KUTIPAN IDEA – SUMBER TULISAN SITI ZAINON
1.
Dalam tulisan “Tema Sastera Klasik Melayu:
Peribahasa dan Bidalan dalam Karya
Cetakan Pelukis Malaysia “ oleh MAZLAN HJ.
A. KARIM Institut Pendidikan Guru,
Malaysia A. RAHMAN HJ. MOHAMED Universiti
Sains Malaysia.
Perkaitan rapat sastera klasik Melayu dengan seni lukis
moden Malaysia,
1. Merujuk penjelasan Siti
Zainon Ismail (1989: 11), telah
bermula sekitar 1970-an. Menurutnya, karya-karya seni lukis moden Malaysia
ketika itu mula memperlihatkan ciri kecintaan terhadap nilai peribumi. Ini
adalah kesan daripada Seminar Akar-Akar
Kesenian Peribumi dan Perkembangan
Kini, Disember 1979, anjuran Institut Teknologi Mara (kini UiTM). Kebanyakan
pelukis lulusan institusi tempatan mula menyedari hakikat nilai dan identiti
tempatan. Keghairahan mencari nilai dan identiti inilah mula membibitkan
kesedaran terhadap beberapa unsur budaya – seni, masyarakat dan kehidupan.
Beberapa orang pelukis mula menimba idea daripada unsur budaya persekitarannya
seperti unsur alam, motif seni/sastera (tradisi/moden), sudut pandangan Islam
(konsep Islam, abjad/kaligrafi) dan sebagainya. Di kalangan pelukis seni moden
Malaysia sejak 1960-an, sama ada yang menjadikan seni cetak sebagai medium
utama mahupun sampingan, merupakan penyajak yang berbakat besar selain
kebolehan mereka dalam seni visual. Misalnya Abdul Latif Mohidin yang
menghasilkan karya catan dan cetakan yang diilhamkan menerusi cetusan rasa
dalam puisinya.
2.Berdasarkan tulisan
Siti Zainon Ismail (1989: 11), beliau menjelaskan bahawa Abdul Latif
Mohidin yang sering digelar ‘nature painter’ dengan maksud yang sama sebagai
‘nature poet’ menghasilkan karya menerusi siri e-UTAMA, Jilid 3 (2011) 44
‘Pago-Pago’
dan ‘Imago’ adalah pengalaman puisi dalam sajaknya yang berkisar
tentang alam kehidupan.
Menurut Siti Zainon
Ismail (1989: 65-66), perkembangan awal seni lukis tanah air yang diwakili
oleh Yong Mun Seng dan Abdullah Arif (1930) menerusi cat air masih kurang
intinya dengan masalah budaya tempatan. Sekadar menyatakan idea luaran yang
diolah berdasarkan beberapa tema atau subjek yang menampakkan pemandangan atau
peristiwa di tanah air. Tanpa rujukan khas yang dilakukan oleh penghasil seni,
sejarah seni budaya Tradisi Agung semakin mengecil tanpa menam- Mazlan Karim 45
pakkan penggarapan idea tempatan itu menyebabkan seni lukis Malaysia seperti
tidak mempunyai identiti. Beliau menganggap ‘Kongres Kebudayaan Kebangsaan’ di
awal tujuh puluhan dan ‘Akar-Akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan Kini’
(1979) merupakan peristiwa yang mencabar dalam perkembangan seni rupa tanah
air. Kedua-dua peristiwa itu merupakan satu detik penting kepada seniman atau
pelukis terhadap kesedaran tentang pembentukan seni lukis: lukisan dan cat
tanah air. Bebe-rapa pelukis muda di awal 1970-an seperti Ruzaika Omar Basaree
dan Lee Kian Seng mengambil imej Tradisi Agung melalui pemilihan subjek seni
ukir – bangau, perahu, atau permainan tradisi – tetapi menciptanya kembali
dengan nada sezaman, men-jauhi penampilan tradisi seperti yang dihasilkan oleh
Nik Zainal Abidin mahupun Yusof Abdullah, A. Khalid Yusof dan A. Ghaffar
Ibrahim yang menampilkan Tradisi Agung seni khat bebas. Manakala Sulaiman Esa
pula peka dengan media tenunan dan cat dalam mencari erti semangat seni Tradisi
Agung melalui siri ‘Ke Arah Tauhid’nya.
Menurut Siti Zainon
Ismail (1985;40) untuk menghidupkan lagi susunan awan larat teknik silat
akan digunakan dengan menimbulkan atau menipiskan bentuk ukiran
-------------------------------------------
Siti Zainon Ismail (1999). Acuan Kuih Tembaga (Kuih Loyang
dan Buhulu). Dlm. Glosari: Kesenian Budaya Benda. Kuala Lumpur: Jabatan
Persuratan Melayu UKM. Siti Zainon Ismail (2009). Seni Rupa Dunia Melayu.
(Layari pada 31 Julai 2009). Diperolehi daripada blog Siti Zainon Ismail. http://senirupasiti.blogspot.com/2009/06/seni-rupamelayu-kesenian-rakyat.html
Jurnal Elektronik
Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu Jilid 3 (2011) 41-53
No comments:
Post a Comment