Saturday, 17 September 2016

SITI ZAINON ISMAIL (Prof. Dr . Phd.UM, MA UKM, BFA ASRI)
(Profesor Sejarah Seni dan Estetika, Falsafah Kebudayaan dan Kesenian, Seni Budaya Warisan Alam Melayu-Nusantara)

Siti Zainon Ismail nama yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan dan kesenian Malaysia. Beliau lahir di Gombak, Selangor pada 18 Disember 1949. Memperoleh ijazah Sarjana Muda Seni Rupa Akademi Seni Rupa Indonesia, Yogyakarta (B.F.A, 1973), Sarjana Sastera Universiti Kebangsaan (UKM, 1980) dan Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Malaya (PhD, UM 1992)

Dalam dunia penulisan, wanita berjiwa besar ini cukup aktif menghasilkan penulisan ilmiah seni budaya, esei kajian analisis dan kritikan disamping menghasilkan buku ilmiah, buku sastera kajian, dan penulisan kreatif berupa puisi, cerpen dan novel.

Bagi beliau, sastera dan kesenian merupakan dua elemen yang sebati dalam jiwanya. Menurutnya menulis puisi merupakan kerja-kerja mencatat bagai lakaran di buku sketsa, kedua-dunianya tidak terpisah sebagai satu karya yang berbagai wajah. Pertembungan dengan alam dan lingkungan sosiobudaya memberinya ransangan untuk merenung, berfikir dan cepat menyatu dengan jiwa hingga menggugah untuk melontarkan idea dan imaginasi, menyatukan pengalaman masa lalu , kini dan masa hadapan.
Karya ilmiah
Getaran Jalur dan Warna (Fajar Bakti 1985), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (DBP 1986), Percikan Seni (DBP 1989), Alam Puisi (DBP 1990), Tekstil Tenunan Melayu (DBP 1994), The Traditional Malay Handicraft (DBP 1997), Busana Melayu Johor (Yayasan Warisan Johor- Fajar Bakti, 1997), Kembara Seni Siti (Galeri Melora- Utusan Melayu 1997), Zikir Pelangi The Rainbow (Galeri Melora 2000), Pakaian Cara Melayu ( UKM 2006/2009 ), Memasuki Taman Puisi (DBP 2009), Suara dari Hujung Tambak ( DBP 2010). Dan sejumlah kumpulan esei kajian dalam Jurnal terbitan UKM,UM,USM,UPM dan DBP juga terbitan Universitas di Indonesia (Aceh, Malang, Jakarta)
Karya penulisan kreatif antaranya :
Puisi > Nyanyian Malam (DBP, 1976/ Galeri Melora 2004), Puisi Puith Sang Kekasih (UKM 1984), Perkasihan Subuh (Bulan Bintang, Bandung 1986), Kau Nyalakan Lilin ( Grupemuisi UKM 1990), Bunga-bunga Bulan ( Creatife Enterprise 1992) , The Moon is a Candle (terj Harry Aveling, DBP 1996), Taman-taman Kejadian (Galeri Melora, 1996), Witir Sela Merapi (Galeri Melora 2004),Gelora Air Geulumbang Rayeuk Aceh (SMS Puisi, Galeri Melora 2005), Kasih Bonda Kampung Paya Kami (DBP 2008,UC 2014,2015), Bonda’s Love Our Kampung Kami (terj. Bahasa Inggeris dan Russia, ITBM 2010),100 Malay Proverbs- Pepatah Petitih Melayu (ITBM 2010/ terj Bahasa Jepun 2014, Jerman 2014), Surat dari Awan (ITBM 2014)
Puisi Kanak-kanak > Bijak Si Katak Bijak (ITBM 2012, Hadiah Sastera Malaysia ), Angsa Istana Si Jambul Desa (ITBM 2014) , Aqsar dari Sungai Air Tawar (ITBM 2015), Zaman Cicak-Mengkaraung (ITBM 2015), Cik Bunga Rantau Abang (ITBM)
Cerpen > Seri Padma (DBP 1984), Dongeng Si Siti Kecil ( 1986) Attar Lembah Mawar (Marwilis 1988), Bunga Putik Putih (DBP 1992), Kampung Paya Kami (Galeri Melora 1998), Nyanyian Orang Laut (bersama A Rahmad, Galeri Melora 2000), Jurai Palma (DBP 2002) , Pala Muda ( DBP, 2005 , Ulang Cetak 2006)
Novel > Rembang Flamboyant (Fajar Bakti 1984,UC ), Pulau Renik Ungu (DBP 2002, UC 2014,2015), Delima Ranting Senja (Utusan Melayu, 2004)

Puisi-puisi , cerpen dan buku beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa dunia antaranya Bulgaria, Mandrin, Hindi, Inggeris. Korea, Jawa, Jepun, Jerman, Peranchis, Russia , Thai dan Urdhu.
Sarjana dan Seniman Undangan Luar Negara
Beliau juga kerap diundang membentang kertas kerja dalam Seminar - Forum Sastera dan Seni serta acara Puisi Dunia. Antaranya: Valmiki Poetry Reading New Delhi -Bhopal, India (1985), Malam Puisi Indonesia Merdeka, Berlin (1986), Sastera Nusantara, UGM Jogjakarta (1986), International Korea Poetry (1986), Seminar Sastera Budaya ASEAN, Univ Jabal Ghafur, Aceh (1997), SEA Write Award Poetry Reading , Bangkok (1989) Malay Poetry Reading, London (1992), Istiqlal Poetry Reading, Jakarta (1992), Kurator Pameran Pelukis Wanita Malaysia-Indonesia, Museum Nasional, Jakarta dan Balai Seni Lukis Malaysia (1992), Forum Busana Muslimah, Jakarta (1992), Puisi Melayu Nusantara, Singapura (1993), Asian Women Art and Literature, Humberg University (2000), Asia History and Social-Culture Confrence, St Petersburg (2003), Bologna International Book Fair (2013), Tokyo International Book Fair (2013, 2014), Temu Puisi 8 Negara Dunia, Aceh 2016. Kembara penyelidan Seni Budaya Dunia Melayu hampir seluruh wilayah budaya Indonesia terutama Aceh, Makassar, Ranah Minang,Kepulauan Riau, Jawa dan Bali , Selatan Thai (sejak 1985 hingga kini ).

Pameran Lukisan - Solo Exhition
Pameran Lukian Batik dan Tinta, Shah Motel Petaling Jaya (1960), Pameran Karya Pelukis ASRI, British Council, K.Lumpur (1972), Pamean Lukisan & Sketsa Lulusan ASRI , Sanggar Senisono Jogjakarta/ TIM Jakarta (1973/1974), Pameran GarisGerak, Wisma Lok K.Lumpur (1980), Pameran Lukisan, Nota Kajian , Universiti Kebangsaan Malaysia (1981), Bunga-bungan Bulan, Balai Seni Lukis Negara (1992), Pameran Keliling 30 tahun SZI dalam Warna (DBP KL, Alor Setar Kedah, Pulau Pinang, Jakarta, Brunei dan Shah Alam, 1997-1978), Gebang Seni Yayasan Kesenian Perak (2002), Sesaat Jumpa Bertali Selamanya, Galeri Pitoe, Jogjakatrta (2004). Angin Si Pauh Janggi, Soko Gakai Kuala Lumpur (2008)

Pameran Bersama lebih 30 pameran Anjuran Balais Seni Lukis Negara, Angkatan Pelukis Semenanjung, Anak Alam. Serta pameran dan melukis di jalanan dalam dan luarNegara:India(1985),Eropah>London(1986,1992),Cambridge,Oxford,Denmark,Finland,Sweden,HHumberg,Vianne, Salburg, Venezia, Rome,(1986,2013), Jorden-Juruselam (2011), Athens (2013), Tokyo, Kyoto (2013,2014) dan Negera ASEAN> Kepulauan Indonesia, Filipia,Singapura, Thailand.

Anugerah > Atas usaha dan semangat seni, SZI telah diberi perbagai penghargaan :
Hadiah Lukisan Batik MAHA ( 1967/1968), Hadiah Sketsa KARTINI (ASRI 1970/1972/1973), Pingat Jubli Perak Sultan Selangor (1986), Penghargaan Seni Seoul Country Club, Korea (1986), Hadiah Esei Dewan Sastera (1988), Hadiah Satera Malaysia (1976/1977/1078,1082/1985/1996/1997/2010/2012/2014), SEA Write Award, Bangkok (1989), Gelar Teuku Chut Nyak Fakinah, Majlis Kebudayaan Aceh (1990), Penghargaan Usaha Seni Tan Sri Fatimah-Avon (1993), Pingat Seri Mahkota Selangor (1993), Anugerah Profesor Luar Biasa Universitas Jabar Ghafur Aceh (2006) Anugerah Budayawan Selangor (2009), Anugerah Budayawan Gombak, PAKSI (2012) .
Ahli Lembaga Penasihat Seni Budaya
Dengan Pengalaman ilmu dan sebagai aktivis perjuangan seni budaya beliau dilantik sebagai > Ahli Lembaga Balai Seni Lukis Negara ( 1991-93), Ahli Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (1996-2006), Editor Bersekutu Dewan Sastera (2002-2004), Ketua 11 Persatuan Penulis Selangor (1994-2000), Ahli Majlis Sastera Nusantara – MASTERA ( 1997-1998), AJK Anugerah Seni Negara KEKWA ( 1996-1999) , Ahli Majlis Penasihat Berkenaan Kebudayaan KEKWA – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan (2002- 2006), Ahli Lembaga Yayasan Kesenian Perak (2003-2005), Ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor, bahagian Tekstil Busana (2002 - 2005), Direktor Ekskutif 11, Pusat Studi Melayu – Aceh, PUSPA ( 2002- ), Ahli Majlis Akademi Seni Kebangsaan (2003-2006), Pengerusi dan Ketua Penyelidikan Muzium Teksil Malaysia (2000-2010), Penasihat Berkenaan Kebudayaan Kebangsaan (1995-1997, 2012/1013), Ahli Lembaga Perbadanan Adat Istiadat dan Kebudayaan – PADAT Selangor ( 2009-2012), Pengarah Projek Persembahan MESTIKA HATI – Pelancaran PADAT, Selangor (2010), Konsultan Seni Hias Melayu, Arkitek Bahri – projek Seni Taman Putrajaya (2006), AJK Pakar Busana, Tekstil dan Seni Hias Diri Jabatan Kebudayaan Negara, KPKM (2012-2013-2014/2015-2017), Pakar Rujuk dan Penulisan Buku Warisan Iskandar Puteri, IRDA dan Majlis Bandaraya Johor Bahru ( 2012-2014), Pakar Rujuk Tekstil dan Busana Johor, Yayasan Warisan Johor (2013-2014), Pakar Rujuk Tekstil dan Busana Di Raja Johor (2014-2015), Ahli Panel Penasihat Pakaian Rasmi ADUN / Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Johor (2014), Penal Pakar Sastera Moden- PUISI, DBP (2014-2016), Penyelidik Projek Kritik Sastera Sebagai Pemahaman Lintas Budaya Antara Bangsa Serantau-Puisi, DBP (2014), AJK Pakar Tekstil- Busana-Seni Hiasan Diri, Jabatan Warisan Negara, KPKW (2014-2015), Pendiri SEBUDI – Sahabat Seni Budaya Sastera Wanita (2013 - ), Penasihat dan Ketua Penyelidikan Seni Budaya Bajau, UMS & JKKN Sabah (2014-), Pakar Rujuk dan Pembimbing Ilmu Kearifan Tempatan, DBPSabah (2014-2015), Ahli Lembaga Penasihat Yayasan Usman (2014- ) Pengurusi-Penasihat Sahabat Kebun Arif-Siswazah Seni UMS (2015-), Pengerusi Penyelidik Etnografi Bajau Sama & Iranun Sabah (2015-2016), Penyelia Pelopor Binaan Seni Arca Laman Merpati Putih, UMS 2015/2016
Sebagai Sarjana beliau mula bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagaii Tutor (1976- 1979), Pensyarah/Dosen (1980- 1990 ) Prof Madya dan Professor hingga tahun 2007) dan kini (2014-2016) memberi sumbangan ilmu sebagai Profesor Sejarah Seni Budaya, Estetika dan Falsafah Kebudayaan dan Kesenian di Universiti Malaysia Sabah (2014-2016) dan terus menulis kajian ilmiah dan seni budaya, kolumnis Sajak Lakarwarna Dewan Sastera sejak tahun 2005. Merupakan aktivis Pendidikan Seni Remaja dan Sahabat Budaya Siti @ SEBUDI

Kontak : galerimelora@gmail.com

FB/SitiZainonIsmail/ www.susasterasitizainon.blogspot.com/www.senirupasiti.blogspot.com

Tuesday, 23 August 2016

DIARI 1976-1986

DIARI 1976-1986

Hujung tahun 1975

SAYA berada di celah tokoh Sastera Seni Budaya :  Ismail Zain (Pengarah Kebudayaan Kementerian Belia dan Sukan, KKBS), Usman Awang (Ediotr Dewan Sastera, DBP), Krisyen Jit (Pensyarah  Universiti Malaya dan Penggerak Teater @ Pak Utih).
Lokasi : di sebuah Cafe tidak jauh dari DBP.

Saya  ketika itu seorang Jurutunjuk Seni di Taman Budaya KKBS, pejabatnya terletak di atas bukit bersebelahan Padang Merbuk.  Kerja kadang-kadang tidak jelas. Kadang diminta membantu Rahim Razali Pengarah Taman Budaya. Kadang mengadakan latihan melukis kanak-kanak di Rumah Anak Alam. Kadang kembali ke pejabat KBS di Jalan Padang Tembak (Jalan Gurney), menyiapkan lakaran kertas bengkel tari , bengkel permainan rakyat, buat peta, buat , lakaran katelog Belia dan Sukan. Kadang di panggil ke Balai Sen Lukis untuk melakar Katelog Pameran . Itulah rupanya jawatan 'Juru Tunjuk'.

Tetapi petang itu saya mendengar suara mereka bertiga . Tokoh sasterawan seniman...mereka sedang merapikan lakaran  reka bentuk  Taman Budaya. Tugas saya hanya mencatat, mendengar, tidak bersuara. Saya baru balik dari Jogja. Tahu benar impian Usman Awang, inginkan Taman Budaya seperti Taman Ismail Marzuki di Jakarta. Itu getar suaranya sepanjang kami bersama di laman teater W.S Rendra di Ketemaggungan Jogja , November 1973.

Saya kutip suara Usman Awang:

" Kita perlukan Taman Budaya seperti Taman Ismail Marzuki, di situ ada Galeri Lukisan, ada Teater Seni , ada kedai buku ada kafe sederhana malah ada pusat Sains juga...kenapa kita tidak ada begitu?"

"Catat tu Zainon. Arah Ismail Zain. Suaranya juga saya catat:
"Taman Budaya KKBS hanya untuk latihan tarian, teater...ada rumah pelukis juga  (Anak Alam)..."
" Tapi itu untuk kaki tangan dan kerabat KKBS saja...kita nak lebih luas..." - Suara Krisyen Jit mencelah.

Tetapi igauan itu hilang. Taman Budaya  sudah diisi dengan kumpulan seni tari, teater dan Anak Alam turut diberi rumah menumpang . Itulah tahun awal 1975. Kegiataan Anak Alam turut disokong oleh Ismail Zain, Sufiat Mukri dan teman-teman teataer,  tari , antara lain Zulkifli Zain,  Hail Amer, Uji Rashid,  Normala, Fauziah Nawi.  Di Rumah Anak Alam acara melakar melukis, mencetak terus digarap dengan cara masing-masing.  Latif,  Tapa, Yam, Ali Mabuha  (kemudian berangkat - mengembara ) bersama Jo terus berkarya dengan gaya masing-masing. Sesekali muncul Usman Awang, Datuk Baharuddin Musa, Ismail Zain , Kreshen Jit, Senator Kamarul Ariffin , Syed Alwi turut bersama mememeriahkan kegiatan pameran Anak Alam. Kerap disokong oleh DBP, KKBS, DBK  juga pelukissenir APS. Sokongan datang dengan mudah hanya kerana nama Usman Awang, atau Kamarul Arifin sebagai penaung kegiatan Anak Alam. Malah Datuk Bandar Pertama KL, Datok Latif juga kerap meninjau Pasar Seni di Jalan Belanda

*****
(1990an >Sehinggalah menjelang muncul  Akademi Seni Kebangsaan, semua rumah seniman yang menghadap ke Padang Merbuk harus dibongkar untuk membina Akademi Seni Kebangsaan.
Tahun ........muncul pula Istana Budaya yang tidak menepati cita seniman bertiga seperti yang dicatat di atas.
Seperti ada jurang pemisah. Usman bermimpikan laman yang akrab tidak memisahkan kesenian rakyat dengan kesenin ' Istana'. Makyong, wayang kulit, sebagai kesenian warisan tertua rupanya diragukan keabsahannya hanya keran penarinya tidak memakai kasut bertumit. Kak Jah merintih, ingin sekali menari di pentas agung itu. Apakan daya, undanng-undang Istana Budaya menjarakkan golong elit dan marhen)

Di manakah sebenarnya Taman Seni Budaya yang dapat menjalin hubungan antara manusia? Di situlah saya mendengar keluhan 'Pak Utih', seghingga doanya " Merpati Putih Jelajahilah dunia" ya itulah resah, pilu UA bila munculnya ruang pemisah antara seni digelar di Istana Budaya dengan kesenian rakyat yang tidak dapat dibawa ke pentas???

*****
Dari laman Pak Utih muncul idea Laman Merpati Putih. Di mana?

DIARI 1978-1986

DIARI 1976-1986

Hujung tahun 1975

SAYA berada di celah tokoh Sastera Seni Budaya :  Ismail Zain (Pengarah Kebudayaan Kementerian Belia dan Sukan), Usman Awang (Ediotr Dewan Sastera, DBP), Krisyen Jit (Pensyarah  Universiti Malaya dan Penggerak Teater @ Pak Utih).
Lokasi : di sebuah Cafe tidak jauh dari DBP.

Saya  ketika itu seorang Jurutunjuk Seni di Taman Budaya KBS, pejabatnya terletak di atas bukit bersebelahan Padang Merbuk.  Kerja kadang-kadang tidak jelas. Kadang diminta membantu Rahim Razali Pengarah Taman Budaya. Kadang mengadakan latihan melukis kanak-kanak di Rumah Anak Alam. Kadang kembali ke pejabat KBS di Jalan Padang Tembak (Jalan Gurney), menyiapkan lakaran kertas bengkel tari , bengkel permainan rakyat, buat peta, buat , lakaran katelog Belia dan Sukan. Kadang di panggil ke Balai Sen Lukis untuk melakar Katelog Pameran . Itulah rupanya jawatan 'Juru Tunjuk'.

Tetapi petang itu saya mendengar suara mereka bertiga . Tokoh sasterawan seniman...mereka sedang merapikan lakaran  reka bentuk  Taman Budaya. Tugas saya hanya mencatat, mendengar, tidak bersuara. Saya baru balik dari Jogja. Tahu benar impian Usman Awang, inginkan Taman Budaya seperti Taman Ismail Marzuki di Jakarta. Itu getar suaranya sepanjang kami bersama di laman teater W.S Rendra di Ketemaggungan Jogja , November 1973.

Saya kutip suara Usman Awang:

" Kita perlukan Taman Budaya seperti Taman Ismail Marzuki, di situ ada Galeri Lukisan, ada Teater Seni , ada kedai buku ada kafe sederhana malah ada pusat Sains juga...kenapa kita tidak ada begitu?"

"Catat tu Zainon. Arah Ismail Zain. Suaranya juga saya catat:
"Taman Budaya KKBS hanya untuk latihan tarian, teater...ada rumah pelukis juga  (Anak Alam)..."
" Tapi itu untuk kaki tangan dan kerabat KKBS saja...kita nak lebih luas..." - Suara Krisyen Jit mencelah.

Tetapi igauan itu hilang. Taman Budaya  sudah diisi dengan kumpulan seni tari, teater dan Anak Alam turut diberi rumah menumpang . Itulah tahun awal 1975. Kegiataan Anak Alam turut disokong oleh Ismail Zain, Sufiat Mukri dan teman-teman teataer,  tari , antara lain Zulkifli Zain,  Hail Amer, Uji Rashid,  Normala, Fauziah Nawi.  Di Rumah Anak Alam acara melakar melukis, mencetak terus digarap dengan cara masing-masing.  Latif,  Tapa, Yam, Ali Mabuha  (kemudian berangkat - mengembara ) bersama Jo terus berkarya dengan gaya masing-masing. Sesekali muncul Usman Awang, Datuk Baharuddin Musa, Ismail Zain , Kreshen Jit, Senator Kamarul Ariffin , Syed Alwi turut bersama mememeriahkan kegiatan pameran Anak Alam. Kerap disokong oleh DBP, KKBS, DBK  juga pelukissenir APS. Sokongan datang dengan mudah hanya kerana nama Usman Awang, atau Kamarul Arifin sebagai penaung kegiatan Anak Alam. Malah Datuk Bandar Pertama KL, Datok Latif juga kerap meninjau Pasar Seni di Jalan Belanda

*****
(1990an >Sehinggalah menjelang muncul  Akademi Seni Kebangsaan, semua rumah seniman yang menghadap ke Padang Merbuk harus dibongkar untuk membina Akademi Seni Kebangsaan.
Tahun ........muncul pula Istana Budaya yang tidak menepati cita seniman bertiga seperti yang dicatat di atas.
Seperti ada jurang pemisah. Usman bermimpikan laman yang akrab tidak memisahkan kesenian rakyat dengan kesenin ' Istana'. Makyong, wayang kulit, sebagai kesenian warisan tertua rupanya diragukan keabsahannya hanya keran penarinya tidak memakai kasut bertumit. Kak Jah merintih, ingin sekali menari di pentas agung itu. Apakan daya, undanng-undang Istana Budaya menjarakkan golong elit dan marhen)

Di manakah sebenarnya Taman Seni Budaya yang dapat menjalin hubungan antara manusia? Di situlah saya mendengar keluhan 'Pak Utih', seghingga doanya " Merpati Putih Jelajahilah dunia" ya itulah resah, pilu UA bila munculnya ruang pemisah antara seni digelar di Istana Budaya dengan kesenian rakyat yang tidak dapat dibawa ke pentas???

*****
Dari laman Pak Utih muncul idea Laman Merpati Putih. Di mana?

Friday, 19 August 2016

DIARI SENI 1966 - 1976

Anekdot
Diari Seni 1966-1976
Memang kita membaca tulisan mereka. Melihat lukisan di pameran, dalam buku : maka berbaur segala idea pemikiran, perasaan dan emosi. Dari kulit depan ke kulit belakang, hingga bertemu berbincang di meja bila jumpa di mana saja. Atau di zaman remaja melungu mendengar debat mereka:
1)1966  a: Kelab Seni Lukis Sekolah Menengah Aminuddin Baki SAB) , memang 'Rumahku' bila lari dari kelas yang melelahkan .  Guru matematik kerap memengarah kami naik meja bila banyak menjawab soalan salah. Puncaknya bila guru melempar buku dari kelas tingkatan  5  di tingkt tiga ke bawah kerana  dijumpainya potongan sajak "Sungai Mekaong" Latif Mohidin. Saya membawa diri ke studio Kelab Seni Lukis, mula melakar batik. Degil!
2) 1966 b: Aktif melukis dengan Mariam Zanariah, Zahari Ghani... Cikgu Idris Salam membawa kami ke pameran M.A.H.A. Jalan Kelang buat pameran dan melukis batik 
3) 1966 c. Khalil Ibrahim baru balik dari London, selesai belajar seni lukis. Dengan bangga Cikgu Idris Salam membawa ke SAB dan mengenalkannya  sebagai ahli Angkatan Pelukisan Semenanjung (APS) kemudian dikenali sebagai Persatuan Pelukis Malaysia. Sejak itu kami menjad ahli APS di Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Semenanjung di Jalan Raja Muda Musa
4) 1966 d : Melungu mengintai debat mereka di celah kedai buku Pustaka Antara, bersambung di studio grafika Nas Achnaz, di Chow Kit.. Pak Arena Wati, Pak Sako - saya mencuri dengar dan pandang sambil melakar kulit buku 'Anak Dukun Deraman' karya Pak Sako.
5) 1966 e : Di rumah Kg Banda Dalam , ayah Dei membawa pulang A.Samad Said.Saya mengintai malu tunjuk muka . Di meja mengetuk mesen taip sekuat2 nya biar ASS tahu saya menaip sajak.
6) 1966 d: Bersama Yasmin Abdullah Aktif dgn GPMS, bergabung dgn KPMS membantu kelas di Sek Kg Baru. Saya menjadi keluarga angkat Pak Haji Abdullah di Kampung Limau. Beliai ayah kepada Firdaus Abdulah, abang Yasmin. Sungguh merasa dimanja  Ummi. Dan kerap dapat makan percuma rendang di Warung Minang Haji Abdullah di Melaka Street, depan Stesen Bas
7) 1967a: Pesan guru lukisku yang lain  Naz Achnas , pergi lihat majalah2 seni di ruang tunggu KBRI di Mounbatten Road . Saya kesana bertemu majalah surat khabar. Ada potret Affandi pelukis hebat indonesia baru pulang dari London. Konon akan singgah pameran di KL. Esoknya saya ke BSLN... Tapi bertemu pameran poster Picasso
8)1968: Berulang alik ke Studio IBHAS di Kg Baru melakar dan menjual lukisan Batik.Serius menabung  wang untuk belajar ??? Ke BSLN bertemu pelukis Sekar Gunung Medan berpameran baru pulang dari Belanda
9) 1969 a: di Rumah Sentul , ayah Die berdebat, berbisik rahasia dengan Bung Dolah @ Abdullah Hussien ( Dato SN)
10) 1969 b: Ke Univ Malaya ambil  borang pendaftaran lihat intai subjek kuliah - mencari2-cari kalau ada subjek sejarah Seni... Tidak ada, melongo kosong, pulang hampa.Terus Melukis- 
11) 1969 c: Februari Guru lukis Naz Achnaz uruskan pameran di Shah Motel sempena perasmina Pusat Bowling di Petaling Jaya.Wartawan UM, BH, NST, datang ke rumah Sentul... Esoknya di halaman depan tercatat  SZ mahu jadi Pensyarah Seni??
12) Mei 1969 d: Ayah Die serah nota bercatat nama : Pelukis Saptohoedoyo menginap di rumah Frank Sullivan & no Telefon ... Esoknya saya ke sana bertemu beliau sedang melukis di studio. Mengutip ceramah beliau..." Jogja amat cantik kalau mahu jadi pelukis."
13) 13 Mei 1969 e: Mengurung  diri .Tapi terus melukis di rumah Setapak Garden. Jalan F4. Di belakang rumah sudah berkerumun tentera berbaju hijau..membatasi kampung orang China
14) 20 Mei 1969 f: Ke Rumah Frank Sulliva. studio kosong. Hanya titipan surat tulisan tangan dua halaman. Mengkhabarkar: KL dharurat, Oom ggak bisa melukis dan pameran di KL.Terbang ke Bangkok....kalau mahu menjadi pelukis dtg saja ke Jogja.... Tertera alamat saudara di Jakarta Jeneral Achfas
15) Okt 1969 g: naik keretapi ke Singapura lalu sendiran  terbang ke Jakarta.berbekal mesen taip Bismillahirahmanirrahi. di Jakarta disambut Jenderal AD Bapak Achfas, lelaki pertama menjadi ayah angkat di Jakarta. Isteri beliau sepupu Saptohoedoyo dan saya beruturs surat akan datang dan mengkhabarkan tarikh ketibaan. Seminggu kemudian Kartika tiba dari Jogja untuk berpameran Solo . Bersama Kartika kami berangkat ke Jogja dengan keretapi malam...Beliau ibu angkat pertama di Jogja

