- KUTIPAN daripada NYANYIAN HUJAN Februari 2014
- Delima Ranting Senja oleh Siti Zainon Ismail
- Siti Zainon Ismail sememangnya menulis dalam bahasanya yang romantis kerana mungkin beliau seorang pelukis yang menterjemah bahasa alamnya ke dalam lukisan dan tulisan. Novel ini saya baca sewaktu sudah dewasa dan mula memahami tidak salah lepas bebas selepas berkahwin, serta perkahwinan tidak mengurung seseorang perempuan itu. Gambaran percintaan dalam perkahwinan yang dekat tidak bererti renggang, jauh tidak bererti lupa. Hubungan Sofina dan AbyRedha, hubungan dua pejuang yang menyempurnakan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
- Pulau Renik Ungu oleh Siti Zainon IsmailPulau Renek Ungu seperti mana judulnya, ia sebuah novel pencarian cinta Zaidah dalam perjuangannya dan pengembaraannya. Di atas kapal bertemu cinta dengan Henry yang kemudian bertukar nama menjadi Hairul. Bahasa Siti Zainon indah membuai dan membuat emosi remaja waktu itu turut bergelora dan mahu mengembara.
- Terima kasih Cik Ainul...07.03.2016
-
"Herstory" Kepengarangan Siti Zainon Ismail. Kenyataan ini bermaksud yang dipaparkannya lebih kepada pengisahan tentang dunia yang dialaminya sebagai pelukis, penulis serta budayawan. Sudah tentu, Siti Zainon memberi kelainan berbandingan pengarang wanita lain sebab dunianya ialah dunia sarjana, dicampuri dunia seni lukis, puisi, cerpen, novel dan eseis. Barangkali di peringkat Asia Tenggara sedikit terlibat seperti Siti Zainon..." Prof Madya Dr Awang Azman A Pawi (DBP 2004).
Monday, 7 March 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment