Monday, 7 March 2016

ETNOGRAFI YUNANI PURBA DALAM " ACROPOLIS SEBUTIR ZAITUN PARAKALO"


BERTAHUN  saya memendam rindu untuk datang ke tanah purba Yunani. Pelajaran sejarah dan sastera mengenalkan saya dengan nama Socratus,  Plato , Aristotle hingga nama Iskandar Agung yang berasal dari Macedone kerap terlontar di benak fikir.  Nama-nama ini juga muncul kala mencari makna definisi seni dan keindahan yang kerap disebut dalam catatan Al Farabi, Al Ghazali. Walau saya bukan  pelajar bidang falsafah tetapi kuliah dan mengajar Estetika Seni tidak dapat menolak terhadap kajian bandingan Falsafah. Kawan-kawan kelas teater juga membawa dongeng  Odysse , Iliad dan merekapun mengutip bait-bait puisi epik Homer. Tetapi melalui kajian seni bina bungkahan batu dan tembikar atau seramik mana munkin akan menolak peta wilayah Yunani Purba . Ya Greek, kami datang ketika musim bunga baru berkembang , April 2013. Pelayaran dari pelabuhan Bari di hujung peta Itali mengajar saya bagaimana lautan adalah jalur perantara menghubung bumi.  

Ya saya sudahpun meninggalkan jejak di San Marco Palazzo, sudah berjarak dengan Peggy's Galleri di Venezia, meningglkan Ceaser yang gugur di celah-celah bayang Hedoisme d iRoma. Ya saya sudah bersiap untuk menjejaki teater Dionysus walau sudah alah Dewa Nike di Athena...ooh kajian etnografi, menyentuh bungkah batu saksi , gelang kerincing konon milik para Dewi sempat dilakar  di  Muzium Rakyat Athena...


Betul kau temui khazanahh  terakhir cangkir racun yang direguk Socratus...memilih racun adalah lebih mulia daripada menyembah meminta ampun kepada pengampu  Raja Dewa. Kerana Dewi Athenia juga penjaga kota sudah mengucap selamat tinggal..ya saya datang.

Bersandar di pintu pagar tapak sekolah falsafah Yunani tergiang  suara Socratus yang bukan mengajar orang-orang di pasar tetapi lebih mengutip bualan mereka, bertanya sebelum dirumuskan menjadi buah fikiran yang tidak pernah tercatat..kecual bila Plato muda yan rajin mendcengar dan mengutip perbualan..Nah yang kau kutip ialah tulisan Plato, dan Socrates sendiri tidak pernah melihat buku yang sarat buah fikiranya  sepanjang hayat.

Dan sekarang saya duduk merenung bungkahan batu-batu purba , nun di puncak sana Acropolis  yang dipenuhi jejeran tiang-tiang kuil, mahkamah, dewan konsert, gimnastik....berterbangan bagai sayap-sayap angsa putih dalam gerimis petang, hingga terdengar laungan...ayuh turun pintu pagar akan ditutup nanti dikau kemalaman kegigilan di puncak Acropolis......

Cerpen > sila rujuk :
ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/9581

Page Header. Open Journal Systems · Journal Help. User ... Cerpen. Siti ZainonIsmail. Abstract. Acropolis Sebutir Zaitun Parakalo ...



1 comment: