Wednesday, 24 February 2016

HADIAH SASTERA PERDANAN MALAYSIA 2014

LAPORAN DAN SENARAI PEMENANG PUISI ECERAN



Sekretariat HSPM 2014 menerima sejumlah 2,181 buah puisi daripada pelbagai sumber 
media penyiaran sepanjang tahun 2014 yang lalu. Daripada jumlah itu, dilakukan dahulu penilaian di peringkat saringan, dan hasilnya sebanyak 126 buah karya dibawa ke mesyuarat penilaian akhir.

Panel menilai dengan teliti, dan mengambil kira segenap aspek yang perlu untuk memilih karya yang didapati berkualiti yang bererti mempunyai muatan :
1.  Subjek yang baharu, segar serta digarap dengan menggunakan medium bahasa yang         juga segar dan kaya estetik,
2. Dapat mengangkat pemikiran kepada khalayak. Karya sewajarnya boleh membuka       minda khalayak pembaca juga,
3.Dapat mempertingkatkan kefahaman kepada kehidupan dan kemanusiaan, 
4.Tidak terkecuali mendekatkan diri mereka kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam. 
5.Karya seharusnya juga dapat menjadi penanda aras yang baharu kepada bidang penulisan puisi di negara kita.

Setelah menilai dengan penuh saksama, sebanyak 33 buah puisi disenaraipendekkan untuk dibawa ke peringkat akhir. Hasilnya, 10 karya yang berikut ini diperakukan sebagai layak diberikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014, iaitu:

1.         “Di Padang Sarjana”, Tuah SujanaMingguan Malaysia, 5 Januari 2014.
2.         “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib”, Rahimidin ZahariMingguan Malaysia
             23  Februari 2014.
3.         “Kepada Perempuan Laut”, Siti Zainon IsmailDewan Sastera, Jun 2014.
4.         “Rezeki Bumi”, Siti Zainon IsmailDewan Sastera, Jun, 2014.
5.         “Perkebunan Budaya Melayu”, Basri Abdillah, Dewan Budaya, Julai 2014.
6.         “Membaca Aksara”, Muhammad Haji SallehDewan Masyarakat, Julai 2014.
7.         “Tigris”, Rosli K. Matari, Jendela Timur, Ogos 2014.
8.         “Dari Mimbar Shinjuku”, Syafiq Zulakifli, Mingguan Malaysia
              30 November 2014.
9.        “Al-Kisah, di Negara yang Memansuhkan Bahasa”, Muhammad Haji Salleh,         ‘                  Nyala Api dalam Dada’, terbitan ITBM, 2014.
10.        “Mencari Jernih”, Shapiai Mohammad Ramly, antologi ‘Cerita Alam Gelora 
               Hujung     Benua’, DBP Wilayah Selatan, 2014




                                        Teringat  Si Perempuan Laut
                                         bercerita tentang puisi Nyanyian
                                        Angsa W.S Rendra
                                        Terima kasih Nur Al Kindi di Laut Batam 
                                         2000










PANDANGAN PENGKAJI DR SILFIA HANANI

Ketradisionalan dan Kemodenan
Tentang Nilai tradisional sebagai warisan dihuraikan oleh penulis: 


'...Apabila menterjemahkan ketradisionalan hal itu bukan bermakna semua bermaksud kemunduran dan tidak mengikuti alur kemajuan tetapi ketradisionalan itu ialah penjagaan nilai asal yang sangat kuat dan kukuh. Penjagaan nilai terkait dengan budaya, agama, tradisi yang dianuti.

Dalam konteks ini, ketradisionalan yang dimaksudkan dalam karya Siti Zainon ialah kemampuan beliau nembangunkan nilai tradisonal dalam karyanya. Itulah nilai keMelayuan .Kemodenan itu pun tidak selamanya dianggap kemajuan, namun kemodenan perlu dimaknakan secara positif. Moden merupakan hala yang membawa perubahan yang daripada satu dimensi menjelaskan keadaan manusia yang harus berubah tanpa meninggalkan , nilai, norma dan kemanusiaan. Dalam hal ini, karya harus menjadi agen kritik sosial kerana perubahan tidak seimbang dan sebagainya. Kekuatan karya sebagai kritik sosial juga ada dalam karya beliau.

Karya yang bercerita tentang aalam telah berubah seperti juga cerita dalam "Kampung Paya Kami" yang memuatkan kritik sosial ayng bernada sangat halus. Lihat sajak yang berjudul " Rangka Daun".

Rangka Daun  

Rumput hangus dipadang kontang
tanah rata sisi runtuhan gunung dipancung
meranti, jati, medang begelimpangan
bakau   rebah di bagan
mata air kehilangan alur
sebelum hujan ribut taufan
kalau berih mata tompokan awan
semakin rawan
lelahnya menyedut limpahan
minyak berkelopak hanyir darah
sisa membarah.

Jangan kau tanyakan perancang kota
mereka cipta keindahan silap mata
jambatann bertingkat berekor ular sawa
melingkari kampung lama
akan menelan apa saja
sejarah dibaham rakus nikmatnya
perabung dan dinding sumpik hilang sekelip mata
berganti tiang Yunani balkon Bellini
ghairah birokrasi
anjung dan serambi hilang hati nurari.

Begitulah
bahasa daunku bagai hilangnya zikir para Imam
azan bersimpang siur di kota durja
hingga solat juga sibuk memilih
seni bina mewah besar dan cantik
selesai berjemaah kembali sepi tidak dikunjungi.
Lidah ini pun tersesat terseleliuh
suara bertandak pecah bicara
bahasa halus fikiran tinggi itu bagaimana?
Itukah suara berceloteh genit
lancar, lincah bahasa makanan segera
seenaknya rajak cendol mamak
......


......
(Deklamasi oleh Siti Zainon Ismail sempena
Malam Jubli Emas DBP, 23 Mac 2006)

Dalam Dewan Sastera Disember 2011: 36





PUISI PUTIH SANG KEKASIH

Setelah terbitan pertama 1984
hampir dilupakan juga judul ini
Alhamdulillah akhir tahun 2015
baru Ketua Editor  Penerbitan UKM
menghubungi
diminta menyediakan 
lakaran warna warni.
Sungguh hampir dilupakan 
buku ini, tetapi 
'bagai gugusan embun dan kabus
yang tergetar di bukit
yang terhampar di padang
yang ditemukan
pemberian-Mu itu'

Alhamdulillah

24.2.2016

SELENGKUNG CAHAYA


Bismillahirahmanirahim

Alif bermula
kuulang kembali
setelah diam
berkali kau jemputut jua
ya aku tiba
Alhamdulillah