16) Januari 1970 a: mendaftar di ASRI setelah lulus saringan ujian
17) Feb- Oktober 1970 b : Menyesuaikan diri dengan sistem kelas Seni Lukis: Sketsa, Design Elemeter, grafik. termasuk kuliah Sejarah Seni, Estetika, Seni Timur, kelas tari.
Melakar sketsa terus menerus itu pesan Asisten Dosen kami Nyoman Gunasa.Jujur saja menerima arahannya '50 keping sehari' ? ya patuh saja..sehingga setiap Pameran Hari Kartini bulan April saya meraih hadiah skesta dan kami tampil dengan busana tradisional. Wayan Derani berbaik hati memimjam baju jegek Bali

Djoko Setiohadi antara raka ketua  yang serius dalam minggu suai kenal ' plonco'. Tetapi selepas itu saya menjadi adik angkatnya dan membawa ke rumah ibunya . Sejak itu selama tiga tahun Ibu Djoko yang kerap menerima sakit demamku dengan pijet cara Jawa - kerokan

18) Disember 1970 b : bercuti ke Bali, melakar di Sanur, ke Puri Kelungkung, Ubud. Melakar dan berkunjung ke galeri pelukis-pelukis desa juga ke Galeri Water Spies. Bali syurga 
pelukis, ucap kawan-kawanku Made Wianta. Satu hari kelak aku juga mahu mendunia.

19) Di Jogja juga harus didekati. Kami pelajar di rantau yang tidak medapat biasiswa kerajaan.  Tetapi persahabat terjalin melalui persatuan Pertatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia. Acara pertemuan dan kegiataan dengan kerjasama PKPPM, melalui acara sukan, kebudayaan dan seminar. Di Jogja saya dilantik sebagai Sekretarian Kebudayaa.

20) 1970-1971 : Tekat  belajar walau diuji dgn Kehilangan Ayah Dei ( 18 Dis 1970) ,Ninda Bibah ( April 1971) Al Fateha
 Al Fateha Ayah Dei @ Wan Chik               Perasmian Pameran Solo ke 2 dirasmikan
 Muhammad (1911-1970)                            oleh Senator Kamarula Arifin (Tan Seri) pada 2 Feb 172

21)1972 : Pulang cuti , melihat wajah penulis, wartawan dtg kr pameran lukisanku di British Council jln Bukit Aman. Wajah Senator Kamal Ariffin (Tan Sri) Pak Hussein Enas ( Dato) Idris Salam, Syed Ahmad Jamal (Dato), Kemala ( Dato) , Ayob Yamin , Yasmin Abdullah...

22)1973: Berjabat tangan dgn Usman Awang ( Dato SN) Salleh Daud, Kapten Ahmad Awang, Ahmad Ghazali, Ahmad Sebi ,jihati Abadi dll - Rombongan PENA singgah di Rumah Persatuan Kembangsaan Pelajar Malaysia Jogja. kami baca puisi . Esoknya saya bawa rombongan ke Rumah WS Rendra.

23) Disember 1973 a: Viva sidang tesis " Pelukis Ekspresionisme : Jackson Pollock dan Affadi
24) 1973 b: Pameran Solo di Galeri Senisono tajaan Amri Yahya Gallery
25) Feb 1974a: Pamelan Solo ke 4 di Taman Ismail Marzuki, tajaan KBM Jakarta.
26) Fb 1974b: Pulang tidak tunggu Vishuda @ konvokesyen. Duit dah habis
27) Mac 1976: Cari kerja
1- Ke DBP tinjau bahagian Grafik
2- ke RTM, Pak Hussien bawa ke bahagian grafik dan setting
3- ke KKBS jumpa Ismail Zain: serah saja tugas. Tunjuk bilik, tempat kerjamu juga di Taman Budaya dan BSLN... Ya saya suka. Buat poster stensil, lay out pameran, buka kelas lukisan kanaki2 di Taman Budaya . Berdamping dgn Anak Alam.

28) 1975 :Di Sudut Penulis mendekat gaya pemikiran. dan persahabat dgn Editor Dewan Sastera, Usman Awang, Kemala. Mula merancang kegiatan Anak Alam... Hingga rasmi dihebuhkan di Rumah Anak Alam depan Padang Merbuk Jalan Parlimen ( ASWARA sekarang) dan Lelong lukisan Ali Mabuha dan Jo utk keliling dunia.
29) April 1976 a: Dpt panggilan telefon  daripada Dr Mohd Haji Salleh,'"Zainon mahu belajar lagi -dtg UKM ambil dan isi borang"  16 Jun 1976 saya meneruskan status Pascasiswazah di IBKKM UKM
30)1976 b: Dgn SN Usman , kami bersama di Sudut Penulis DBP 
( 1970an-1980)Dgn kegiatan baca Puisi Teater Elit ( Dinsman, Syed Jaaffar, Sutung UmarRS, Ajikik. menari bersama Mazlan Noor.

