Monday, 14 March 2011
SENTUHAN RASA SITI ZAINON
ISMAILDANHAN SUYIN
DALAM A MANY
SPLENDOURED THING
Siti Zainon Ismai (kiri dan Han Suyin. Gambar Berita Harian
BARAT melihat cerminan diri! Itulah
ungkapan yang sesuai digambarkan antara
dua karektor, iaitu Dr SitiZainonIsmail,
penulis, pelukis dan budayawan dengann
Han Suyin seorang penulis novel
moden dan autobiografi
yang banyak menghasilkan
karya hebat antaranya novel,
A Many Splendoured Thing.
Pernah menerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) pada 1989,
Dr Siti Zainon pada mulanya mendalami novel karya HanSuyin dan secara perlahan-lahanmengagumiserta mendapati mempunyai banyakpersamaan, secara kebetulan, denganpenulis kelahiranHenan, China.
Suyin atau Dr Elizabeth CK Comber, berdarah kacukanChina Belanda, menerima latihan doktor perubatan diLondon dikagumi Dr Siti Zainon kerana kecenderungan pengarang itu menghasilkan karya berdasarkan pengalaman dan penelitian terhadap kehidupan sekeliling untuk menggambarkan sesuatu secara realistik.” (Berita Harian, 10 Mac 2011).
Benarkah? Sesiapa yang mengenali Dr. Siti Zainon (mesra dengan panggilan Izan di kalangan kawan-kawan) tentunya dapat memikirkan cara berfikirnya ketimbang pemikiran Han Suyin melalui karya-karyanya. Ramai tak mungkin kenal pengarang Suyin tetapi ramai yang kenal Izan sebab beliau masih bernafas dan masih berkarya. Tidak pasti apakah ada persamaan pengalaman hidup Suyin dalam A Many Splendoured Thing, sebuah kisah autobiografi dengan pengalaman hidup Izan?
Tentunya Izan menimba banyak pengalaman ketika di Yogyakarta di zaman remajanya dahulu sebelum pulang dengan segulung ijazah daripada Akademi Senirupa Indonesia (ASRI). Barangkali pula Izan memiliki pengalaman A Many Splendoured Thing-nya sendiri. Jika tidak di Yogyakarta, di tanah air sendiri setelah bergelar tokoh seni dan intelek.
Sesiapa yang pernah mengenalinya masih ingat kerjaya awalnya sebagai Pegawai Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan dalam tahun 1970an dahulu dan penglibatnnya dengan Persatuan Anak Alam yang bergiat berhampiran Padang Merbuk di Kuala Lumpur. Dato’ Atondra, Dato’ Kemala, Ayob Yamin atau Yasmin Abdullah tentunya masih ingat. Izan juga pelukis, dia juga pemuisi, dia juga novelis dan dia juga cerpenis. Yang belum diusiknya mungkin bidang seni suara atau seni muzik.
Disebabkan lamanya Izan berada di Tanah seberang maka bahasanya pun mirip orang seberang tetapi lebih berlenggokkan Minang, bukan Jawa. Tetapi entah mengapa pada suatu ketika Izan lebih cenderung untuk menghadirikan diri ke Tanah Aceh. Izan pun pernah menerima gelaran dari sana. Ramai penulis dan pelukis yang satu angkatan dengan Izan, terutama Latiff Mohiddin tidak akan lupa suara lunak Izan apabila bercakap dan berbicara. Dan apabila berada di Sanggar Anak Alam Izan akan menghabiskan masa melukis.
Demikianlah, barangkali Shuhaniza Said yang menulis di Berita Harian secara rasional membuat perbandingan kreativiti antara dua pengarang berdasarkan kepengarangan dan realiti kehidupan. Barangkali itu - tidak lebih dan tidak kurang! Sentuhan hati dan rasa dalam novel A Many Splendoured Thing mencerminkan persamaan begitu mendalam bagi kedua-dua tokoh. Intipati novel ini apa ya?

Posted by BANG BEY GADONG at 00:45
- hashim14 March 2011 at 10:22Hebat juga Prof. Siti kita ini. Beliau patut menulis tentang A Mny Splendoured Thing versi beliau sendiri supaya kita dapat bayangkan kisah suka-duka beliau dalam dunia percintaan. Judulnya nanti mungkin diberi nama "Indahnya Cinta".