Saturday, 12 March 2016

BELAJAR MENULIS ESEI SEJARAH SENI BUDAYA 1970an







ASRI JOGJAKARTA 1970-1973

MENGIKUTI KULIAH SEJARAH  dan FALSAFAH SENI memberi saya kehidupan yang aneh tetapi mencerahkan daya ingatan.  Inilah subjek wajib yang harus lulus kerana di sinilah pengenalan awal  sejarah seni dan estetika keagungan masa lalu terangkup dan terbukti masih wujud di Jawa. Saya mendapat judul rasmi daripada Pak Gudar..." Siti harus ke Candi Prambanan , buat kajian di sana"


Berulang  aliklah saya  ke Candi Prambanan. Kami pergi berombongan biasanya menumpang motor kawan. Kadang John dan Juli juga ikut. Malah Norma Tarigan menemani walau dia ogah bersama melakar. 



Data-data dari buku di perpustakaan memang ada tetapi kerja melakar anak tangga, bunga teratai hiasan pintu utama serta wajah kepala Kalamukara dapat dialirkan dengan lancar. Sayapun mengalir dengan tinta meninjau ke depan, ke belakang hingga menerobos ke  dalam candi. Dengan kefahaman falsafah Hindu-Jawa yang dikutip daripada 'penunggu pintu' saya belajar memahami konsep 'Roh yang setia', sanggup memakan anggota badan ketika lapar, hingga tinggal kepala agung terletak di pintu naik utama candi. Dongeng dan mitos Loro Jonggrang dengan ukiran Seri Padma mengembangkan daya puisi sehingga lahirlah puisi "Seri Padma" dan cerpen dengan tema yang sama.


Essei kajian seni ini mendapat markah B. Saya baiki ayat-ayat dan istilah Jawa yang menyelinap masuk. Alhamdulillah, inilah esei ke tiga terbit  diterima  dan judul ini merupakan  esei pertama  sebagai hasil kerja mahasiswa ASRI tahun 2: "Seni Bangunan Batu  Zaman  Indonesia Hindu " lulus terbit dalam Dewan Sastera (Jun 1973 : 24-26).

Alhamdulillah. Kemala mengirim poskad dan mengkhabarkan esei ini akan dibayar sebanyak RM 80.00.  Dapatlah saya membeli kain belacu untuk membuat kanvas. Terima kasih Dewan Sastera

No comments:

Post a Comment