SITI
ZAINON ISMAIL : PAKAR RUJUK DAN KETUA PENYELIDIK
TENUN
DAN BUSANA JOHOR YWJ 2013-2016
YWJ
Perkenal 10 Corak Kain Tenun, Simbolik Penyatuan Bangsa Johor
JOHOR
BAHRU, 12 April – Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan memperkenalkan
10 rekaan corak baharu kain tenun Johor, yang akan melambangkan
permuafakatan dalam kepelbagaian lapisan masyarakat sebagai simbolik
penyatuan Bangsa Johor.
Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk
Zulkurnain Kamisan berkata, usaha itu adalah antara inisiatif
Kerajaan Negeri bagi mengembalikan sejarah tenunan yang menjadi
kebanggaan negeri ini.
“Usaha
ini dilihat membantu dalam memartabatkan kembali seni tenunan Johor,
sekaligus menjadi produk baharu yang akan mengangkat warisan negeri
ini.
“Jika
dilihat Johor pada zaman dahulu, wujudnya keakraban di antara
masyarakat meskipun dalam keadaan pelbagai perbezaan dan setiap
kepelbagaian ini boleh disatukan menjadi Bangsa Johor,” katanya
pada sidang media selepas majlis Pra Perasmian Bengkel Tenun Johor
dan Anugerah Lensa Johor di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini,
semalam.
Hadir
sama, Pengarah YWJ, Mohd Shahrin Rahmat; Pakar Rujuk Tenun Johor,
Prof Dr Siti Zainon Ismail; Pegawai Analisis Industri
Finas, Mohammad Rizal Mat Yasin dan Pengarah Kampus MMU Iskandar
Puteri Educity, Akmal Radzlan Mohd Rashid.
Rekaan
corak baharu yang akan dipatenkan, termasuklah Songket Johor Jauhar
dan Medini untuk Sultan Johor, Songket Johor Maharani khas bagi
Permaisuri, Songket Tunku Mahkota Johor, Tenun Johor Tanjung Piai dan
Tenun Johor Bercorak Renek bagi rakyat.Tambahnya, penyelidikan
mengenai sejarah tenunan Johor oleh YWJ dan pakar rujuk dijalankan
sejak tahun 2013 dalam usaha menghasilkan unsur serta corak khusus
bagi melambangkan kepelbagaian di Johor.
Sementara
itu, mengenai Anugerah Lensa Johor, Zulkurnain berkata pertandingan
video pendek yang dikendalikan oleh YWJ dengan kerjasama MMU Iskandar
Puteri dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu
bakal menawarkan hadiah bernilai RM70,000.
“Ini
adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memupuk minat
belia negeri ini, selain menunjukkan bakat mereka dalam pembuatan
filem pendek yang dapat mempromosikan keunikan negeri Johor itu
sendiri,” tambahnya.
Bagi
mereka yang ingin menyertai Anugerah Lensa Johor, boleh layari laman
web atau facebook Yayasan Warisan Johor.(JAUHAR, 12 APRIL 2016)
*****
JOHOR
BAHRU: Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan memperkenalkan 10 rekaan
corak baharu kain tenun Johor yang melambangkan kemuafakatan di
setiap kepelbagaian lapisan masyarakat sebagai simbolik yang
menyatukan bangsa Johor. Rekaan corak baharu yang akan dipatenkan
termasuk Songket Johor Jauhar dan Medini untuk Sultan Johor, Songket
Johor Maharani khas bagi Permaisuri, Songket Tunku Mahkota Johor,
Tenun Johor Tanjung Piai dan Tenun Johor Bercorak Renek bagi rakyat.
Pengerusi
Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk
Zulkurnain Kamisan, berkata usaha itu adalah antara inisiatif
kerajaan negeri bagi mengembalikan sejarah tenunan yang menjadi
kebanggaan negeri ini. Katanya, penyelidikan mengenai sejarah tenunan
Johor oleh Yayasan Warisan Johor dan pakar rujuk dijalankan sejak
tahun 2013 dalam usaha menghasilkan motif serta corak khusus bagi
melambangkan kepelbagaian di Johor.
"Usaha
ini dilihat membantu dalam usaha bagi memartabatkan seni tenunan
Johor, sekali gus menjadi produk baharu yang akan mengangkat warisan
negeri ini. "Jika dilihat Johor zaman dahulu, kita melihat
wujudnya keakraban, kekuatan dan kekukuhan masyarakat ketika itu dan
bagaimana setiap kepelbagaian ini boleh disatukan menjadi bangsa
Johor," katanya pada sidang media selepas majlis Prapelancaran
Bengkel Tenun Johor dan Anugerah Lensa Johor, di Kompleks Yayasan
Warisan Johor di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengarah YWJ, Mohd
Shahrin Rahmat dan Pakar Rujuk Tenun Johor, Prof Dr Siti Zainon
Ismail serta Dr Norwani Nawawi. Zulkurnain berkata, kegemilangan
tenunan Johor akan ditingkatkan termasuk menjadikan tenun sebagai
perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS), selain melatih belia
yang berminat dalam usaha membina tenaga mahir di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri merancang mengeluarkan sijil kemahiran
daripada yayasan dan Institut Kraftangan Malaysia kepada belia yang
mempelajari tenunan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142779
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142779
No comments:
Post a Comment