Friday, 18 March 2016

BIOGRAFI RINGKAS SITI ZAINON ISMAIL

KARYAWAN MALAYSIA

_________________________________________________________________
Siti Zainon Ismail
SITI ZAINON ISMAIL dilahirkan pada 18 Disember 1949 di Gombak, Selangor Darul Ehsan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni Rupa (B.F.A) dari Sekolah Tinggi Seni Rupa (SRI) pada tahun 1973 di Yogyakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana Sastera (1980) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (1992). Pada tahun 1980, beliau dilantik menjadi pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, beliau pernah menjadi Fellow Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (1994-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM (1996-1999)  Siti Zainon merupakan Professor Madya di UKM (1995) dan dilantik sebagai Profesor 2000. Setelah bersara beliau dilantik sebagai Prof Tamu di ATMA  UKM (2007) dan pada tahun 2014-2016 diundang sebagai Profesor di Fakulti Kemanusian, seni dan Warian Univerisiti Malaysia Sabah. Meneruskan kuliah Faslasah Kebudayaan dan Kesenia, Estetika Seni, Retorik Penulisan, disamping terus aktif menggalakan kegiatan Seni bersama mahasiswa dan masyarakat di Sabah.

Dalam ujana Kesusasteraan Melayu tanah air, Siti Zainon dikenali sebagai penyair dan pelukis yang aktif dalam pengkajian dan penulisan ilmiah, cerpen, novel, puisi dan kritikan. Siti Zainon memiliki bakat besar dalam bidang lukisan dan penulisan karya kreatif.


TERBITAN 

  • Kajian Buku ilmiah

1.Getaran Jalur dan Warna (Fajar Bakti, 1985), 2. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (DBP, 1986), 
3. Lambang Sari Gamelan Terengganu bersama-sama Harun Mat Piah (UKM, 1986), 4. Percikan Seni(DBP, 1989). 
Tekstil dan Tenunan Melayu (DBP, 1992), 
5.The MALAY Handicraft Design (DBP 1992), 
6. Busana Melayu Johor (YWJ-Fajar Bakti, 1997)
7. Kembara Seni Siti (Galeri Melora 1997)
8. Malay Woven Textile (Ters.Harry Aveling, DBP, 1997)
9. A Journey Into the World of Art. (Galeri Melora 2000)
10. .Zikir Pelangi - The Rainbow Biografi Seni (Galeri Melora, 2000)
11. Pakaian Cara Melayu (UKM, 2006,2007,2009)
12. Angin Si Pauh Janggi (RA  Fine Art, 2008)
13. Memasuki Taman Puisi (DBP 2010)
14. 100 Malay Proverb - 100 Pepatah Petitih Melayu (TIBM, 2010) >Terjemahan ke Bahasa Jepun (2013) Jerman  (2013)
15. Acheh Suara Hujung Tambak (DBP 2012)
16. Silang Seni Siti Zainon  Ismail oleh Sakinah Abu Bakar (DBP 2013)

  •  Buku Puisi

1.Nyanyian Malam (DBP, 1976/ Galeri Melora 2004)
2. Puisi Putih Putih Sang Kekasih (UKM 1984/2016)
3.Perkasihan Subuh (Bulan Mintang Jakarta 1986/ Cindai 
Cinta 1987) 
4. Daun-dauan Muda (Media Intelek 1986)
5. Aquarium Kota (Cindai Cinta 1988)
6. Bunga-Bunga Bulan (Creatif Interprise 1990)
7. Kau Nyalakan Lilin (Grupemusi UKM)
8. The Moon in a Candle (1996), 
9. Cempaka: An Antolgy ( Usman Awang, Siti Zainon Ismail, Kemala, A Ghafar Ibrahim ,trans Harrry Avelinhg (DBP 1992)
10.Pumplet Penyair BUNDA (Unit Kebudaya UKM, 1996)
11.Taman-Taman Kejadian 
(Galeri Melora1996) 
12. Witir Merapi (Galeri Melora 2004)
13 Geulumbang Rayuek Nita SMS Tsunami (Galeri Melora 2005)
14. Kasih Bonda Kampung Paya Kami (DBP 2010, 2015)
15. Bonda's Love (terjemahan Ingeris) dan Russia , terj Victor Pogadeuv.
16.Bait Senandung Malam - The Ryhtym of Night Song (ITBN 2011) dan terjemahan ke Bahasa Inggeris
17. Bijak Si Katak Bijak (Sajak Kanan-kanan -HSPM 2012 (ITBM 2012)
18. Angsa Istana Si Jambul Desa (ITBM, 2014)
19. Surat dari Awan (ITBM 2015)
20. Gemersik Tiga (Bersama Usman Awang, Lim Swee Tin . ITBM 2015)
21. Sahabat Bulu Cantik (ITBM 2016)
22. Anak Kambing Sungai Air Tawar (ITBM 2016)
23. Zaman Cicak dan Mengkarung (ITBM 2016)
24. Cik Bunga Rantau Abang (ITBM 2016)

  • Buku Cerpen

1. Seri Padma (DBP 1984)
2. Attar di Lembah Mawar (1998),
3. Dongeng Si Siti Kecil ( Teks Publishing, 1988)
4. Bunga Putih Putih (DBP 1992,2015)
5. Kampung Paya Kami (Galeri Melora1998)
6. Nyanyian Laut (Galei Melori 2000)
7. Jurai Palma (DBP 2004)
8. Rindu Pala Muda ( DBP 2006)
9.Piazza di Spagna (Galeri Melora 2010)
10. Rumah Waris Uwan (ITBM 2013)

  • Novel

1.  Rembang Flamboyang (Fajar Bakti  Pulau Renek Ungu(1995),
2. Pulau Renik Ungu (DBP 1995,2015)
3. Delima Ranting Senjia (Utusan Publishin 2006)

Sepanjang penglibatan dalam dunia penulisan dan aktiviti kesusasteraan dan budaya, beliau telah dianugerahkan pelbagai hadiah. Antaranya ialah Hadiah Lukisan Batik (1967/68), Hadiah Esei (1988), Penghargaan Seni oleh Seoul Country Club, Korea (1986), 


      Anugerah dan Gelaran 

*  Budayawan Gombak - PAKSI 2012
*  Anugerah Budayanita , Majlis Pembangunan Ekonomi Selangor 2007
* Prof Luar Biasa Universitas Jabal Ghafur , 1996
*Istiqlal Honorary Felow of Poetry, Jakarta 1995
*Anugerah Tan Sri Fatimah-Avon 1993
*Pingat Jasa Kebaktian Selanog (PJK) 1993
*Anugerah Gelar Chut Nyak Fakinah, Lembaga Adat Istiadat dan Kebudayaan Acheh, LAKA 1999
* Anugerah S.E.A. Write Award.
Bangok 1989
*Pingat Jubli Perak Sultan Selangor PJK1986. 
* Piagam "Seoul World Poetry" Korea Selatan 1986
*India Council of Culture Relations  Fellowhip of Valmiki Poetry Festival New Delhi dan Bhopal, India 1985.


Di samping itu, beliau menjadi Ahli Lembaga, Balai Seni Lukis Negara (1991-93), Ahli Majlis Sastera Nusantara (1997), AJK Anugerah Seni Negara (1996-99), Ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor (1995) dan Ahli Majlis Kebudayaan Selangor (1995), Pengersi penyildik Busana dan Tekstil Muzium Negara>Muzium Tekstil , (2002-2010), Pakar ujuk Busana dan Tekstil Yayasan Warisn Johor (2012-2015) Ahli Lembaga Perbadanan Adat Istiadat Melayu Selangor , PADAT (2010-2013), Seniman- Sasteraan Ahli Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja Malasyai (2012), Ppenasihat Ahli Lembaga Yayasan Usman Awan, 2013 -, Ahli Majlis Bahasa an Sastera Sabah (2015-2017)

Sebagai penyair, beliau begitu dikenali di rantau Nusantara. Siti Zainon sering diundang untuk membacakan puisinya di dalam dan juga di luar negara seperti di Bali, Indonesia (1985), Brunei (1986), Thailand (1986), Jerman (1986), Korea Selantan (1986) dan juga London (1986,1992). Puisi-puisi beliau juga telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dunia seperti Inggeris, Bulgaria, Hindi, Urdu, Jepun, Thai, Perancis, Rusia, dan Korea.

No comments:

Post a Comment