Monday, 7 March 2016

ETNOGRAFI YUNANI PURBA DALAM " ACROPOLIS SEBUTIR ZAITUN PARAKALO"


BERTAHUN  saya memendam rindu untuk datang ke tanah purba Yunani. Pelajaran sejarah dan sastera mengenalkan saya dengan nama Socratus,  Plato , Aristotle hingga nama Iskandar Agung yang berasal dari Macedone kerap terlontar di benak fikir.  Nama-nama ini juga muncul kala mencari makna definisi seni dan keindahan yang kerap disebut dalam catatan Al Farabi, Al Ghazali. Walau saya bukan  pelajar bidang falsafah tetapi kuliah dan mengajar Estetika Seni tidak dapat menolak terhadap kajian bandingan Falsafah. Kawan-kawan kelas teater juga membawa dongeng  Odysse , Iliad dan merekapun mengutip bait-bait puisi epik Homer. Tetapi melalui kajian seni bina bungkahan batu dan tembikar atau seramik mana munkin akan menolak peta wilayah Yunani Purba . Ya Greek, kami datang ketika musim bunga baru berkembang , April 2013. Pelayaran dari pelabuhan Bari di hujung peta Itali mengajar saya bagaimana lautan adalah jalur perantara menghubung bumi.  

Ya saya sudahpun meninggalkan jejak di San Marco Palazzo, sudah berjarak dengan Peggy's Galleri di Venezia, meningglkan Ceaser yang gugur di celah-celah bayang Hedoisme d iRoma. Ya saya sudah bersiap untuk menjejaki teater Dionysus walau sudah alah Dewa Nike di Athena...ooh kajian etnografi, menyentuh bungkah batu saksi , gelang kerincing konon milik para Dewi sempat dilakar  di  Muzium Rakyat Athena...


Betul kau temui khazanahh  terakhir cangkir racun yang direguk Socratus...memilih racun adalah lebih mulia daripada menyembah meminta ampun kepada pengampu  Raja Dewa. Kerana Dewi Athenia juga penjaga kota sudah mengucap selamat tinggal..ya saya datang.

Bersandar di pintu pagar tapak sekolah falsafah Yunani tergiang  suara Socratus yang bukan mengajar orang-orang di pasar tetapi lebih mengutip bualan mereka, bertanya sebelum dirumuskan menjadi buah fikiran yang tidak pernah tercatat..kecual bila Plato muda yan rajin mendcengar dan mengutip perbualan..Nah yang kau kutip ialah tulisan Plato, dan Socrates sendiri tidak pernah melihat buku yang sarat buah fikiranya  sepanjang hayat.

Dan sekarang saya duduk merenung bungkahan batu-batu purba , nun di puncak sana Acropolis  yang dipenuhi jejeran tiang-tiang kuil, mahkamah, dewan konsert, gimnastik....berterbangan bagai sayap-sayap angsa putih dalam gerimis petang, hingga terdengar laungan...ayuh turun pintu pagar akan ditutup nanti dikau kemalaman kegigilan di puncak Acropolis......

Cerpen > sila rujuk :
ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/9581

Page Header. Open Journal Systems · Journal Help. User ... Cerpen. Siti ZainonIsmail. Abstract. Acropolis Sebutir Zaitun Parakalo ...



CATATAT DARI AIDI RAHIMI IBRAHIM 2009

TtT April 7, 2009


SITI ZAINON ISMAIL 
Salam dan selamat pagi semua, semalam saya telah terjumpa semula sebuah sajak dan lagu puisi karya Siti Zainon Ismail yang ditulis pada tahun 1983 bertajuk ‘Pagi’. Harus di sini saya kongsikan bersama semua. Sajak ini telah dilagukan oleh kumpulan Suarasa, Unit Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pada tahun 1997.


PAGI 

Ingin sekali
Aku bangun waktu pagi
mendengar suara nyanyi burung
mendengar pesan siulan angin
merenung desah

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
mendengar detik embun gugur
menghayun kabus dalam samarnya
megah tanpa cahaya


C/O-dan betapakah indah hidup ini
kiranya waktu hanya pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
duduk bersila di tengah kota
tanpa manusia
bergegas pantas memburu waktu


C/O-
dan betapakah indah hidup ini
Kiranya waktu pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia.

(Siti Zainon Ismail/ Aziz Bakar)

1
ya saya suka sajak2 Siti Zainon Ismail walaupunn pada awalnya saya hanya mengenali beliau dari lukisan2nya. Saya juga aktif menikuti buku2 yang dijual di Galeri Melora. En. Aidi sajak di bawah ini adalah karya S.Zainon yang paling menyentuh hati saya...




MAK MENJAHIT

abah tukang besi

di bengkel kereta api
gaji kira hari
mak pun haru cari rezeki sendiri
ambil upah menjahit
baju kurung Mak Alang
kebaya Mak Uda
Siti kecil jua dapat baju baru
sisa kain dan perca

mak reka macam-macam gaya

kalau berjalan ke kota
tidak sangka kami dari lorong kampung
mak berkebaya lekuk dada
berkain batik wiron
siti beraun kembang pita di kepala
selalu siap melenggang
dari lorong kampung
ke ibu kota
lalu depan Coliseum
singgah di kedai Majid beli benang bulu
masuk Robinson mak cari benang sulam
lalu makan dikedai Pak Dolah Minang
nikmati sedapnya daging rendang
kami pulang petang berhati riang!



selepas baca sajak ini berulang kali perasaan masih terasa tenang... :)
SITI ZAINON ISMAIL said...
a aidi, lagu ini juga sudah dirakam oleh kumpulan dari Sarawak
dinyanyikan oleh Junaidah Solehan. Tapi sayang kurang promosi. Kemudian dinyanyikan juga oleh Allayarham Rafeah Buang dan Junainah M Amin selalunya dalam acara santai petang puisi sepanjang tahun 1990an dulu ...tapi hilang begitu saja.

Hajar, saya tengah menyusun puisi kanak-kanak dalam koleksi Katak si Katak Lompat. Tapi penerbitannnya tengah cari penaja. Kalau DBP harus tunggu 4-6 tahun....Siri puisi Wanita Ratu sudah terbit eceran setiap bulan dalam majalah Dewamn Sastera. Selamat membaca puisi-puisi sederhana saya ya.
Aidi Rahimi Ibrahim said...
terima kasih prof kerana sudi menjenguk singgah.

akan saya maklumkan pada Hajar jua.

:-)
HajarAznam said...
Prof sajak sederhana anda itulah yang buat saya setia ingin terus membaca dan menyelaminya kerana bahasa yang sederhana itu penuh keikhlasannya :)
NIZZUAN said...
sajak emak menjahit tu terbitan tahun bila dan dari antologi puisi apa? saya tgh buat kajian tentang puisi siti zainon ismail....sajak emak menjahit ni memang best....
Aidi Rahimi Ibrahim said...
NIZZUAN: menurut Prof Siti Zainon, sila rujuk buku 'Kasih Bonda Kampung Paya Kami,DBP,2009. Itulah maklumat yang saya dapat.

PANTULAN PUISI SITI ZAINON ISMAIL OLEH DATO AHMAD SAID DEWAN SASTERA



Ahmad Said > PANTULAN KHAS PUISI 
        SITI ZAINON ISMAIL
Menggelumangi Sastera
Terpanggil untuk menyaksikan bagaimana sastera dibudayakan dalam masyarakat apalagi tokoh-tokoh yang terlibat tak lain, antaranya, SN Muhammad Haji Salleh yang melancarkan buku-buku tokoh yang menunjangkan program, Profesor Dr. Siti Zainon Ismail.
Ada beberapa sebutan yang elok kucatatkan, kata-kata SN Muhammad Haji Salleh, yang bermaksud, dalam khazanah kesusasteraan Melayu terkandung banyak kebijaksanaan bangsa Melayu, dan Siti Zainon Ismail telah mencungkil sebahagiannya seperti dapat dilihat dalam karya-karya beliau. Siti pula, ada menyebut kata-kata Amin Sweeney, bermaksud, Siti Zainon Ismail telah memperihalkan Makyung sebagaimana yang ditunjukkan oleh Khatijah Awang, sampai beliau terangkat menjadi Prof. Madya.
Dan, satu lagi kata Siti, adalah baik sarjana berpuisi kerana karya itu termuat ilmu! Barangkali tokoh itu boleh menurunkan sebutan yang lebih tepat atau sebenar.
Aku balik dengan lebih mengenali tokoh, yang mengikut SN Muhammad Haji Salleh perlu “kita jaga” ini!
Kagum juga dengan keprihatinan Adun Kuala Kubu Bharu, YB Lee Kee Hiong kerana bersedia menyokong program sedemikian di kawasannya

PUISI MALAYSIA DI RUSSIA




SZ ISMAIL - Jurnal Melayu, 2008 - ejournal.ukm.
Abstract Sejak dari dulu penyair berkarya oleh aneka pengalaman kehidupan. Jiwa dan 
minda menyatu diolah lewat kepekaan berhadapan langsung dengan peristiwa serta latar 
sejarah budaya. Keghairahan berkarya pula 



Ismail, Siti Zainon. "Puisi Perjalanan: pengalam penyair Malaysia di Rusia."Jurnal Melayu 3 (2008): 115-140.




Bayangkan anda berada di Taman Rahsia di musim bunga
tiba-tiba anda disambut dengan tiupan serunai dan tropet
lagu "Negara ku"
getaran pagi

puisipun bergururan dan sedu rindu o tanah airku..

"Muzium Metro Moscow'

Tiupan trompet akhir melantun
gerak gerabak melaju
tiba di pintu
kau jenuh menatap
lakaran dan lukisan
wajah serius menjeling!
Antara curiga politik dan ramah seni
mereka memilih cinta dari rumah seniman
di celah jambatan empat puluh
Danube biru memberi bisikan birgozka

lagu rindu Tolstoy
dan puisi sayap Puskin.

Di depan tangga atas
ke stesyen jauh di bawah tanah
masih berterbangan janji berzaman
puisi citna mendamaikan dendam
luka perang dilipat ingatan.

Metro Arabat, Moskoba

29-30 April 2004


*****

Pantulan 40/15: Sajak Siti Zainon Ismail “Suaraku Sedingin Musim Salju” - Datuk  Ahmad Said

15 Ogos 2015
Pantulan 40/15: Oh Nusantara
Salah satu judul buku yang mencuri pandanganku pada awal pagi tadi ialah, “Alangkah Indahnya Salju”, (Antologi Pemenang Peraduan Menulis Puisi dan Cerpen Pelbagai Kaum 1”, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, cetakan kedua (cetakan pertama, 2003).
Dan amat kebetulan pula, dalam belekan rutin Dewan Sastera hari ini, melintaslah aku, “Puisi Pilihan”, Dewan Sastera, Februari 2004 yang memuatkan lima buah sajak yang agak panjang, setiap satunya, karya teman fbku yang tak henti-hentinya berkarya, Profesor Dr. Siti Zainon Ismail. Aku memilih “Suaraku Sedingin Musim Salju”, demi mencungkil kelainan latar bersajak penyair-penyair tropika. Dan tidaklah aku tersalah pilih, kerana sajak ini merakamkan keluhan rasa seorang sarjana yang amat cinta terhadap kesusasteraan Nusantara, Boris Parnikel, oleh penyajak yang terbukti cekatan.
Bahawa melalui karya-karya cipta agung yang mengumpulkan khazanah kreativiti dan intelektual bangsa, bukan sahaja anak-anak bangsa yang mendapat manfaat bahkan seluruh dunia meraehnya sama. Telah terbukti, kita sendiri banyak mempelajari dan mentafsir makna terpendam karya-karya warisan setelah mengkaji penelitian cendekiawan yang jauh di lautan seberang. Sudah kita ketahui, bahan-bahan manuskrip kesusasteraan dan keagamaan menjadi koleksi di perpustakaan-perpustakaan di merata-rata dan sampai kini ia tak habis-habis dikunjungi demi menggali mutiara peradaban zaman sebelum kita dibelenggu penjajahan. Mujurlah kita tidak sentiasa dirundung malang. Sajak ini adalah kenangan berbaur kehangatan terhadap persuratan nenek moyang kita zaman silam.
Para sarjana itu, bahkan telah menjadi pembantu-pembantu yang dihormati dan dikagumi kerana kedalaman ilmu dan keberhargaan sumbangan mereka yang tidak ternafikan. Betapa kesalnya, sarjana ini apabila tidak mampu lagi menyambut mesra penuh beracara rakan-rakan sebidang pengkhususan yang datang bertanya khabar, oleh sebab usia telah tidak lagi mengizinkan. Tetapi dalam ketakupayaan oleh ragutan usia, temanku menghasilkan kalimat bererti yang menepati tentang pendirian para ilmuan handalan, “cinta kasihku tetap bersemi di hati”. Sungguhlah, kita yang perlu mengeluh, kerana kita sendiri tidak mendukung tinggi khazanah minda bangsa.

