BAJU
1.
BERBAJULAH
kerana ia fardhu
kerana ia fardhu
menutup aib dan malu
baju pendek pakaian di rumah
ringkas dan kemas
lengan tidak terjulur bila menanak
longgar lapang senang melenggang
di ampaian menjemur kain
ke serambi menyiram bunga
baju pendek kain citta
berbunga renik cantik bergaya
bersarung batik Kelantan
corak empat lapis
senyum dara semakin manis
Tapi sekarang
berseluar jeans dari pagi hingga ke malam
senang melompat menerajang
perempuan bersila seperti lelaki
duduk di kerusi bergoyang kaki
lupalah sarung dan baju kurung
konon bosan terkurung
pilih pula baju kebaya pendek
berseluar ketat gaya ranggi
kadang di hari raya juga begitu
lupa sudah keronsang tiga
tinggal satu perut terbuka
seperti tidak berbaju juga
angkara ahli fesyen
cipta gaya sapi
bogel rupa
senang melompat menerajang
perempuan bersila seperti lelaki
duduk di kerusi bergoyang kaki
lupalah sarung dan baju kurung
konon bosan terkurung
pilih pula baju kebaya pendek
berseluar ketat gaya ranggi
kadang di hari raya juga begitu
lupa sudah keronsang tiga
tinggal satu perut terbuka
seperti tidak berbaju juga
angkara ahli fesyen
cipta gaya sapi
bogel rupa
11.
SARUNGLAH
baju keluar rumah
baju keluar rumah
pakaian rasmi bersapa di pasar di sekolah
naik pentas menjadi guru
manis di mata rakan sekerja
tidak timbul umpat keji
sarung dipakai ombak mengalun
atau lipat lapis kasih
jalan terkawal rapi melinggang
tidak gopoh kaki terkangang
sarung dipakai ombak mengalun
atau lipat lapis kasih
jalan terkawal rapi melinggang
tidak gopoh kaki terkangang
bayangkan juga
si ramping berbaju sendat padat
si ramping berbaju sendat padat
menunggu teksi di kaki lima
bersiulan bujang motor
bersiulan bujang motor
atau si tua mata buaya
meruntuh rumah tangga
kerana hilang adab
hilang juga
pusaka ibunda!
111.
APABILA BERBAJU KURUNG
Disebut baju kurung
kerana mengurung anggota
baju labuh bawah lutut
berpisak berkekek
senang melangkah mahu berkelek
baju kurung leher bulan kancing satu
berhias tulang belud
beranak mata beribu
lengan panjang asal lebar
lebih sejangkal
berjuntai kida-kida emas
pakaian bonda pergi berhelat
di rumah lengan dilipat.
Berbagai kain terpilih
kapas, citta sutera tenunan
meriah warna guna bertempat
ke khelat tamu
ke pentas kerainan
hingga ke pusara
berketentuan warna
Dilarang perempuan berbaju tipis
baju ketat tidaklah manis.
Gaya Johor Riau
lebih terkenal
bajunya labuh sejengkal dari bawah
busana ratu di peterakna
lengkap kelengkan di bahu
tanda sejarah warisan
rahsia di hujung lipatan
ikat ombak mengalun
tanda berasal
anak Teluk Belanga
waris nenda dari Palembang
setelah ke Melaka
jatuh di Bentan
melayanglaya ke Kampar
Beralih ke Johor Lama
memabawa mahkota ke Daik
sebelum tiba
di Teluk Belanga
sejarah bermula
Melayu peri bangsa
berbakti
menjadi
di rezeki bumi.
meruntuh rumah tangga
kerana hilang adab
hilang juga
pusaka ibunda!
111.
APABILA BERBAJU KURUNG
Disebut baju kurung
kerana mengurung anggota
baju labuh bawah lutut
berpisak berkekek
senang melangkah mahu berkelek
baju kurung leher bulan kancing satu
berhias tulang belud
beranak mata beribu
lengan panjang asal lebar
lebih sejangkal
berjuntai kida-kida emas
pakaian bonda pergi berhelat
di rumah lengan dilipat.
Berbagai kain terpilih
kapas, citta sutera tenunan
meriah warna guna bertempat
ke khelat tamu
ke pentas kerainan
hingga ke pusara
berketentuan warna
Dilarang perempuan berbaju tipis
baju ketat tidaklah manis.
Gaya Johor Riau
lebih terkenal
bajunya labuh sejengkal dari bawah
busana ratu di peterakna
lengkap kelengkan di bahu
tanda sejarah warisan
rahsia di hujung lipatan
ikat ombak mengalun
tanda berasal
anak Teluk Belanga
waris nenda dari Palembang
setelah ke Melaka
jatuh di Bentan
melayanglaya ke Kampar
Beralih ke Johor Lama
memabawa mahkota ke Daik
sebelum tiba
di Teluk Belanga
sejarah bermula
Melayu peri bangsa
berbakti
menjadi
di rezeki bumi.