Saturday, 12 March 2016

SITI ZAINON ISMAIL

dari Latif Maulan > latifmaulan.blogspot.com

TERIMA KASIH SAUDARA LATIF. INSYA ALLAH 
AKAN SAYA TAMBAH DATA TERBARU


SITI ZAINON ISMAIL Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini adalah puteri kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua' berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968). Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit. Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970-1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa Kartini (1970-1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut pameran keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976). Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999). Sekarang adalah Profesor di UKM.

Seniman Penyair-PelukisBeliau adalah penyair pelukis wanita yang terus aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976). Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh, Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London (1986,1990,1992), Australia(1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia (2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia. 

Terbitan Penulisan Akademik : Jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi(DBP, 1986), Percikan Seni (DBP,1988), Lambang Sari Gamelan Trengganu (bersarna Harun Mat Piah, UKM, 1988), Tekstil Tenunan Melayu (DBP1994), Alam Puisi (DBP,1994), Busana Melayu Johor (Fajar Bakti 1997). The Tradisional Handicraft Design(DBP, 1997). Zikir Pelangi -The Rainbow ( Galeri Melora, 2000) ,  Pakaian Cara Melayu (UKM, 2006,2007,2009),  Angin Si Pauh Janggi (AR Fine Art, 2008),  Memasuki Taman-Taman Puisi (DBP 2010), 100 Malau Proverb- Pepatah Petitih (ITBM 2010), Suara Hujung Tambak Acheh (DBP 2010) dan  Silang Seni Siti Zaionon Ismail - Kajijaj Dr Sakinah Abu Bakar (DBP 2013).

Penulisan Kreatif
Puisi: Nyanyian Malam (DBP 1976, 2003 ), Puisi Putih Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang. 1987). Dongeng Siti Kecil (Teks 1998), Daun-daun Muda ( 1986),  Akuarium Kota (bersama Zaihasra, Cindai Cinta 1988), Bunga-bunga Bulan (Creative, 1992). The Moon is a Candle(DBP, 1992), Ibunda -Mother (Unit Kebudayaan UKM, 1995). Kau Nyalakan Lilin ( Grupemuisi UKM, 1996) Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996), Witir Merapi (Galeri Melora, 2004), Geulumbang Rayuek Nota SMD Tsunami (Galeri Melora 2005), Kasih Bonda Kg Paya Kami (DBP 2010,2015), Bait Senandung Malam (ITBM 2011), Bonda's Love (ITBM, 2011), Bijak Si Katak Bijak (ITBM 20212, HSPM), Angksa Istana Si Jambul Desa (ITBM 2014), Surat Dari Awan (ITBM 2014), Gemersik Tiga (ITBM 2015), Sahabt Bulu Cantik (ITBM 2016), Anak Kambing Sungai Air Tawar (ITBM, 2016), Zaman Civak (ITBM 2016), Cik Bunga Rantau Abang (ITBM 2016).

Cerpen: Seri Padma (DBP, 1984), Attar Lembah Mawar (Marwilis, 1988), Bunga Putik Putih (DBP, 1991 ), Kampung Paya Kami ( Galeri Melora, 1998), Nyanyian Orang Laut (bersama Rahamad, GalerI Melora 2000), Jurai Padma (DBP, 2000), Rindu Pala Muda (DBP 2006),  Piaza di Spagna (Galeri Melor 2010)

Novel : Rembang Flamboyam (Fajar Bakti 1995) ,Pulau Renek Ungu (DBP, 1996), Delima Ranting Senja (Utusan Publications, 2006)

Anugerah Hadiah Sastera Malaysia (puisi 1976,1979/1980,1984, 1987, 1999, 2004, 2012,2014. Hadiah Maybank- DBP (cerpen 1996/97/98), S.E.A. Write Award ( 1989), Gelar Cut Nyak Fakinah (Lembaga Adat Aceh -MUI 1990), Anugerah Tan Seri Fatimah-Avon (1993), Pingat Jasa Kebaktian (PJK Negeri Selangor, 1993), Prof Luar Biasa (Universitas Jabal Ghafur, 1996), Pingat Setia Mahkota Selangor ( PSM 2002).Budayanita Selangor 2009, Tokoh Budaya Gombak 2012.
Bunga-bunga bulan
Judul : Bunga-bunga bulan
Pengarang : Siti Zainon Ismail
Genre : Kumpulan Puisi
Mukasurat : 197 halaman
Cetakan Pertama : 1992
Sketsa dan Puisi (1969-1989)

Sesuatu yang unik tentang buku sketsa dan puisi "Bunga-Bunga Bulan" ini ialah kesungguhan Siti Zainon Ismail merakamkan setiap nota, komentar dan surat-surat sahabat beliau di dalam puisi-puisinya. Keindahan puisi itu dapat dirasakan apalah pada setiap puisi dikembarkan dengan catatan sahabat kepada ataupun terhadap beliau. Misalnya, nota bertulis tangan dari T. Alias Taib disusun bersebelahan dengan puisi Siti Zainon yang berjudul "Bicara Alias". Malah bukan itu sahaja, buku ini juga memuatkan nota-nota persahabatan oleh penyair antarabangsa dan tempatan. Tidak kurang juga dengan sketsa-sketsa Siti Zainon berserta rencana-rencana mengenai beliau.

No comments:

Post a Comment