******
SITI ZAINON ISMAIL
Sajak kesan Mengunjung Prof Boris Parnikel di Moskow , 2003






 " Ya Datuk Ahmad Said  Antara sarjana yg pernah menangis bila tiba di Tanah Melayu.beliau menangis juga ketika saya tiba di Moskow 2003 , kerana sudah uzur tidak dpt turun lif "


Siti Zainon Ismail Datuk, Prof Boris Parnikel dpt dihubungi dgn telefon ketika saya tiba bulan Feb-Mac 2003. Sisa musim dingin masih bertaburan serpihan salju.Beliau menangis tidak dpt turun dari flat suaranya menggigil:" tongkat ku entah di mana, saya tidak dpt turun... gara-gara cerpenmu: Syikh Kuala... Ttg Hamzah Fansuri , Nuruddin al Raniri, dgn ayat dan perkataan purba harus nerujuk kamus. Ya kamus Melayu itu, saya terus menyimak dan jadi lambat mati..."
Ahmad Said Dewan Sastera, Ogos 2004, ruangan “Sastera Antarabangsa” memuatkan tulisan Hashim Ismail, “Perginya Seorang Pelopor Kesusasteraan Melayu di Rusia”, muka surat 46-48 menghormati Dr. Boris Parnikel yang meninggal dunia pada 13 Mac 2004 ketika berusia 70 tahun.
Siti Zainon Ismail Ya Beliau meninggal tepat setahun saya mendengar tangisannya ....
Siti Zainon Ismail

Tulis balasan...
Siti Zainon Ismail Terima kasih Datuk... Komentar yg bersahaja, memang dapatbmendorong pembaca muda dan berkenal dgn pengkaji sarjana asing yg menyelongkar khazanah Melayu.


Pantulan D/2/24/2016: Keharuman bumi
Yang dikesali Siti Zainon Ismail, lewat “Taman-taman yang Hilang”, Dewan Bahasa, Mac 1978, muka surat 202, tidak perlu tafsiran. Cerahnya tak payah bersuluh lagi. Tetapi mesejnya tetap sama, sebaru 38 tahun yang lalu.
Aku pernah tinggal seketika diharumi bau kenanga, cempaka dan sundal malam. Seminggu dua ini, kenanga yang ditanami jiran mulai meletuskan keharumannya. Menyerbu ke laman rumahku. Bunga sundal malam yang ada di lamanku pun menyembulkan semula bunga yang baru. Harumannya yang terbukti itu akan datang lagi, bahkan akan menjadi hiasan di meja sendiri. Kesenian susunan dan kewangian yang menyenangkan. Semuanya membuktikan alam seharusnya dilestarikan.
Kalau Siti memilih burung, embun dan unsur-unsur alam kita tidak ada sikap lain menyatakan pendirian kecuali serupa beliau, mempersetujukannya.
Hidup ini diakui sementara. Kita harus menyedari untuk akhirnya pergi jua. Tetapi ketika sedang berada di sini kita mahukan keselesaan dan kesejahteraan. Ia boleh hadir dengan penggemblengan sempurna kesemuanya.
Menutup pantulan aku rela meminjam “desah bertumpuk di tiang hitam”. Semoga, sambil sanubari menikmati jambangan puisi, pemusnahan yang berleluasa terhenti dan kehidupan tidak tergendala, sebaliknya selangkah dengan kemajuan hakiki.

Ahmad Said
Pantulan E/01/1/2016: Menarah sejarah
Ada sajak lain telah kuselesai memantulnya dan sewajarnya didahulukan pemaparannya. Oleh sebab-sebab ‘teknikal’ sajak berkenaan kusimpan dahulu. Maka, sebagai membuka pantulan 2016, kupilih sajak Profesor Dr. Siti Zainon Ismail, “Nisan luka”, Dewan Sastera, Mac 2002, muka surat 88. Sajak ini menghiris.
Dari segi suasana, terakam gambaran yang tidak bermaya lagi melumpuhkan di persada negara. Dari segi watak-watak, menyerlah semuanya yang telah menjadi “arwah”. Tetapi yang sangat-sangat menggangguku ialah menonton “Kitab sejarah telah dibakar”, langsung memaparkan keterbiaran akan perkara-perkara asasi yang membangunkan mercu tanda, jati diri, tugu atau bukti-bukti kebaktian para pejuang masa silam, sedangkan merekalah yang merealisasikan cita-cita bernegara. Bahawa pengorbanan (darah, penderitaan) rupa-rupanya bukanlah sentiasa dihargai walaupun hasil perjuangan itu dinikmati oleh anak cucu mereka. Maka, kalau begitu di manakah harus kita meluahkan perasaan akan ketidakberhutangan budi/bakti/jasa para pewaris yang memalu serentak memilukan itu? Setiap orang tentu boleh memberi pandangan masing-masing. Tetapi untuk meletakkan simbol dan penghargaan setimpal kepada para pejuang terhadap satu bentuk sumbangan abadi mereka kepada tanah air, tentulah pihak yang berwibawa atau berwewenang terpikul tanggungjawabnya. Apabila tanggungjawab ini diabaikan, maka tiadalah lagi pihak lain boleh dan mampu mengambil alih, kerana keterbatasan yang nyata. Bukankah demikian mewajarkan kita mengisytiharkan ini sebagai suatu tragedi? Suatu kegagalan akibat kejahilan lantaran tertutup minda terhadap sejarah perjuangan mengangkat martabat bangsa menjadi kembali bermaruah!
Sajak ini pendek. Tetapi pendek yang menyenangkan. Sebabnya, setiap baris daripada 14 barisnya puitik belaka tambah lagi judulnya, menjadi 15 baris. Bacalah pula sendiri! Kemudian, rangkap pertama mencengkam rasa. Dalam kepayahan mengalami, masih mampu “mengutip pesan para arwah”. Titik rasaku, lagi-lagi tertinju oleh “Setelah surau semakin sepi/Tambak kering/Panen udang tidak menjadi.”
Aku lagi mahu memetik, tetapi kerana kependekannya bimbang nanti semuanya diulang-ulang sedangkan teksnya juga kupamerkan terang-terangan!
Tetapi, ya, sajak ini boleh berhenti dengan serangkap itu. Perutusan Siti tentang episod malang itu tetap tertanam jua. Bertuah aku, kerana tambahan serangkap tiga baris itu telah menyempurnakan riwayat menyayat ini dengan pemerian berharapan terlampau menggetirkan. (Aku teringat terserempak dengan nama “Mardhiah” dalam Siti Zainon Ismail, “Perjalanan Gelumbang Rayeuk”, Dewan Sastera, Julai 2005, muka surat 84-85 (tentang Tsunami). Ada tertulis “Mardhiah, si kecilku yang setia menunggu di teduh pohon kekuda di pantai Lamgha!”
Ah! Kalaulah setiap hari terbelek sajak-sajak begini alangkah bererti meneliti puisi!
(NOTA: Ruangan “Puisi Bulan Ini”, Dewan Sastera, Mac 2002 memuatkan 16 buah sajak. Ada ulasan ringkas, seperenggan empat ayat, terhadap sajak “Nisan luka” olehZurinah Hassan, “Perjalanan Mencari Kebenaran (Analisis Puisi Dewan Sastera, Mac 2002)”, Dewan Sastera, April 2002, muka surat 73-75.)

  1. KUTIPAN  daripada  NYANYIAN HUJAN  Februari  2014
  2. Delima Ranting Senja oleh Siti Zainon Ismail
  3. Siti Zainon Ismail sememangnya menulis dalam bahasanya yang romantis kerana mungkin beliau seorang pelukis yang menterjemah bahasa alamnya ke dalam lukisan dan tulisan. Novel ini saya baca sewaktu sudah dewasa dan mula memahami tidak salah lepas bebas selepas berkahwin, serta perkahwinan tidak mengurung seseorang perempuan itu. Gambaran percintaan dalam perkahwinan yang dekat tidak bererti renggang, jauh tidak bererti lupa. Hubungan Sofina dan AbyRedha, hubungan dua pejuang yang menyempurnakan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
  4. Pulau Renik Ungu oleh Siti Zainon Ismail
    Pulau Renek Ungu seperti mana judulnya, ia sebuah novel pencarian cinta Zaidah dalam perjuangannya dan pengembaraannya. Di atas kapal bertemu cinta dengan Henry yang kemudian bertukar nama menjadi Hairul. Bahasa Siti Zainon indah membuai dan membuat emosi remaja waktu itu turut bergelora dan mahu mengembara.
  5. Terima kasih Cik Ainul...07.03.2016