"Herstory" Kepengarangan Siti Zainon Ismail. Kenyataan ini bermaksud yang dipaparkannya lebih kepada pengisahan tentang dunia yang dialaminya sebagai pelukis, penulis serta budayawan. Sudah tentu, Siti Zainon memberi kelainan berbandingan pengarang wanita lain sebab dunianya ialah dunia sarjana, dicampuri dunia seni lukis, puisi, cerpen, novel dan eseis. Barangkali di peringkat Asia Tenggara sedikit terlibat seperti Siti Zainon..." Prof Madya Dr Awang Azman A Pawi (DBP 2004).
Friday, 18 March 2016
SUMBANGAN DATA KAJIAN SITI ZAINON ISMAIL DALAM KAJIAN SARJANA LAIN
Tema Sastera Klasik Melayu: Peribahasa dan Bidalan dalam Karya Cetakan Pelukis Malaysia
Jurnal Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu Jilid 3 (2011) 41-53
MAZLAN HJ. A. KARIM Institut Pendidikan Guru, Malaysia
A. RAHMAN HJ. MOHAMED Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Abstrak Sejak Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi 1979, pelukis-pelukis tanah air mula mengambil tema-tema kebudayaan tempatan untuk dijadikan idea karya seni mereka. Karya seni visual bukan sekadar medium untuk memperlihatkan kemahi-ran tetapi juga berfungsi sebagai ungkapan perasaan peribadi pengkarya (personal functions). Peribahasa dan bidalan adalah antara warisan tradi-sional Melayu, mendapat perhatian beberapa pelukis seni cetak Malaysia untuk diangkat sebagai tema karya seni mereka. Objektif penulisan ini ialah untuk mengupas dan memahami secara ilmiah ‘content’ yang meru-juk kepada mesej yang diterjemahkan menerusi karya seni visual oleh pengkarya seperti A. Rahman Mohamad dan Rosiah Mohd. Noor untuk tatapan penghayat. Metodologi yang digunakan untuk proses penelitian karya adalah menggabungkan dua pendekatan iaitu pendekatan kritikan seni Feldman dan pendekatan Neoformalism untuk penulis memahami makna (content) yang cuba hendak disampaikan oleh pelukis seni cetak tanah air. Dapatan kajian mendapati pelukis bukan sekadar merakam penghargaan terhadap keindahan sastera Melayu semata-mata tetapi juga mengandungi mesej berkaitan kehidupan dan budaya masyarakat yang mereka wakili. Kata kunci sastera klasik Melayu; seni visual; subjek; karya cetakan Pendahuluan Karya seni visual bukan sekadar medium untuk pengkarya memperlihatkan kemahiran melukis tetapi juga berfungsi sebagai ungkapan perasaan peribadi pengkarya (personal functions) dan medium komunikasi antara pengkarya dan penghayat. Sepertimana yang dijelaskan Rosalind Ragans (2005: 6), ‚You share your ideas and feelings by using words. You can also communicate through the arts. Art is a language that artists use to express ideas and feelings that everyday words cannot express.‛ Karya seni visual, merujuk Rosalind Ragans (2005: 6), didefinisikan sebagai ‚the visual expression of an idea or exJurnal Elektronik Jabatan Bahasa & Kebudayaan Melayu MAKALAH Jilid 3 (2011) 41-53 e-UTAMA, Jilid 3 (2011) 42 perience created with skill. Visual art is more than paintings hanging on a wall. Visual art includes drawing, printmaking, sculpture, architecture, photography, film making, crafts, graphic arts, industrial and commercial design, video, and computer arts.‛ Seni cetak merupakan salah satu disiplin dalam bidang seni halus yang mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding disiplin seni halus yang lain iaitu seni catan, seni arca dan lukisan. Rosalind Ragans (2005: 48) menekankan bahawa aspek utama dalam penghasilan karya cetakan ialah berkaitan dengan penggunaan blok dan mengkategorikan karya cetakan atau ‘a print’ yang juga dikenali sebagai ‘original work of art’ atau ‘cetakan asli’. Ini kerana cetakan asli dihasilkan menerusi tiga langkah asas iaitu melibatkan pembentukan blok, meletakkan warna pada blok dan memindahkan imej daripada blok ke atas permukaan lain: ‚Printmaking is a process in which an artist repeatedly transfers an original image from one prepared surface to another. Paper is often the surface to which the printed image is transferred. The impression created on a surface by the printing plate is called a print.