FRIDAY, 12 AUGUST 2011
Siti Zainon Ismail - Dari Anak Alam Ke Menara Gading – Ahmad Fadzil Yassin
Menerima Anugerah PAPTI (Tokoh Seni Budaya) 2015
Ayob Yamin (sekarang Haji) memperkenalkan kepada saya seorang gadis manis di Sudut Penulis , Tingkat 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, satu malam pada tahun 1974. Ada pertemuan penulis dan pameran lukisan malam itu. Gadis manis itu, mrenurut Ayob baru pulang dari Yogyakarta. Indonesia. Katanya, gadis itu pelukis, lulusan Akademi Senirupa Indonesia (ASRI). “Dia itu kawan baik dan sama sekolah dengan isteri saya, Yasmin,” kata Ayob.
Saya melihat gadis manis ini pendiam orangnya. Setidak-tidaknya pada malam itu. Dia tidak banyak bicara. Ketika itu dia duduk di atas sebuah meja kecil, Kedua-dua belah tangannya memegang tepi meja sementara kedua-dua kakinya terjuntai ke bawah. Memang banyak orang yang hadir dan perkenalan kami Cuma setakat di situ. Sehinggalah pada suatu hari apabila saya menerima panggilan telefon daripadanya. Dia ingin memesan majalah Dewan Masyarakat untuk dihantar kepadanya setiap bulan. Sejak itu kami sering berbincang dan bertemu untuk menyemarakkan lagi dunia penulisan. Dia punya kelebihan , iaitu bakat melukisnya. Pun dia terdidik dalam bidang seni rupa.
Itulah Dr. Siti Zainon yang saya kenali. Bermula sebagai Juru Latih Seni di Kementerian Kebudaan Belia dan Sukan dan Taman Budayya (1974-1976), Tutor di Universiti Kebangsaan Malayusa (1976-1979), Pensyarah Kini dia seorang Pensyarah . profesor dan dan turut bertugas sebagai Pengarah Kebudayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Penyeldik (UKM), Bangi (1976-2007). Pada tahun 2014 diundang sebagai Professor di Universiti Malaysia Sabah.
Ayob Yamin, Latiff Mohidin dan beberapa kenalan baiknya memanggilnya Izan. Ibunya memanggilnya begitu. Barangkali itu nama timangannya sejak kecil. Ijazah Doktor Falsafahnya diraihnya empat tahun yang lalu. Baginya barangkali itulah pencapaian akademik yang paling dia tunggu-tunggu dan paling manis yang dia anggap sebagai kejayaan puncak kehidupan kampusnya.
Perjuangan dan suka duka untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam bidang pendidikan ini yang sekian lama dilalui tidak sia-sia. Barangkali dia sendiri tidak menduga bahawa pada hari ini, dia berada di persada mulia puncak menara gading sambil menyumbang bakti memaju kebudayaan yang pelbagai. Saya kira Izan akan selalu bernostalgia, menyelusuri kisah-kisah lama di negara tetangga ketika menimba ilmu. Sesekali dia akan bersedih mengenang nasib malang di perantauan. Dia akan mengenang jerih payah ibunya di Padang Balang yang selama beberapa tahun membiayai persekolahannya di Yokyakarta, sehingga dia tamat dan pulang. Namun apapun jua jerih payah ibunya itu adalah “sebutir emas” yang menjadi bekalannya untuk lulus cemerlang dalam bidang seni lukis.
Dua minggu lalu, tepatnya pada 18 Disember 1997, Izan merayakan hari ulang tahunnya. Puas, saya kira, dengan kerjaya yang diimpikan melalui lirikan senyuman dan linangan air mata . Baginya, kehidupan yang dia lalui sejak meninggalkan tanah air pada awal tahun 1970-an adalah ibarat mimpi sedih, ngeri bercampur indah dan mengasyikkan. Mimpi sedih dan ngeri kerana liku-liku kehidupan yang dia lalui di rantau orang tanpa persediaan yang cukup demi mengejar cita-cita yang saya kira berputik daripada nasihat pelukis Hussein Anas . Indah dan mengasyikkan kerana dia mula kenal mesra dengan pelukis-pelukis ternama Indonesia, seperti Affandi dan anaknya, Kartika. Di samping itu dia berpeluang membiasakan diri bertemu, berbincang dengan penyair dan dramtis Indonesia W.S. Rendra dan nama-nama besar yang lain. Pengalaman bertemu dan bekerja dengan nama-nama besar dalam dunia seni lukis dan persuratan ini adalah “kekayaannya” dan menjadikannya lebih matang dan dewasa.
