Tuesday, 8 March 2016

BUNGA PUTIK PUTIH CETAKAN KE 2





Deskripsi Produk:
Kumpulan cerpen: Bunga Putik Putih memuatkan cerpen-cerpen Siti Zainon Ismail yang menyentuh pelbagai tema dan persoalan yang disorot dan digarap dengan teknik dan pendekatan yang tersendiri dan amat puitis serta menyentuh perasaan. Penulis menggarap dan membicarakan persoalan serta permasalah kehidupan golongan seniman, pelukis, kisah percintaan yang sering mencetuskan konflik jiwa insan lelaki dan wanita serta nostalgia keagungan bangsa pada masa silam. Keunikan antologi ini terletak pada teknik penulisannya yang menggabungkan teknik konvensional, absurd dan kompleksiti yang mengundang daya fikir dan renungan pembaca. Bunga Putik Putih merupakan antologi cerpen ketiga Siti Zainon Ismail sesudah Seri Padma dan Attar dari Lembah Mawar. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, kajian sastera dan budaya. Siti Zainon Ismail juga seorang pelukis wanita terkenal tanah air. Beliau menerima anugerah S.E.A Write Award pada tahun 1989, Anugelar Gelar Chut Nyak Faqinah daripada  Majlis Adat dan Kebudayaan Aceh , 1990., Profesor Luar Biasa Universitas Jabar Ghafur , Pidie Acheh, 1996, Budayanita Selangor, 2005, dan Budayawan Gombak, 2011.



Mengenai Produk:
ID produk:9789836218865
Muka Surat:133
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Dewan Bahasa & Pustaka
Tarikh terbitan:01-AUG-2015

No comments:

Post a Comment