‛ Patrick Frank (2009: 130) juga menyatakan bahawa istilah cetakan adalah menjelaskan tentang kepelbagaian teknik yang dikembangkan untuk membuat beberapa salinan dari satu gambar. Setiap satu salinan adalah ‘original’: ‚One of the best definitions of an original print comes from artist June Wayne: ‚It is a work of art, usually on paper, which has sibling...They all look alike, they were all made at the same time from the same matrix, the same creative impulse, and they are all originals. The fact that there are many of them is irrelevant.‛ Oleh itu, penghasilan karya seni cetak secara tradisi lebih menekankan proses mendapatkan imej menerusi blok yang diukirkan imej di atasnya. Imej yang dicetak ke atas permukaan kertas dikenali sebagai hasil cetak atau impression. Berdasarkan beberapa definisi tadi, jelaslah bahawa teraan yang merujuk kepada hasil cetak merujuk kepada kesan-kesan yang diperolehi menerusi blok atau matrik yang dicetak ke atas permukaan kertas. Kesan-kesan tersebut menurut Ponirin Amin (1995: tanpa muka surat) merupakan bahasa asas kepada seni cetak iaitu merujuk kepada kesan-kesan jalinan (marks), garisan, bentuk, rupabentuk, jali-nan, ton dan sebagainya. Ia boleh didapati dari pelbagai permukaan alam benda dan buatan manusia. Maka adalah wajar kesan-kesan tersebut diketahui dahulu sebagai suatu kaedah meningkatkan perbendaharaan tampak. Kewajaran saranan Ponirin Amin itu mempunyai signifikan tersendiri sepertimana penegasan Peter Green (1964: 8) iaitu proses mengenal sifat permukaan pada bahan alam semulajadi akan meningkat daya persepsi pelukis terhadap bahan itu sendiri ‚...make us more aware of nature and character of each particular surface of form. The capacity of such prints to develop perception through such visual evidence is important.‛ Malah dari sudut estetika, sepertimana menurut Bernard S. Myers (1958: 189) bahawa keindahan karya cetakan atau ‘the beauty of prints’ itu terpapar menerusi kualiti-kualiti garisan dan jalinan di atas bahantara kertas tadi merupakan ciri unik yang menjadi daya tarikan utama berbanding disiplin seni visual lain.
Tujuan Perbincangan Penulisan ini membincangkan bagaimana karya cetakan digunakan sebagai medium ungkapan perasaan peribadi pengkarya (personal functions) berkaitan tema kebudayaan setempat. Peribahasa dan bidalan adalah antara warisan tradisional Melayu, Mazlan Karim 43 mendapat perhatian beberapa pelukis seni cetak Malaysia untuk diangkat sebagai tema karya seni mereka. Objektif penulisan ini ialah untuk mengupas dan memahami secara ilmiah berkaitan ‘content’ yang merujuk kepada mesej yang diterjemahkan menerusi karya cetakan oleh pengkarya yang dipilih iaitu A. Rahman Mohamad dan Rosiah Mohd. Noor. Karya mereka dipilih menerusi satu pameran anjuran bersama Balai Seni Lukis Negara dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, bertajuk ‘Tampannya Budi’ pada tahun 2009. Penulis memfokuskan perbincangan terhadap persoalan Prof. Madya Salmah Abu Mansor (2009: 6) iaitu sama ada pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah pantun, gurindam, perumpamaan atau syair dan menterjemahkannya ke atas sekeping kanvas atau kertas dalam bentuk imej visual dengan menggunakan pelbagai medium seperti cat minyak atau cat air. Latar Belakang Kajian Sastera Klasik Melayu diperjelaskan oleh Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2009: 8) merujuk kepada fakta bahawa tersulam di dalamnya ‘pandangan dunia’ (worldview) manusia Melayu, kepintaran dan kebijaksanaannya, kekuatan dan ketampanan budinya. Beliau membahagikan sastera klasik Melayu kepada dua iaitu prosa dan puisi. Kedua-duanya menggunakan bahasa yang indah-indah, halus dan tertib. Apabila dibaca ianya menjadi merdu dan berirama, malah lebih lunak kalau didendangkan. Menurut beliau lagi, prosa dan puisi ini awalnya berbentuk lisan. Kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan Jawi dan tersebar ke seluruh alam Melayu. Kedua prosa dan puisi mempunyai kualiti bahasa yang tinggi dan indah, sama ada berbentuk lisan dan berikutnya dalam bentuk tulisan. Keindahan ini senantiasa dikekalkan dan menjadikannya suatu warisan budaya berintelek tinggi yang sangat dihargai dan dimegahkan oleh masyarakat Melayu.
Perkaitan rapat sastera klasik Melayu dengan seni lukis moden Malaysia, merujuk penjelasan Siti Zainon Ismail (1989: 11), telah bermula sekitar 1970-an. Menurutnya, karya-karya seni lukis moden Malaysia ketika itu mula memperlihatkan ciri kecintaan terhadap nilai peribumi. Ini adalah kesan daripada Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan Kini, Disember 1979, anjuran Institut Teknologi Mara (kini UiTM). Kebanyakan pelukis lulusan institusi tempatan mula menyedari hakikat nilai dan identiti tempatan. Keghairahan mencari nilai dan identiti inilah mula membibitkan kesedaran terhadap beberapa unsur budaya – seni, masyarakat dan kehidupan. Beberapa orang pelukis mula menimba idea daripada unsur budaya persekitarannya seperti unsur alam, motif seni/sastera (tradisi/moden), sudut pandangan Islam (konsep Islam, abjad/kaligrafi) dan sebagainya. Di kalangan pelukis seni moden Malaysia sejak 1960-an, sama ada yang menjadikan seni cetak sebagai medium utama mahupun sampingan, merupakan penyajak yang berbakat besar selain kebolehan mereka dalam seni visual. Misalnya Abdul Latif Mohidin yang menghasilkan karya catan dan cetakan yang diilhamkan menerusi cetusan rasa dalam puisinya.
Berdasarkan tulisan Siti Zainon Ismail (1989: 11), beliau menjelaskan bahawa Abdul Latif Mohidin yang sering digelar ‘nature painter’ dengan maksud yang sama sebagai ‘nature poet’ menghasilkan karya menerusi siri e-UTAMA, Jilid 3 (2011) 44 ‘Pago-Pago’ dan ‘Imago’ adalah pengalaman puisi dalam sajaknya yang berkisar tentang alam kehidupan. Dalam konteks perkembangan seni lukis moden Malaysia, buat julung kalinya telah diadakan satu pameran berinspirasikan Sastera Melayu Tradisional seperti pantun, syair gurindam, seloka, puisi dan sebagainya diterjemahkan secara visual melalui karya seni.
Menurut Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin (2009: 5), Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, dalam katakata aluannya melihat acara sebegini telah mengangkat martabat Sastera Melayu Tradisional dengan hembusan nafas baru melalui seni visual yang memberikan gambaran kepada identiti kebangsaan. Pameran yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, bertemakan ‘The Beauty of The Malay Intellect’ atau ‘Tampannya Budi’ adalah anjuran bersama Balai Seni Lukis Negara dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, pada tahun 2009. Intipati pameran ‘The Beauty of The Malay Intellect’ atau ‘Tampannya Budi’ ini, menurut Prof. Madya Salmah Abu Mansor (2009: 6), menjelaskan bahawa pameran ini berakar umbi dalam satu projek penyelidikan yang besar berjudul ‘Budaya Visual Melayu’ yang telah dilaksanakan oleh ATMA semenjak 2006. Menurutnya lagi, setiap karya seni visual juga merupakan ‘teks’ yang boleh dibaca, ditafsir dan dikupas oleh sesiapa saja, pakar dan bukan pakar, dengan lensa masing-masing. Walau bagaimanapun, beliau turut melontarkan persoalan iaitu adakah para pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah pantun, gurindam, perumpamaan atau syair dan menterjemahkannya ke atas sekeping kanvas atau kertas dalam bentuk imej visual dengan menggunakan pelbagai medium seperti cat minyak atau cat air. Bentuk dan stail karya seni visual di awal perkembangan seni lukis moden Malaysia iaitu pada tahun 1930-an adalah bersifat universal dan kebaratan. Muliyadi Mahamood (2001: 58) menggambarkan sejak 1970-an dan 1980-an, para pelukis tempatan mula merujuk kepada kesenian tradisi dalam memenuhi hasrat pencarian identiti. Seni tradisi seperti batik, ukiran kayu, songket, hikayat, sastera dan seni bina menjadi rujukan pelukis sebagai ‘subjek’ mahupun motif dalam berkarya. Maksud istilah ‘subjek’ yang digunakan dalam penulisan dijelaskan di bahagian metodologi kerana perlu dikaitkan dengan dua lagi elemen penting dalam pembentukan karya seni visual.
