ROSNAH BAHARUDIN Wacana Wanita Melayu dan Sastera. 2003. ISBN 967-942-642-4. 336 hlm. RM40.00. ********Buku ini menganalisis novel dan cerpen yang diterbitkan antara 1930-90an. Pengarang membawa pelbagai pengalaman dan persoalan hidup, dari yang dihadapi wanita desa, kota dan istana hinggalah golongan etnik Murut di Sabah. Pemilihan wanita sebagai watak utama tidak terhad kepada karya oleh pengarang wanita sahaja. Pengarang lelaki turut menggambarkan pengalaman dan perasaan protagonis wanita seperti dialami oleh watak Siti Musalmah dalam Wajah Seorang Wanita. Begitu juga Rosmini Shaari mengutarakan Sabri sebagai watak utama novelnya Hujan Debu yang menyorot latar masa mulai kedatangan Jepun 1941 hinggalah 1990-an. Dalam latar masa yang bermula pada tahun 1930-an memungkinkan pembaca memahami pengalaman wanita yang digambarkan sebagai puteri raja dalam novel Melati Kota Bharu, orang desa dalam Jejak Langkah dan golongan guru terlibat dalam politik dalam novel Anugerah dan wanita dalam kongkongan adat dalam Dukanya Abadi. Karya yang dianalisis dibahagi kepada dua, iaitu yang ditulis oleh pengarang wanita dan pengarang lelaki. Pembahagian ini bagi melihat secara umum kecenderungan pelukisan watak wanita dalam karya pengarang berkenaan. Pengarang wanita cenderung bertindak kerana keterbatasan upaya. Tijah dalam Jalus Sinar Di Celah Daun digambarkan mempunyai wawasan tersendiri terhadap diri dan keluarga maka beliau tidak takut bekerja kuat. Wanita baru ini seperti Zaidah dalam Pulau Renik Ungu semakin terdedah kepada dunia pekerjaan yang menuntut ketekunan, walaupun terpaksa mengembara meninggalkan keluarga. Ini tidak terkecuali pada watak Siti Nur dalam Pengorbanan karya pengarang wanita Brunei, Norsiah Abd. Ghafar. Sebagai doktor, Siti Nur telah mencapai kedudukan tinggi dalam bidang kerjaya. Pengarang lelaki pula mampu membela diri, tidak dilindungi dan terdedah kepada ketidakadilan social dalam masyarakat. Watak wanita-wanita itu banyak terdapat dalam cerpen Usman Awang dan novel A. Samad Said. Penekanan kepada pengalaman hidup wanita dalam karya-karya itu penting untuk memahami peranan wanita Melayu dalam sejarah bangsa Malaysia. ROSNAH BAHRUDIN, Ph. D., Prof . Madya di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau aktif menulis esei tentang sastera dan wanita yang diterbitkan dalam jurnal Persuratan Melayu, Sari . Dewan Sastera dan lain-lain. Bidang kajiannya ialah Sastera Melayu Moden, Kritikan Sastera dan Kajian Wanita dalam sastera. |
"Herstory" Kepengarangan Siti Zainon Ismail. Kenyataan ini bermaksud yang dipaparkannya lebih kepada pengisahan tentang dunia yang dialaminya sebagai pelukis, penulis serta budayawan. Sudah tentu, Siti Zainon memberi kelainan berbandingan pengarang wanita lain sebab dunianya ialah dunia sarjana, dicampuri dunia seni lukis, puisi, cerpen, novel dan eseis. Barangkali di peringkat Asia Tenggara sedikit terlibat seperti Siti Zainon..." Prof Madya Dr Awang Azman A Pawi (DBP 2004).
Thursday, 10 March 2016
PULAU RENIK UNGU DALAM KAJIAN PROF MADYA DR ROSNAH BAHARUDIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment