"Herstory" Kepengarangan Siti Zainon Ismail. Kenyataan ini bermaksud yang dipaparkannya lebih kepada pengisahan tentang dunia yang dialaminya sebagai pelukis, penulis serta budayawan. Sudah tentu, Siti Zainon memberi kelainan berbandingan pengarang wanita lain sebab dunianya ialah dunia sarjana, dicampuri dunia seni lukis, puisi, cerpen, novel dan eseis. Barangkali di peringkat Asia Tenggara sedikit terlibat seperti Siti Zainon..." Prof Madya Dr Awang Azman A Pawi (DBP 2004).
Tuesday, 23 August 2016
DIARI 1976-1986
DIARI 1976-1986
Hujung tahun 1975
SAYA berada di celah tokoh Sastera Seni Budaya : Ismail Zain (Pengarah Kebudayaan Kementerian Belia dan Sukan, KKBS), Usman Awang (Ediotr Dewan Sastera, DBP), Krisyen Jit (Pensyarah Universiti Malaya dan Penggerak Teater @ Pak Utih).
Lokasi : di sebuah Cafe tidak jauh dari DBP.
Saya ketika itu seorang Jurutunjuk Seni di Taman Budaya KKBS, pejabatnya terletak di atas bukit bersebelahan Padang Merbuk. Kerja kadang-kadang tidak jelas. Kadang diminta membantu Rahim Razali Pengarah Taman Budaya. Kadang mengadakan latihan melukis kanak-kanak di Rumah Anak Alam. Kadang kembali ke pejabat KBS di Jalan Padang Tembak (Jalan Gurney), menyiapkan lakaran kertas bengkel tari , bengkel permainan rakyat, buat peta, buat , lakaran katelog Belia dan Sukan. Kadang di panggil ke Balai Sen Lukis untuk melakar Katelog Pameran . Itulah rupanya jawatan 'Juru Tunjuk'.
Tetapi petang itu saya mendengar suara mereka bertiga . Tokoh sasterawan seniman...mereka sedang merapikan lakaran reka bentuk Taman Budaya. Tugas saya hanya mencatat, mendengar, tidak bersuara. Saya baru balik dari Jogja. Tahu benar impian Usman Awang, inginkan Taman Budaya seperti Taman Ismail Marzuki di Jakarta. Itu getar suaranya sepanjang kami bersama di laman teater W.S Rendra di Ketemaggungan Jogja , November 1973.
Saya kutip suara Usman Awang:
" Kita perlukan Taman Budaya seperti Taman Ismail Marzuki, di situ ada Galeri Lukisan, ada Teater Seni , ada kedai buku ada kafe sederhana malah ada pusat Sains juga...kenapa kita tidak ada begitu?"
"Catat tu Zainon. Arah Ismail Zain. Suaranya juga saya catat:
"Taman Budaya KKBS hanya untuk latihan tarian, teater...ada rumah pelukis juga (Anak Alam)..."
" Tapi itu untuk kaki tangan dan kerabat KKBS saja...kita nak lebih luas..." - Suara Krisyen Jit mencelah.
Tetapi igauan itu hilang. Taman Budaya sudah diisi dengan kumpulan seni tari, teater dan Anak Alam turut diberi rumah menumpang . Itulah tahun awal 1975. Kegiataan Anak Alam turut disokong oleh Ismail Zain, Sufiat Mukri dan teman-teman teataer, tari , antara lain Zulkifli Zain, Hail Amer, Uji Rashid, Normala, Fauziah Nawi. Di Rumah Anak Alam acara melakar melukis, mencetak terus digarap dengan cara masing-masing. Latif, Tapa, Yam, Ali Mabuha (kemudian berangkat - mengembara ) bersama Jo terus berkarya dengan gaya masing-masing. Sesekali muncul Usman Awang, Datuk Baharuddin Musa, Ismail Zain , Kreshen Jit, Senator Kamarul Ariffin , Syed Alwi turut bersama mememeriahkan kegiatan pameran Anak Alam. Kerap disokong oleh DBP, KKBS, DBK juga pelukissenir APS. Sokongan datang dengan mudah hanya kerana nama Usman Awang, atau Kamarul Arifin sebagai penaung kegiatan Anak Alam. Malah Datuk Bandar Pertama KL, Datok Latif juga kerap meninjau Pasar Seni di Jalan Belanda
*****
(1990an >Sehinggalah menjelang muncul Akademi Seni Kebangsaan, semua rumah seniman yang menghadap ke Padang Merbuk harus dibongkar untuk membina Akademi Seni Kebangsaan.
Tahun ........muncul pula Istana Budaya yang tidak menepati cita seniman bertiga seperti yang dicatat di atas.
Seperti ada jurang pemisah. Usman bermimpikan laman yang akrab tidak memisahkan kesenian rakyat dengan kesenin ' Istana'. Makyong, wayang kulit, sebagai kesenian warisan tertua rupanya diragukan keabsahannya hanya keran penarinya tidak memakai kasut bertumit. Kak Jah merintih, ingin sekali menari di pentas agung itu. Apakan daya, undanng-undang Istana Budaya menjarakkan golong elit dan marhen)
Di manakah sebenarnya Taman Seni Budaya yang dapat menjalin hubungan antara manusia? Di situlah saya mendengar keluhan 'Pak Utih', seghingga doanya " Merpati Putih Jelajahilah dunia" ya itulah resah, pilu UA bila munculnya ruang pemisah antara seni digelar di Istana Budaya dengan kesenian rakyat yang tidak dapat dibawa ke pentas???
*****
Dari laman Pak Utih muncul idea Laman Merpati Putih. Di mana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment