Wednesday, 9 March 2016

KOMENTAR KASIH BONDA KAMPUNG PAYA KAMI



Monday, 10 November 2008


Kasih Bonda -

Kampung Paya Kami

Tajuk Buku : Kasih Bonda - Kampung Paya Kami

Penulis : Siti Zainon Ismail
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka 
Pengulas : H. Ardy


Saat kita melalui zaman serba canggih ini, berapa
ramai
orang yang suka mengimbau kenangan silam hidup 
mereka di kampung yang kental dengan unsur
tradisinya? 
Berapa ramai pula yang sanggup mempertahan
kannya daripada dikambus oleh pemodenan atas 
nama kemajuan?

Mungkin itu mesej yang ingin disampaikan oleh Siti Zainon Ismail melalui kumpulan 
puisi sketsa Kasih Bonda: Kampung Paya Kami. Kumpulan puisi in lahir mungkin 
untuk mendepani usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memperkenalkan
Draf Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 yang dicanangkan akan menghapuska
kampung tradisi di pinggir Bandar.

Kumpulan puisi ini terbahagi kepada lima bahagian: Keluarga Kami (Bahagian 1),

Halaman Sekolah (Bahagian 2), Kehidupan Kampung (Bahagian 3), Mari Bermain
(Bahagian 4),dan Perayaan (Bahagian 5). Keseluruhannya memaparkan 47
buah puisi Pengenalan kumpulan puisi ini dinukilkan oleh Sasterawan Negara 
A. Samad Said.

Siti Zainon memulakan kumpulan puisinya dengan “Sungai Gombak, Kasih

Bonda”. Penyair 
menggambarkan Sungai Gombak pada tahun 1950-an yang masih terpelihara, dengan 
jambatan gantung yang merentanginya dan ikan teberau yang melompat-lompat ria.
Di gigi airnya para ibu membasuh kain manakala anak-anak kecil berlompatan mandi.
Peri kasih Siti Zainon kepada Sungai Gombak digambarkan pada bait ini: di situ 
darahku mengalir/o kasih bonda/kala bidan Diyeh membersihkan uri/pertama kali 
aku mandi suci/mensyukuri limpah kasih ibunda kami.

Puisi lain di Bahagian 1 banyak mengungkapkan diri penyair dan keluarga. Antaranya 
puisi “Rumah Kami” yang dimulai dengan kehadiran Siti ke dunia. Penyair juga
menukilkan puisi yang menceritakan si ibu berusaha keras mencari rezeki, si ayah 
yang suka bertukang, dan almari hias nenek yang dikelilingi pelbagai perkakas.

Bahagian 2 memuatkan puisi tentang alam persekolahan Siti. Selain mengaut ilmu
dunia, Siti tidak mengabaikan ilmu akhirat. Jika paginya di sekolah, petangnya pula
di surau. Hal ini digambarkannya melalui puisi “Surau Tinggi Kami”. Selain itu,
terdapat puisi tentang Bulan Bahasa Kebangsaan, hari peperiksaan dan hari ibu bapa.

Budaya hidup berkampung penuh tradisi digambarkan pada
Bahagian 3. Siti Zainon membariskan puisi tentang tradisi meraut lidi, mengail ikan,
membakar lemang dan mendulang bijih. Agak menarik kerana penyair menggambarkan
masyarakat kampung pelbagai kaum yang hidup dalam harmoni. Antaranya puisi 
“Aya Kacang Putih”, “Apek Kelentong”, “Mamak Rojak” dan “Orang Arab Jual Kitab”.

Bahagian 4 memuatkan puisi tentang permainan dan persembahan tradisi yang diamalkan
di Kampung Paya seperti bermain congkak, panggung bangsawan, dan 
opera Cina. Bahagian 5 pula sarat dengan puisi yang mengisahkan adat tradisi dan 
suasana perayaan orang Melayu. Antaranya “Bakar Kuih Baulu”, “Sembelih Ayam”, 
“Setelah Takbir Raya”, “Penanggah”, dan “Silat Pengantin”.

Menghayati kumpulan puisi ini menyebabkan kita terkenang sesuatu yang kita
 sudah kehilangan pada hari ini. Penyair menggunakan ungkapan yang
 mudah dan tidak terlalu puitis. Mungkin penyair ingin menyampaikan
mesej terus kepada khalayak, khususnya pihak berkuasa tempatan supaya
 berfikir panjang sebelum bertindak.

Sumber : Dewan Sastera Oktober 2008
- Ssee more at: http://myulatbuku.blogspot.my/2008/11/kasih-bonda-kampung-paya-kami.html#sthash.mjYY9VaP.dpuf

No comments:

Post a Comment