Tentang Nilai tradisional sebagai warisan dihuraikan oleh penulis:
'...Apabila menterjemahkan ketradisionalan hal itu bukan bermakna semua bermaksud kemunduran dan tidak mengikuti alur kemajuan tetapi ketradisionalan itu ialah penjagaan nilai asal yang sangat kuat dan kukuh. Penjagaan nilai terkait dengan budaya, agama, tradisi yang dianuti.
Dalam konteks ini, ketradisionalan yang dimaksudkan dalam karya Siti Zainon ialah kemampuan beliau nembangunkan nilai tradisonal dalam karyanya. Itulah nilai keMelayuan .Kemodenan itu pun tidak selamanya dianggap kemajuan, namun kemodenan perlu dimaknakan secara positif. Moden merupakan hala yang membawa perubahan yang daripada satu dimensi menjelaskan keadaan manusia yang harus berubah tanpa meninggalkan , nilai, norma dan kemanusiaan. Dalam hal ini, karya harus menjadi agen kritik sosial kerana perubahan tidak seimbang dan sebagainya. Kekuatan karya sebagai kritik sosial juga ada dalam karya beliau.
Karya yang bercerita tentang aalam telah berubah seperti juga cerita dalam "Kampung Paya Kami" yang memuatkan kritik sosial ayng bernada sangat halus. Lihat sajak yang berjudul " Rangka Daun".
Rangka Daun
Rumput hangus dipadang kontang
tanah rata sisi runtuhan gunung dipancung
meranti, jati, medang begelimpangan
bakau rebah di bagan
mata air kehilangan alur
sebelum hujan ribut taufan
kalau berih mata tompokan awan
semakin rawan
lelahnya menyedut limpahan
minyak berkelopak hanyir darah
sisa membarah.
Jangan kau tanyakan perancang kota
mereka cipta keindahan silap mata
jambatann bertingkat berekor ular sawa
melingkari kampung lama
akan menelan apa saja
sejarah dibaham rakus nikmatnya
perabung dan dinding sumpik hilang sekelip mata
berganti tiang Yunani balkon Bellini
ghairah birokrasi
anjung dan serambi hilang hati nurari.
Begitulah
bahasa daunku bagai hilangnya zikir para Imam
azan bersimpang siur di kota durja
hingga solat juga sibuk memilih
seni bina mewah besar dan cantik
selesai berjemaah kembali sepi tidak dikunjungi.
Lidah ini pun tersesat terseleliuh
suara bertandak pecah bicara
bahasa halus fikiran tinggi itu bagaimana?
Itukah suara berceloteh genit
lancar, lincah bahasa makanan segera
seenaknya rajak cendol mamak
......
......
(Deklamasi oleh Siti Zainon Ismail sempena
Malam Jubli Emas DBP, 23 Mac 2006)
Dalam Dewan Sastera Disember 2011: 36
No comments:
Post a Comment