31) 1976 c: Hari Puisi di Kem Kijang Kelantan.
***

Ya kami diari 40 tahun lalu (1965-1976) Allah SWT Maha Penentu
Ya Rabbi Ampuni kami
Yg terlanjur peri laku
Kurang adab sopan
Kami serah pada-Mu
Al fateha utk guru sahabat masa lalu itu
Allahu Akbar !

Nota Fail 1966-1976

DIARI SENI 1965 - 1976

Anekdot
Diari Seni 1966-1976
Memang kita membaca tulisan mereka. Melihat lukisan di pameran, dalam buku : maka berbaur segala idea pemikiran, perasaan dan emosi. Dari kulit depan ke kulit belakang, hingga bertemu berbincang di meja bila jumpa di mana saja. Atau di zaman remaja melungu mendengar debat mereka:

1)1966  a: Kelab Seni Lukis Sekolah Menengah Aminuddin Baki SAB) , memang 'Rumahku' bila lari dari kelas yang melelahkan .  Guru matematik kerap memengarah kami naik meja bila banyak menjawab soalan salah. Puncaknya bila guru melempar buku dari kelas tingkatan  5  di tingkt tiga ke bawah kerana  dijumpainya potongan sajak "Sungai Mekaong" Latif Mohidin. Saya membawa diri ke studio Kelab Seni Lukis, mula melakar batik. Degil!
2) 1966 b: Aktif melukis dengan Mariam Zanariah, Zahari Ghani... Cikgu Idris Salam membawa kami ke pameran M.A.H.A. Jalan Kelang buat pameran dan melukis batik 
3) 1966 c. Khalil Ibrahim baru balik dari London, selesai belajar seni lukis. Dengan bangga Cikgu Idris Salam membawa ke SAB dan mengenalkannya  sebagai ahli Angkatan Pelukisan Semenanjung (APS) kemudian dikenali sebagai Persatuan Pelukis Malaysia. Sejak itu kami menjad ahli APS di Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Semenanjung di Jalan Raja Muda Musa
4) 1966 d : Melungu mengintai debat mereka di celah kedai buku Pustaka Antara, bersambung di studio grafika Nas Achnaz, di Chow Kit.. Pak Arena Wati, Pak Sako - saya mencuri dengar dan pandang sambil melakar kulit buku 'Anak Dukun Deraman' karya Pak Sako.
5) 1966 e : Di rumah Kg Bandar Dalam , ayah Dei membawa pulang A.Samad Said.Saya mengintai malu tunjuk muka . Di meja mengetuk mesen taip sekuat2 nya biar ASS tahu saya menaip sajak.
6) 1966 d: Bersama Yasmin Abdullah Aktif dgn GPMS, bergabung dgn KPMS membantu kelas di Sek Kg Baru. Saya menjadi keluarga angkat Pak Haji Abdullah di Kampung Limau. Beliai ayah kepada Firdaus Abdulah, abang Yasmin. Sungguh merasa dimanja  Ummi. Dan kerap dapat makan percuma rendang di Warung Minang Haji Abdullah di Melaka Street, depan Stesen Bas
7) 1967a: Pesan guru lukisku yang lain  Naz Achnas , pergi lihat majalah2 seni di ruang tunggu KBRI di Mounbatten Road . Saya kesana bertemu majalah surat khabar. Ada potret Affandi pelukis hebat indonesia baru pulang dari London. Konon akan singgah pameran di KL. Esoknya saya ke BSLN... Tapi bertemu pameran poster Picasso
8)1968: Berulang alik ke Studio IBHAS di Kg Baru melakar dan menjual lukisan Batik.Serius menabung  wang untuk belajar ??? Ke BSLN bertemu pelukis Sekar Gunung Medan berpameran baru pulang dari Belanda
9) 1969 a: di Rumah Sentul , ayah Die berdebat, berbisik rahasia dengan Bung Dolah @ Abdullah Hussien ( Dato SN)
10) 1969 b: Ke Univ Malaya ambil  borang pendaftaran lihat intai subjek kuliah - mencari2-cari kalau ada subjek sejarah Seni... Tidak ada, melongo kosong, pulang hampa.Terus Melukis- 
11) 1969 c: Februari Guru lukis Naz Achnaz uruskan pameran di Shah Motel sempena perasmina Pusat Bowling di Petaling Jaya.Wartawan UM, BH, NST, datang ke rumah Sentul... Esoknya di halaman depan tercatat  SZ mahu jadi Pensyarah Seni??
12) Mei 1969 d: Ayah Die serah nota bercatat nama : Pelukis Saptohoedoyo menginap di rumah Frank Sullivan & no Telefon ... Esoknya saya ke sana bertemu beliau sedang melukis di studio. Mengutip ceramah beliau..." Jogja amat cantik kalau mahu jadi pelukis."
13) 13 Mei 1969 e: Mengurung  diri .Tapi terus melukis di rumah Setapak Garden. Jalan F4. Di belakang rumah sudah berkerumun tentera berbaju hijau..membatasi kampung orang China
14) 20 Mei 1969 f: Ke Rumah Frank Sulliva. studio kosong. Hanya titipan surat tulisan tangan dua halaman. Mengkhabarkar: KL dharurat, Oom ggak bisa melukis dan pameran di KL.Terbang ke Bangkok....kalau mahu menjadi pelukis dtg saja ke Jogja.... Tertera alamat saudara di Jakarta Jeneral Achfas
15) Okt 1969 g: naik keretapi ke Singapura lalu sendiran  terbang ke Jakarta.berbekal mesen taip Bismillahirahmanirrahi. di Jakarta disambut Jenderal AD Bapak Achfas, lelaki pertama menjadi ayah angkat di Jakarta. Isteri beliau sepupu Saptohoedoyo dan saya beruturs surat akan datang dan mengkhabarkan tarikh ketibaan. Seminggu kemudian Kartika tiba dari Jogja untuk berpaeran Solo . Bersama Kartika kami berangkat ke Jogja denga nkeretapi malam...Beliau ibu angkat pertama di Jogja