Rujukan dan kesedaran terhadap kekayaan seni tradisi semakin memuncak selepas Seminar Akar-Akar Kesenian Peribumi yang diadakan pada tahun 1979 di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Kertas kerja yang dibentangkan oleh Syed Ahmad Jamal (1973: 313) di Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 16-20 Ogos 1971 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah menyarankan tentang kepentingan mewujudkan satu konsep ‘Seni Lukis Malaysia’. Pada pandangan Syed Ahmad Jamal, konsep ‘Seni Lukis Malaysia’ bukan sekadar menggambarkan pokok kelapa, sawah padi, tepi pantai, perahu, pondok atap tetapi lebih daripada itu. Beliau menekankan tentang sifat-sifat seni lukis Malaysia kini.
Menurut Siti Zainon Ismail (1989: 65-66), perkembangan awal seni lukis tanah air yang diwakili oleh Yong Mun Seng dan Abdullah Arif (1930) menerusi cat air masih kurang intinya dengan masalah budaya tempatan. Sekadar menyatakan idea luaran yang diolah berdasarkan beberapa tema atau subjek yang menampakkan pemandangan atau peristiwa di tanah air. Tanpa rujukan khas yang dilakukan oleh penghasil seni, sejarah seni budaya Tradisi Agung semakin mengecil tanpa menam- Mazlan Karim 45 pakkan penggarapan idea tempatan itu menyebabkan seni lukis Malaysia seperti tidak mempunyai identiti. Beliau menganggap ‘Kongres Kebudayaan Kebangsaan’ di awal tujuh puluhan dan ‘Akar-Akar Kesenian Peribumi dan Perkembangan Kini’ (1979) merupakan peristiwa yang mencabar dalam perkembangan seni rupa tanah air. Kedua-dua peristiwa itu merupakan satu detik penting kepada seniman atau pelukis terhadap kesedaran tentang pembentukan seni lukis: lukisan dan cat tanah air. Bebe-rapa pelukis muda di awal 1970-an seperti Ruzaika Omar Basaree dan Lee Kian Seng mengambil imej Tradisi Agung melalui pemilihan subjek seni ukir – bangau, perahu, atau permainan tradisi – tetapi menciptanya kembali dengan nada sezaman, men-jauhi penampilan tradisi seperti yang dihasilkan oleh Nik Zainal Abidin mahupun Yusof Abdullah, A. Khalid Yusof dan A. Ghaffar Ibrahim yang menampilkan Tradisi Agung seni khat bebas. Manakala Sulaiman Esa pula peka dengan media tenunan dan cat dalam mencari erti semangat seni Tradisi Agung melalui siri ‘Ke Arah Tauhid’nya. Muliyadi Mahamood (2001: 58) juga menganggap Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan seni lukis moden Malaysia. Kongres tersebut telah membuka arah seni yang baru dengan dasar-dasarnya yang menjurus kepada pembentukan identiti nasional iaitu ‚tiga konsep penting dibina sebagai asas Kebudayaan Kebangsaan. Pertama, Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini. Kedua, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan, dan ketiga, Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu‛ (Muliyadi Mahamood, 2001: 58)
******Siti Zainon Ismail (1999). Acuan Kuih Tembaga (Kuih Loyang dan Buhulu). Dlm. Glosari: Kesenian Budaya Benda. Kuala Lumpur: Jabatan Persuratan Melayu UKM.
Siti Zainon Ismail (2009). Seni Rupa Dunia Melayu. (Layari pada 31 Julai 2009). Diperolehi daripada blog Siti Zainon Ismail. http://senirupasiti.blogspot.com/2009/06/seni-rupamelayu-kesenian-rakyat.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment