Tuesday, 8 March 2016

DR KAMARIAH KAMARUDIN MEMBICARAKAN " DELIMA RANTING SENJA " SITI ZAINON ISMAIL

DALAM memperkatakan tentang Sahsiah dan Jadi diri Negeri Bangasa dalam novel Delima Ranting Senja (Utusan Publication). Dr Kamariah Kamaruddin memfokas kepada Sahsiah dan Jati Diri yang meangkumi nilai Agama, Adat dan Budaya, Sosial, Bahasa dan Ekonomi. Di sini dikutio pilihat ayat , rangkap dalam bab-bab novel tersebut berdasar nilai berkaitan:

1Nilai Agama: '...Pengarang menampilkan kepribadian Sofina yang tegar melaksanakan hukum agama Islam walaupun sibuk bergelut dengan hambatan kerjaya yang mencabar, iaitu dalam bidang kewartawanan...Didapati Sofina menjunjung tinggi nilai agama yang dianutinya dengan rasa taat setia kepada Yang Maha Pencipta menunjukkan jati dirinya sebagai orang Melayu-Islam yang utuh dan mantap:
      " ya Rabbi, jauh di bumi asing yang juga bumi ciptaan-Mu
         memberi hamba kesedaran ummah, keihsanan, kemuliaan; 
         memang tidak banyak pintaku, tapi berilah hamba kekuatan
         iman, dengan sinar fikiran dan pelita hati, beri hamba
         kekuatan jasmani dan rohan unuk bergerak demi ibadah 
         kepada -Mu : (DRS, hlm 7)

Beberapa ayat lain juga perilaku  watak utamanya Sofina:
      "...Bumbung berkubah hijau bagai nilam berkilau dipanah
       mentari senja. laungan  azan mendayu makin melembutkan
       langkahnya ke ruang luas, dalam keramaian jemaa, dua dapat
       bersimpuh tenteran dan sujud di tengah-tengah umat yang
       yang meruidui-Nya..." (DRS, hlm 348)
  
2. Nilai Adat dan Budaya: '...Nilai adat dan budaya ditonjolkan oleh pengarang berdasarkan sahsiah mulia beberapa watak yang menjadi garapan dalam novel ini. Antaranya yang menonjol ialah Sofina, Datin Mariani, Do Raman, Lolami dan Aby Redha. Golongan ini didapati mempertahankan adat dan budaya yang menjadi akar tunjang  sesuatu bangsa...Do Raman didapati amat menghargai pesan nenek moyang agar memelihara warisan bumi pertiwi daripada pencemaran dan dijajah bangsa lain:
        "  Sejak kau dilahirkan inilah kebun halaman yang
        memberi air, udara, api dan tanah. Kau lihatlah, nun jauh
        di bukit yang memisahkan kampung ini dengan dunia di
        sebalik sana dengan kehidupan dengan aneka satwa. Nanti
        kalau kau mengerti, nikmatilah alam yan memberikan kita
        udara bersih bebas, bernafas menghidupkan pucuk-pucuk 
        paku, subuh hari  di lembah, desah sungai senja..."(DRS,hlm.208)

3.Nilai  Sosial: ' Penonjolan nila isosial dalam novel ini digarap
menerusi jaringan   hubungan antara watak utama dengan watak sampaingan tentang pengukuhan pandangan tanah air dan bangsa :
     "  Nasib bangsa, nasib nagsa, siapakah bangsa yang paling derita 
      bangsanya dihina demikian rupa duka lara sejak zaman dulu kala. 
      Sejak nenek myang kami dicaci oleh penjajah yang benar-benar
      ingin menjajah kekayaan bangsa kami. Bangsa kami. Siapakah
      yang dimaksudkan deggan bangsa kami?...(DRS, hal:220)

4.Nilai Bahasa: Garapan nilai bahasa Melayu yang kukuh diajukan dalam DRS menunjukkan keutamaan pengarang terhdap bahasa ibunda bangsa Melayu dan perkembangan bahasa tanah air serta rujukan rumpun Melayu...pengaranh menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama  bagi perantara dialog watak yang dijernakan dalam novel ini. Walaupun terdapat beberapa perkataan asing yang diutarakan oleh pengarang, hal itu lumrah  kerana kebanyakan latar novel yang didasarinya meliputi negara Eropah seperti Jerman dan England serta Amerika Syarikat.

5.Nilai Ekonomi: Novel ini menelusuri isu membangunkan ekonomi sesuatu kawasan pedalaman dengan rasa tanggung jawab dan belas ihsan. AbyRedha sebagai pejuang kemanusiaan mengorbankan diri dengan melakukan bantuan terhadap mangsa perang dan masyarakat tertindas tanpa mengharap imbuhan yang setimpal. Beliau juga sanggup berjauhan daripada isteri tersayang yang merupakan wartawan demi membantu golongan yang tertindas dan ketinggalan arus zamann...:
       " Getaran suarapun mengetuk-ngetuk di meja 
       kala diri mungkin  sibuk seharian di sidang senat, di bilik 
       menteri untuk pengesahan projek anak yatim, atau
       perempuan-perempuan malang kehilangan suami"
       DRS, hal, 422) 

          " Makanan kita malam ini sungguh mewan, Datin percaya 
      tidak , di luar sana, maksudku di kampung tidak jauh dari
      hotel kita ini, di sebuah ruma nelayan mereka hanya memilih
      ikan kembung kecil di rebus dengan asam  atau serai atau
      mungkin digaul garam saja, kerana ikan tenggiri masak asam
      manis  dengan hirisan halia, ketam dan sotong goreng bertepun
      yang kita makan malam ini telah diserah kepara peraih dengan 
      harga terendah dan peraih menjualya di pasar  dan dibeli oleh
      hotel ini  denga nharga berlipat ganda..." (DRS, hlm. 16)

Sesungguhnya DRS dapat merungkaikan pemahaman tentang kepentingan mempertahankan dan membangunkan sahsiah dan jati diri negara bangsa walau dalam apa-apa situasi dan generasi demi memartabatkan manusiawi"

(DEWAN SASTERA, Disember 2011 , hlm, 37- 41)


     

         
    

No comments:

Post a Comment