Hingga ke hari ini hubungan intimnya dengan rakan-rakan sekarya di bumi jiran tetap utuh. Malah, keintiman itu telah berhijrah pula ke daerah Serambi Mekah di utara Pulau Sumatera, iaitu Acheh. Begitu kasihnya Acheh kepadanya, sehingga dia dianugerahkan gelaran Teuku Nyak Fakinah pada tahun 1990. Empat tahun sebelumnya dia menerima hadiah awal berupa piagam Seminar Sastera Nusantara, Universitas Jabal Ghafur, Acheh.
Latiff Mohidin, A. Ghaffar Ibrahim, Sulaiman Isa dan beberapa orang lagi tidak akan lupa akan kegiatan dan peranan wanita ini dalam kelompok Anak Alam yang setiap petang “ngumpul” di sebuah rumah di Taman Budaya berdekatan dengan padang yang sekarang dinamakan Padang Merbuk. Di rumah inilah ada kalanya ahli-ahli kumpulan ini berbincang-bincang santai tentang alam lukisan dan kepenyairan. Sesekali mereka serius melukis. Senja atau lewat malam baru mereka bubar. Bagi mereka alam adalah segala-galanya dalam proses penciptaan dan Izan bersama yang lain menjelajahinya melalui minda dan jejak langkah. Dan alam juga menjadikan Izan begitu perasa dan mudah terusik.
Dan dia juga begitu manusiawi. Dengarkan dia bersuara lewat sajaknya “Tukang Besi
Di Bengkel Kereta Api”:
Dia lelaki tiga zaman
telah dilengkungnya fajar kelabu
telah disilangnya keringat siang
dialah lelaki penakluk malam
menyentik hujan
silih berganti
jari kematunya masih mengetuk jeriji
seperti juga setia dia
menghitung malam
Jiwanya yang perasa itu dilahirkannya melalui berbagai-bagai ungkapan puitis dalam beberapa buah antologi puisinya. Sehingga tahun 1992 dia telah melahirkan Nyanyian Malam (1976), Puisi-Puisi Sang Kekasih (1984), Daun-Daun Muda (1986), Perkasihan Subuh (1986), Kau Nyalakan Lilin (1990), dan Bunga-Bunga Bulan (1992). Antologi terakhir ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris yang diberi judul The Moon is a cradle setahun kemudian. Terjemahan disempurnakan sendiri oleh suaminya sendiri, Hafiz Ariff Aveling.
Izan cuba bernostalgia melalui Rembang Flamboyan, sebuah novel remaja yang diterbitkan pada tahun 1995. Seting dan latar belakang cerita Jakarta, Bandung dan Bali. Ini sebuah kisah remaja dunia kampus, kisah seorang gadis di perantauan yang terpaksa bergelut dengan realiti dan karenah alam keremajaan di tengah-tengah dia memburu cita-cita. Anizah, watak utama Rembang Flamboyan dibuai rasa dan dia berkeras ingin menjadi remaja ideal yang mampu mengawal rasa dan perasaan. Semua dugaan hidup remaja berjaya dilaluinya dan akhirnya dia berjaya, bukan setakat meraih gelar sarjana tetapi juga tetap utuh setelah berdepan dengan berbagai-bagai dugaan dan godaan. Anizah mendengar lagu Trio Bimbo:
Senja itu
Flamboyan berguguran
Berserakan
Jatuh ke bumi…
Dan sewaktu dia ‘ngelamun” itu namanya dipanggil dan Anizah cepat-cepat memadamkan “ingatan padangan rembang flamboyan, menggantinya dengan kembang semarak merah menyalakan… dengan tekad utama.” Barulah Izan berasa puas apabila dia, melalui watak Anizah berdoa, “Tuhan, hidupku baru bermula,tiupi daku demi nyala cinta-Mu!’ Pada tahun yang sama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitkan Pulau renek Ungu.
Bagaikan tak puas mengukir kata dalam puisi dan novel, Izan melahirkan empat antologi cerpen, iaitu Sri Padma (1984), Dongeng Si Siti Kecil (1988), Attar Dari Lembah Mawar (1988), dan Bunga Putik Putih (1991). Kau Nyalakan Lilin (UKM-Grupemusi, 1990) , Taman-taman Kejadian (Galeri Melora 1996), Witir Merapi (GM, 2004), Geulumbang Rayeuk (GM 2005). Kasih Bonda (DBP 2008,2010) , Bait Senandong Malam (ITBM 2011), Surat dari Awang (ITBM 2014). Terkini menumpukan pusi tremaja lengkap dengan hiasa Lakaran - Ilustrasii Siri Sahabat Siti Kecil - cerita haiwan dan unggas terbtan ITBM. Judul Bijak Si Katak Bijak memenangih HSPM 2012.

