhamad Taib tiba-tiba muncul pulang dari Belanda tidak menolak dicadangkan sebagai Penghulu Balai. Istilah adat ini sudah membingung penguasa atasan..." tidak bertembungkan dengan adat istana?" aaa....sabar, aja kita cara jalan penyelesaian....

Kami pun mula munda mandir di Jalan Melayu untuk melihat kain yang sesuai untuk dijadikan busana adat, untuk penghulu untuk bunda inangda dan dayang. Kini hampir tiba detik 5 Mei, kerontong bambu sudahpun berlagu, silat sudahpun di ajari lompat, gambus berdenting, biola bersuara nyaring, keroncong , azan dan zikir Dendang Anak saling bersahut dengan tingkah anak-anak Ladin, Bingkas Kebayan dan rebana Tak tun AGI!

Inilah cinta kita bersama,

Mestika Hati,
Taman anak Negeri
gelombang awan pelangi

Mentari cantik
memberi rezeki
pesan bulan
jangan rawan
hati taulan

Demi janji
berdiri dengan tabiat
rukun muafakat
inilah adat
rahmat dunia akhir.



Konsep asal ini sudahpun dikembangkan oleh Ladin. Teruskan. Lusa kita bergabung untuk bersama melembutkan gerak adat dan adab bersama. InsyaAllah.

*****
Tanjung Karang-Gombak
19 April 2010 


Tribute to an artiste extraordinaire

“I like Makyong because it reminds me that Malays are people with culture, history and class. That is why, if we have more culture, we will have more class,” said the Kelantan native at the opening of the Makyong art exhibition entitled Angin Si Pauh Janggi – Kenangan Makyong Khatijah Awang, created in tribute to the late Makyong primadonna Khatijah Awang.
It is jointly organised by Galeri Melora and Soka Gakkai Malaysia (SGM), under the patronage of the Unity, Culture, Arts and Heritage Ministry, and supported by RA Fine Arts.“Makyong is very special to me because I knew Khatijah personally. She was the main exponent of Makyong and an artist of extraordinary abilities,” said ZaidMakyong is a Malay cultural performance combining acting, dancing, singing, drama, romance and comedy in a single performance.
Also present at the event were SGM council member Johnny Ng and RA Fine Arts director Raja Ahmad AminullahThe exhibition features a showcase of paintings, textiles, costumes and sketches of dance movements by artist-poet Dr Siti Zainon Ismail; some items were given to Siti by Khatijah herself.
It aims to express the values of cultural heritage and pay tribute to the late Khatijah, share her artistic expertise with the public (especially the younger generation), and work towards the publication of her biography.The exhibition also provides a platform for students to understand and appreciate art, as well as initiate art critique through forums and art workshops.
Proceeds from the sale of exhibits will go towards the Galeri Melora Research Fund for preserving art heritage through research.
Siti explained that the exhibition was a visual representation of years of research on Khatijah and Makyong, which she hoped would offer insight to the younger generation about our rich cultural history.
“It is also a tribute to Khatijah and my experience with her as my teacher. I learnt so much about aesthetic values, Malay society’s beliefs, performing arts, costumes, and more from her.
Dance movements: A painting by Siti entitled ‘Kenangan Makyong 2'.
Si Pauh Janggi is a term that depicts a faraway location that should be explored,” said Siti.
“It also became the subject and soul for me to explore and served as inspiration for me to paint the Makyong series, and became the theme that went into the spirit of the artworks.”
The exhibition runs until tomorrow at the Fifth Floor Exhibition Hall, Wisma Kebudayaan SGM, Jalan Bukit Bintang, KL.A forum will also be held at 11am today, featuring four speakers – Raja Ahmad Aminullah, Dr Zakaria Ali, Dr Zulkifli Mohamad and Tan Sei Hon.
The exhibition is open to the public from 11am to 6pm daily. Admission to the exhibition and forum is free.

BELAJAR MENULIS ESEI SEJARAH SENI BUDAYA 1970an







ASRI JOGJAKARTA 1970-1973

MENGIKUTI KULIAH SEJARAH  dan FALSAFAH SENI memberi saya kehidupan yang aneh tetapi mencerahkan daya ingatan.  Inilah subjek wajib yang harus lulus kerana di sinilah pengenalan awal  sejarah seni dan estetika keagungan masa lalu terangkup dan terbukti masih wujud di Jawa. Saya mendapat judul rasmi daripada Pak Gudar..." Siti harus ke Candi Prambanan , buat kajian di sana"


Berulang  aliklah saya  ke Candi Prambanan. Kami pergi berombongan biasanya menumpang motor kawan. Kadang John dan Juli juga ikut. Malah Norma Tarigan menemani walau dia ogah bersama melakar. 