16) Januari 1970 a: mendaftar di ASRI setelah lulus saringan ujian
17) Feb- Oktober 1970 b : Menyesuaikan diri dengan sistem kelas Seni Lukis: Sketsa, Design Elemeter, grafik. termasuk kuliah Sejarah Seni, Estetika, Seni Timur, kelas tari.
Melakar sketsa terus menerus itu pesan Asisten Dosen kami Nyoman Gunasa.Jujur saja menerima arahannya '50 keping sehari' ? ya patuh saja..sehingga setiap Pameran Hari Kartini bulan April saya meraih hadiah skesta dan kami tampil dengan busana tradisional. Wayan Derani berbaik hati memimjam baju jegek Bali

Djoko Setiohadi antara raka yang serius dalam minggu suai kenal ' plonco'. Tetapi selepas itu saya menjadi adik angkatnya dan membawa ke rumah ibunya . Sejak itu selama tiga tahun Ibu Djoko yang kerap menerima sakit demamku dengan pijet cara Jawa - kerokan

18) Disember 1970 b : bercuti ke Bali, melakar di Sanur, ke Puri Kelungkung, Ubud. Melakar dan berkunjung ke galeri pelukis-pelukis desa juga ke Galeri Water Spies. Bali syurga 
pelukis, ucap kawan-kawanku Made Wianta. Satu hari kelak aku juga mahu mendunia.

19) Di Jogja juga harus didekati. Kami pelajar di rantau yang tidak medapat biasiswa kerajaan.  Tetapi persahabat terjalin melalui persatuan Pertatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia. Acara pertemuan dan kegiataan dengan kerjasama PKPPM, melalui acara sukan, kebudayaan dan seminar. Di Jogja saya dilantik sebagai Sekretarian Kebudayaa.

20) 1970-1971 : Tekat  belajar walau diuji dgn Kehilangan Ayah Dei ( 18 Dis 1970) ,Ninda Bibah ( April 1971) Al Fateha
 Al Fateha Ayah Dei @ Wan Chik Muhammad (1911-1970)

20)1972 : Pulang cuti , melihat wajah penulis, wartawan dtg kr pameran lukisanku di British Council jln Bukit Aman. Wajah Senator Kamal Ariffin (Tan Sri) Pak Hussein Enas ( Dato) Idris Salam, Syed Ahmad Jamal (Dato), Kemala ( Dato) , Ayob Yamin , Yasmin Abdullah...

21)1973: Berjabat tangan dgn Usman Awang ( Dato SN) Salleh Daud, Kapten Ahmad Awang, Ahmad Ghazali, Ahmad Sebi ,jihati Abadi dll - Rombongan PENA singgah di Rumah Persatuan Kembangsaan Pelajar Malaysia Jogja. kami baca puisi . Esoknya saya bawa rombongan ke Rumah WS Rendra.

22) Disember 1973 a: Viva sidang tesis " Pelukis Ekspresionisme : Jackson Pollock dan Affadi
23) 1973 b: Pameran Solo di Galeri Senisono tajaan Amri Yahya Gallery
24) Feb 1974a: Pamelan Solo ke 4 di Taman Ismail Marzuki, tajaan KBM Jakarta.
25) Fb 1974b: Pulang tidak tunggu Vishuda @ konvokesyen. Duit dah habis
26) Mac 1976: Cari kerja
1- Ke DBP tinjau bahagian Grafik
2- ke RTM, Pak Hussien bawa ke bahagian grafik dan setting
3- ke KKBS jumpa Ismail Zain: serah saja tugas. Tunjuk bilik, tempat kerjamu juga di Taman Budaya dan BSLN... Ya saya suka. Buat poster stensil, lay out pameran, buka kelas lukisan kanaki2 di Taman Budaya . Berdamping dgn Anak Alam.

27) 1975 :Di Sudut Penulis mendekat gaya pemikiran. dan persahabat dgn Editor Dewan Sastera, Usman Awang, Kemala. Mula meranca kegiatan Anak Alam... Hingga rasmi dihebuhkan di Rumah Anak Alam depan Padang Merbuk Jalan Parlimen ( ASWA sekarang)
Lelong lukisan Ali Mabuha dan Jo utk keliling dunia.
28) April 1976 a: Dpt panggilan telefon  daripada Dr Mohd Haji Salleh,'"Zainon mahu belajar lagi -dtg UKM ambil dan isi borang"  16 Jun 1976 saya meneruskan status Pascasiswazah di IBKKM UKM

29)1976 b: Dgn SN Usman , kami bersama di Sudut Penulis DBP 
( 1970an-1980)Dgn kegiatan baca Puisi Teater Elit ( Dinsman, Syed Jaaffar, Sutung UmarRS, Ajikik. menari bersama Mazlan Noor.

30) Hari Puisi di Kem Kijang Kelantan.
***
Ya kami diari 40 tahun lalu (1965-1976) Allah SWT Maha Penentu
Ya Rabbi Ampuni kami
Yg terlanjur peri laku
Kurang adab sopan
Kami serah pada-Mu
Al fateha utk guru sahabat masa lalu itu
Allahu Akbar !

Nota Fail 1965-1976