Sekretariat HSPM 2014
menerima sejumlah 2,181 buah puisi daripada pelbagai sumber
media penyiaran
sepanjang tahun 2014 yang lalu. Daripada jumlah itu, dilakukan dahulu penilaian
di peringkat saringan, dan hasilnya sebanyak 126 buah karya dibawa ke mesyuarat
penilaian akhir.
Panel menilai dengan teliti, dan mengambil kira segenap aspek
yang perlu untuk memilih karya yang didapati berkualiti yang bererti mempunyai
muatan :
1. Subjek yang baharu, segar serta digarap dengan menggunakan medium bahasa
yang juga segar dan kaya estetik,
2. Dapat mengangkat pemikiran kepada
khalayak. Karya sewajarnya boleh membuka minda khalayak pembaca juga,
3.Dapat
mempertingkatkan kefahaman kepada kehidupan dan kemanusiaan,
4.Tidak terkecuali
mendekatkan diri mereka kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam.
5.Karya seharusnya
juga dapat menjadi penanda aras yang baharu kepada bidang penulisan puisi di
negara kita.
Setelah menilai dengan
penuh saksama, sebanyak 33 buah puisi disenaraipendekkan untuk dibawa ke
peringkat akhir. Hasilnya, 10 karya yang berikut ini diperakukan sebagai layak
diberikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014, iaitu:
1.
“Di
Padang Sarjana”, Tuah Sujana, Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014.
2.
“Kalaulah
Papa Memukulmu, Adib”, Rahimidin
Zahari, Mingguan Malaysia,
23 Februari 2014.
23 Februari 2014.
3.
“Kepada
Perempuan Laut”, Siti Zainon
Ismail, Dewan Sastera,
Jun 2014.
4.
“Rezeki
Bumi”, Siti Zainon
Ismail, Dewan Sastera,
Jun, 2014.
5. “Perkebunan Budaya
Melayu”, Basri
Abdillah, Dewan Budaya,
Julai 2014.
6.
“Membaca
Aksara”, Muhammad Haji
Salleh, Dewan Masyarakat, Julai 2014.
7.
“Tigris”, Rosli K. Matari, Jendela Timur, Ogos 2014.
8.
“Dari
Mimbar Shinjuku”, Syafiq
Zulakifli, Mingguan Malaysia,
30 November 2014.
30 November 2014.
9. “Al-Kisah,
di Negara yang Memansuhkan Bahasa”, Muhammad Haji Salleh, ‘ Nyala Api dalam Dada’, terbitan ITBM, 2014.
10. “Mencari
Jernih”, Shapiai Mohammad
Ramly, antologi ‘Cerita Alam Gelora
Hujung Benua’, DBP Wilayah Selatan, 2014
Hujung Benua’, DBP Wilayah Selatan, 2014
Teringat Si Perempuan Laut
bercerita tentang puisi Nyanyian
Angsa W.S Rendra
Terima kasih Nur Al Kindi di Laut Batam
2000
No comments:
Post a Comment