Pendidikan akademiknya dalam bidang seni rupa menyemarakkan lagi warna kerjayanya. Izan seperti membaurkan minat dan kerjaya, lebur dalam satu wadah budaya. Seni tekstil dan kraf tangan bagaikan menyatu pula ke dalam wadah itu. Dia melahirkan Getaran Jalur dan Warna (1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu (1986), Percikan Seni (1988), Tekstil Tenunan Melayu (1994), dan The Craft of Malaysia (1994). Busana Melayu Johor (Yayasan Warusan Johor-Fajar Bakti 1997), Pakaian Cara Melayu (UKM 2006,2009), Memasuki Taman Puisi (DBP 2010) , Acheh Suara Hujung Tambak (DBP 2012)
Dalam perbualan pendek melalui telfon beberapa hari yang lalu, dia memberitahu yang dia sudah pun menyiapkan manuskrip untuk buku mewah berjudul Busana Melayu Johor. Katamnya penerbitan buku ini akan ditaja oleh Yayasan Johor dan bakal terbit tidak lama lagi. Dalam pada itu, Izan sedang sibuk pula dengan rancangan untuk mengadakan pameran lukisan keliling negara-negara ASEAN. Menurutnya, beberapa pelukis dari negara-negara sahabat ini akan bergabung tenaga menjayakannya. Sebenarnya, kegiatan seumpama ini tetap dia teruskan . Beberapa pameran lukisan , hasil koleksi dan karya peribadinya telah pun diadakan sepanjang kerjayanya. Semacam lukisan itu telah sebati pula dengan darah dagingnya. Dia amat giat dalam bidang ini hingga kadang-kadang terfikir juga bagaimana dia membahagikan waktu melakukan semua ini. Misalnya, pada tahun 1976, dia menjadi ahli jawatankuasa Anak Alam selama tujuh tahun . Setelah itu dia bergiat pula dalam Persatuan Pelukis Malaysia himgga tahun 1984. Pada tahun 1991, untuk selama tiga tahun dia dilantik menjadi ahli Lembaga Balai Senilukis Negara . Institut Teknologi MARA melantiknya sebagai pemeriksan luar Kajian Seni Halus pada tahun 1987, 1991 dan 1993.
Kualiti perjuangan dan hasil karyanya tercermin melalui hadiah dan penghargaan yang diraihnya. Sejak tahun 1960 karyanya telah diberi pengiktirafan sebagai yang berkualiti. Pada tahun itu, Izan memenangi Hadiah Seni Lukis Sekolah- Sekolah rendah Selangor. Semasa menuntut di Yokyakarta, dia mendapat penghargaan Hadiah Sketsa Kartini, ASRI. Pada tahun 1972, dia menerima pula hadiah utama Pelajar Seni Lukis ASRI.Dalam bidang penulisan Izan meraih Hadiah Sastera genre puisi sejak tahun 1975 lagi. Hadiah Puisi Islam PUSPA, Kelantan 1987, Hadiah Esei Seni, Dewan Sastera 1988 dan puncaknya Hadiah SEA Write Award di Bangkok, 1989. Tiga tahun lalu kerana jasanya yang tidak ternilai dalam usaha menaikkan martabat wanita, Izan terpilih menerima Anugerah Tan Sri Fatimah Avon. 1992 , PJK Selangor, 1993, Prof Luar Biasa Univitas Jabar Ghafur, 1996, Anugera Gelar Chut Nyak Fakinah, Majlis Adat Istiadat dan Budaya Acheh, 2000. Pingat Setia Mahkota Selangor , 2002, Biduanita Majlis Pembangunan Ekonomi Selangor , 2007, Anugerah Budayawawan Gombak , PAKSI 2012, Anugera Tokoh Ilmuan Seni Budaya PAPTI , 2015.

Demikianlah, dalam usia yang masih dianggap muda, kejayaannya dalam bidang seni lukis dan penulisan serta pencapaian puncak dalam bidang akacemik merupakan hasil kerja keras yang tiada hentinya sejak dia menjejak kaki di bumi Indonesia. Di sanalan tersimpan segala khazanah suka dukanya dan di sanalah berputiknya impian untuk menjadi seorang wanita “serba boleh”. Dan saya kira kelunakan suaranya berbicara lancar, terutama apabila dia memperkatakan sesuatu dalam bidangnya ini adalah bukti keserbabolehannya itu. Dialah Siti Zainon Ismail yang doktor dan senang dengan nama Izan Baina. Terakhir ini dia sering membahasakan dirinya “bonda” atau “kakak” apabila bersembang rasa dengan penulis-penulis remaja.
(Utusan Zaman, 5 Januari 1997).
Edit tambah senarai yang berkaitan oleh Galeri Melora
No comments:
Post a Comment