Friday, 11 March 2016

PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA 2012



PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2012
KATEGORI C:  KESUSASTERAAN KANAK-KANAK DAN REMAJA
HADIAH BERNILAI RM5,000.00 BAGI SETIAP PEMENANG

 PENDAHULUAN
1.1      GAGASAN AWAL pemberian HSPM ini tercetus hasil daripada laporan Jemaah Hakim Peraduan Mengarang Novel 10 Tahun Merdeka pada tahun 1970. YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah menubuhkan sebuah panel penilai dengan tugas-tugas khas pada 24 Julai 1971 untuk menilai karya sastera bagi tujuan pengiktirafan. Hadiah berprestij yang dilaksanakan pada setiap tahun ini mula dikenali sebagai Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 (1971-1976).
1.2       Pemberian Hadiah Karya Sastera ini terhenti pada tahun 1977 sehinggalah pada tahun 1981, Dewan Bahasa dan Pustaka yang mewakili kerajaan Malaysia mengambil inisiatif meneruskan kesinambungan untuk menilai karya sastera. Hadiah ini dilaksanakan secara dwitahunan dan dikenali sebagai Hadiah Sastera Malaysia (1981-1995).
1.3       Hadiah Sastera Malaysia dinaik taraf dan diberikan nama baharu, iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 1996. Oleh itu, bermula tahun penilaian karya terbit/tersiar 1996/1997, nama tersebut telah dikekalkan selaras dengan prestijnya. Hadiah Sastera Perdana Malaysia dilaksanakan secara tahunan bermula tahun penilaian 2012.
2.            MATLAMAT
Hadiah Sastera Perdana Malaysia diwujudkan dengan tujuan:
2.1       Memberikan pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu;
2.2       Mengenal pasti karya-karya sastera yang bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu;
2.3       Menggalakkan penerbit menerbitkan karya-karya sastera yang bermutu dalam bahasa Melayu

DASAR PENILAIAN
4.1 Karya sastera yang dinilai untuk menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 ialah karya yang terbit di Malaysia dan di luar negara pada tahun 2012.
4.2 Penilaian dibuat oleh ahli panel berdasarkan kriteria yang berikut:
(i)         Kekuatan kesatuan organik karya
(ii)        Kekuatan dan keaslian persoalan yang ditampilkan secara matang
(iii)       Keseimbangan estetika bahasa dengan persoalan kemanusiaan
(iv)       Keindahan moral
(v)        Inovasi dalam kreativiti

4.3 Panel telah meneliti sejumlah besar karya sastera dalam bentuk buku dan bentuk eceran bagi tahun penilaian seperti yang berikut melalui Jadual 1:
a)         KESUSASTERAAN KANAK-KANAK
BIL.GENREJUDUL KARYAPENULISSUMBER/TERBITAN
1.Novel Kanak-kanakTiada Pemenang
2.Kumpulan Cerpen Kanak-kanakLukisan Lisa untuk IbuQue Lyana ShuhaimiBlue-T Publication Sdn. Bhd., 2012
3.Kumpulan Puisi Kanak-kanakBijak si Katak BijakSiti Zainon IsmailITBM & PENA, 2012
4.Kumpulan Drama Kanak-kanak










Tiada Pemenang

No comments:

Post a Comment