Siri Sahabat Siti Kecil: Zaman Cicak dan Mengkarung

Siri Sahabat Siti Kecil: Zaman Cicak dan Mengkarung
RM 18.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)ISBN: 9789674601058
Tahun terbit: 2015
Jumlah muka surat: 19
Beli sekarang ›
“Kita serupa wajah bermuncung badan panjang tirus ekor panjangcuma aku kecil.” – bisik Cicak.
“Tidak mengapa kaki kita serupa kau melekap di siling.” – kata Mengkarung .
“Tidak mengapa kaki kita serupa kau melekap di siling.” – kata Mengkarung .
Cicak dan Mengkarung, yang tampak sama tetapi berbeza bersahabat baik. Cicak duduk di rumah, Mengkarung tinggal di atas pokok. Namun, di rumah Cik Jah, tidak suka kepada cicak dan sering menepis dengan rotan bulu ayam. Bagaimana untuk Cicak kekal hidup harmoni bersama Cik Jah dan Mengkarung?Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakarcerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisanmenampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam. Pelukis dan penyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang berseni dalam bentuk dwitulisan - Rumi dan Jawi.
Judul Dalam Siri Sahabat Siti Kecil: Angsa Istana Si Jambul Desa *Anak Kambing Sungai Air Tawa *Cik Bunga Rantau AbangSahaba Si BuluCantik* Zaman Cicak dan Mengkarung

Siri Sahabat Siti Kecil: Sahabat Si Bulu Cantik
RM 18.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)ISBN: 9789674601072
Tahun terbit: 2015
Jumlah muka surat: 27
Beli sekarang ›
Kola, Cik Mata Kuning, Si Pita Merah, Mak Tua, Tok Telinga Belang,Nnen, Cik Kelabu: kucing-kucing bijak penuh warna dan mempunyaikerenah serta keletah yang mencuit hati. Kola gemar mengejar rama-rama, Cik Mata Kuning gigih membaca buku, Mak Tua pula suka bercerita tentang rahsia dan pesan orang tua.Semasa mereka memperagakan gaya masing-masing, tiba-tiba ada ketukan di pintu. Siapakah yang menghilang dan siapa pula yang datang? Ikuti kisah kucing-kucing bijak pendamping manusia ini dalam Sahabat Si Bulu Cantik. Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakar cerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisanmenampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam. Pelukis dan penyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang bersenidalam bentuk dwitulisan - Rumi dan Jawi
Siri Sahabat Siti Kecil: Cik Bunga Rantau Abang

Siri Sahabat Siti Kecil: Cik Bunga Rantau Abang
RM 18.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)ISBN: 9789674601065
Tahun terbit: 2015
Jumlah muka surat: 25
Beli sekarang ›
Apabila musim bertelur tiba, Cik Bunga akan pulang ke pantaiRantau Abang yang pasirnya putih dan hangat. Selepas bertelur,Cik Bunga menimbuskan pasir untuk melindungi telurnya.Sebelum kembali bermain gelombang di laut biru, Cik Bungaberpesan, “ya anak, sehingga tiba waktu, meloncatlah ke airmengejar ibu”. Kembali bermain gelombang. Tetapi telur Cik Bungadiintai Pak Pengintip yang tahu musim penyu bertelur.Apakah telur-telur kesayangan Cik Bunga akan selamat daripadatangan Pak Pengintip ini?Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakarcerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisanmenampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam. Pelukis danpenyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang bersenidalam bentuk dwitulisan - Rumi dan Jawi
Siri Sahabat Siti Kecil: Anak Kambing Sungai Air Tawar

Siri Sahabat Siti Kecil: Anak Kambing Sungai Air Tawar
RM 18.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)ISBN: 9789674601089
Tahun terbit: 2015
Jumlah muka surat: 55
Beli sekarang ›
Kling-kling, loceng berbunyi. Kling kling.Aqsa datang hendak mandi pagi.Aqsa, si kambing kecil yang nakal dan lucu. Dia suka mandi airhujan dan gemar mendengar cerita. Dia bukannya kambing yangtakutkan air. Dia juga sangat sayang kepada Datuk Sharif danMak Dibah. Sesudah dewasa, Aqsa ingin mengembara menuntut ilmu,tetapi ke mana haluannya? Apakah Aqsa akan pulang mengubahKampung Air Sungai Tawar selepas berjaya kelak?Dalam Siri Sahabat Siti Kecil ini, Siti Zainon Ismail melakar cerita bintang yang dekat di hatinya. Pengolahan cerita dan lukisanmenampilkan nurani alamnya yang sensitif lagi mendalam.Pelukis dan penyair wanita Malaysia ini bercerita dengan bahasa yang bersenidalam bentuk dwitulisan - Rumi dan Jawi
UNTUK PEMBACA DI SABAH BOLEH HUBUNGI LANGSUNG > GALERI MELORA HP / WHATSAAP > 019 250 4833
No comments:
Post a Comment