Data-data dari buku di perpustakaan memang ada tetapi kerja melakar anak tangga, bunga teratai hiasan pintu utama serta wajah kepala Kalamukara dapat dialirkan dengan lancar. Sayapun mengalir dengan tinta meninjau ke depan, ke belakang hingga menerobos ke  dalam candi. Dengan kefahaman falsafah Hindu-Jawa yang dikutip daripada 'penunggu pintu' saya belajar memahami konsep 'Roh yang setia', sanggup memakan anggota badan ketika lapar, hingga tinggal kepala agung terletak di pintu naik utama candi. Dongeng dan mitos Loro Jonggrang dengan ukiran Seri Padma mengembangkan daya puisi sehingga lahirlah puisi "Seri Padma" dan cerpen dengan tema yang sama.


Essei kajian seni ini mendapat markah B. Saya baiki ayat-ayat dan istilah Jawa yang menyelinap masuk. Alhamdulillah, inilah esei ke tiga terbit  diterima  dan judul ini merupakan  esei pertama  sebagai hasil kerja mahasiswa ASRI tahun 2: "Seni Bangunan Batu  Zaman  Indonesia Hindu " lulus terbit dalam Dewan Sastera (Jun 1973 : 24-26).

Alhamdulillah. Kemala mengirim poskad dan mengkhabarkan esei ini akan dibayar sebanyak RM 80.00.  Dapatlah saya membeli kain belacu untuk membuat kanvas. Terima kasih Dewan Sastera

PAMERAN SOLO KE 16 KERJASAMA GALERI MELORA, SOGAGAKAI, RA FINE ARTS

Tuesday, 14 October 2008


PAMERAN ANGIN SI PAUH JANGGI


CATATAN kajian oleh Dr Zulkifli Mohammad: Belan-belan berjalaan, terijik angin kerajaan Utopia...



Bertuahlah kanak-kanak bernama Siti Zainon Ismail segar membesar di Kota Bharu seusia 7 tahun, sewaktu Malaya baru masuk merdeka pada tahun 1957, di sebuah kota yang sering digelar " cradle of Malay culture/ negeri Cik Siti/negeri Cerang Terayung - Tanah Serendah Sekebun Bunga...." Semasa sekolah rendahnya did Kota Bharu, Siti menyaksikan berbagai bentuk permainan rakyat Kelantan ...Puja Umur di Hari Keputraan Sultan dimana jiwa dan rasa cerita seri rama, siti dewi, dewa muda... Pertemuan pertamanya dengan Khatijah Awang di panta timur di tahun 1970an telah menjalinkan hubungan penuh erti... melihat dengan kacamata adigurunya Pak Nik Man - bomoh diraja, pak Ayub Ismail - pamain rebab, uztas Abdullah Nakula....itulah dunia yang mempengaruhi dunia penulisan (puisi, cerpen) /kajian tekstil dan senitari klasik. Dan pameran Angin Si pauh Janggi adalah kenangan kepada Allahyarhamah Khatijah Awang dengan Siri Imbasan Sang Primadona berurutan dengan Siri Warkah Jawi.


Malam Emas Bukit Seguntang ( 2008, Akrilik, 108 x 98 cm) adalah dunia angin itulah para dalang menyimbolkan para makhluknya- si kunang-kunang, sang kelkatu, para nyamuk dan pepatung makhluk yang bersayap memberikan cahaya kecil kepada si pemuja bulan dan bintang. Kadang menyinarkan si Gunung Seguntang menjadi segumpal cahaya keemasan menjadi penyluh hati sang pendeta yang sedang mengembara....


Kajian dari Rahimidin Zahari: Apabila saya mengambil petikan latar dari panggung dan kelir, tentunya akan adanya pertanyaan, apakah kaitannya dengan Siti Zainon, sang penyair dan pelukis dengan Makyung dan Wayang Kulit? Kaitan dan pertindihannya amat banyak. Pameran itu sendiri adalah merujuk kepada dua genre. Kembara masa kecil Siti Zainon dari Kampung Paya menaiki keretapi, dan singgah me gaji Quran bersimpuh di depan rehal Tuan Guru Haji Mohamed, ayahanda almarhum Ustaz Abdullah Nakula antara Dusun Muda dan Makam Langgar...' Hikayat Beringin Tenggarung', ' Zikir Beringin' adalah transformasi pohon beringin dalam tradisi wayang kulit ke dalam catan...Dalam ' Hikayat Beringin Tenggarung'saya berdepan dengan hutan beringin biru lembut yang berlapis-lapis dengan lapan garis yang memisahkan antara satu sama lain... bercerita mengenai kehidupan masa lampau dan masa depan. Sebuah dunia impian yang dibina sang seniman, apakah akan kekal sebuah kelastarian kehidupan dan keindahan alam ciptaan Tuhan? Siti Zainon memberi pertanyaan.


(Sumber Katalog pameran Angin Si Pauh Janggi- Kenangan Makyung Khatijah Awang, terbitan RA Fine Arts Gallery, 2008

SITI ZAINON ISMAIL

dari Latif Maulan > latifmaulan.blogspot.com

TERIMA KASIH SAUDARA LATIF. INSYA ALLAH 
AKAN SAYA TAMBAH DATA TERBARU


SITI ZAINON ISMAIL Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999). Sekarang adalah Profesor di UKM.

Seniman Penyair-PelukisBeliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976). Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992), Australia(1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia (2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia. 

Terbitan Penulisan Akademik : Jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi(DBP, 1986), Percikan Seni (DBP,1988), Lambang Sari Gamelan Trengganu (bersarna Harun Mat Piah, UKM, 1988), Tekstil Tenunan Melayu (DBP1994), Alam Puisi (DBP,1994), Busana Melayu Johor (Fajar Bakti 1997). The Tradisional Handicraft Design(DBP, 1997). Zikir Pelangi -The Rainbow ( Galeri Melora, 2000) ,  Pakaian Cara Melayu (UKM, 2006,2007,2009),  Angin Si Pauh Janggi (AR Fine Art, 2008),  Memasuki Taman-Taman Puisi (DBP 2010), 100 Malau Proverb- Pepatah Petitih (ITBM 2010), Suara Hujung Tambak Acheh (DBP 2010) dan  Silang Seni Siti Zaionon Ismail - Kajijaj Dr Sakinah Abu Bakar (DBP 2013).

Penulisan Kreatif
Puisi: Nyanyian Malam (DBP 1976, 2003 ), Puisi Putih Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang. 1987). Dongeng Siti Kecil (Teks 1998), Daun-daun Muda ( 1986),  Akuarium Kota (bersama Zaihasra, Cindai Cinta 1988), Bunga-bunga Bulan (Creative, 1992). The Moon is a Candle(DBP, 1992), Ibunda -Mother (Unit Kebudayaan UKM, 1995). Kau Nyalakan Lilin ( Grupemuisi UKM, 1996) Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996), Witir Merapi (Galeri Melora, 2004), Geulumbang Rayuek Nota SMD Tsunami (Galeri Melora 2005), Kasih Bonda Kg Paya Kami (DBP 2010,2015), Bait Senandung Malam (ITBM 2011), Bonda's Love (ITBM, 2011), Bijak Si Katak Bijak (ITBM 20212, HSPM), Angksa Istana Si Jambul Desa (ITBM 2014), Surat Dari Awan (ITBM 2014), Gemersik Tiga (ITBM 2015), Sahabt Bulu Cantik (ITBM 2016), Anak Kambing Sungai Air Tawar (ITBM, 2016), Zaman Civak (ITBM 2016), Cik Bunga Rantau Abang (ITBM 2016).

Cerpen: Seri Padma (DBP, 1984), Attar Lembah Mawar (Marwilis, 1988), Bunga Putik Putih (DBP, 1991 ), Kampung Paya Kami ( Galeri Melora, 1998), Nyanyian Orang Laut (bersama Rahamad, GalerI Melora 2000), Jurai Padma (DBP, 2000), Rindu Pala Muda (DBP 2006),  Piaza di Spagna (Galeri Melor 2010)

Novel : Rembang Flamboyam (Fajar Bakti 1995) ,Pulau Renek Ungu (DBP, 1996), Delima Ranting Senja (Utusan Publications, 2006)

Anugerah Hadiah Sastera Malaysia (puisi 1976,1979/1980,1984, 1987, 1999, 2004, 2012,2014. Hadiah Maybank- DBP (cerpen 1996/97/98), S.E.A. Write Award ( 1989), Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh -MUI 1990), Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993), Pingat Jasa Kebaktian (PJK Negeri Selangor, 1993), Prof Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur, 1996), Pingat Setia Mahkota Selangor ( PSM 2002).Budayanita Selangor 2009, Tokoh Budaya Gombak 2012.
Bunga-bunga bulan
Judul : Bunga-bunga bulan
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 197 halaman
Cetakan Pertama : 1992
Sketsa dan Puisi (1969-1989)

Sesuatu yang unik tentang buku sketsa dan puisi "Bunga-Bunga Bulan" ini ialah kesungguhan Siti Zainon Ismail merakamkan setiap nota, komentar dan surat-surat sahabat beliau di dalam puisi-puisinya. Keindahan puisi itu dapat dirasakan apalah pada setiap puisi dikembarkan dengan catatan sahabat kepada ataupun terhadap beliau. Misalnya, nota bertulis tangan dari T. Alias Taib disusun bersebelahan dengan puisi Siti Zainon yang berjudul "Bicara Alias". Malah bukan itu sahaja, buku ini juga memuatkan nota-nota persahabatan oleh penyair antarabangsa dan tempatan. Tidak kurang juga dengan sketsa-sketsa Siti Zainon berserta rencana-rencana mengenai beliau.