
Pendahuluan
Sekretariat Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 (HSPM) telah menerima
sejumlah 51 buah kumpulan (karya secara individu) sebagai penyertaan.
Kumpulan puisi ini diterbitkan oleh berbagai-bagai penerbit di Malaysia.
Kesemua kumpulan puisi ini dibaca dan dinilai oleh panel penilai di
peringkat saringan dengan menggunakan kriteria dan kayu ukur
yang telah digariskan oleh pihak Sekretariat HSPM 2014.
........................
KATEGORI B: PUISI ECERAN
Sekretariat HSPM 2014 menerima sejumlah 2,181 buah puisi daripada pelbagai sumber media penyiaran sepanjang tahun 2014 yang lalu. Daripada jumlah itu, dilakukan dahulu penilaian di peringkat saringan, dan hasilnya sebanyak 126 buah karya dibawa ke mesyuarat penilaian akhir. Panel menilai dengan teliti, dan mengambil kira segenap aspek yang perlu untuk memilih karya yang didapati berkualiti; yang bererti mempunyai muatan subjek yang baharu, segar serta digarap dengan menggunakan medium bahasa yang juga segar dan kaya estetik, serta dapat mengangkat pemikiran kepada khalayak. Karya sewajarnya boleh membuka minda khalayak pembaca juga, dapat mempertingkatkan kefahaman kepada kehidupan dan kemanusiaan, tidak terkecuali mendekatkan diri mereka kepada Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Karya seharusnya juga dapat menjadi penanda aras yang baharu kepada bidang penulisan puisi di negara kita.
Setelah menilai dengan penuh saksama, sebanyak 33 buah puisi disenaraipendekkan untuk dibawa ke peringkat akhir. Hasilnya, 10 karya yang berikut ini diperakukan sebagai layak diberikan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014, iaitu:
1. “Di Padang Sarjana”, Tuah Sujana, Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014.
2. “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib”, Rahimidin Zahari, Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014.
3. “Kepada Perempuan Laut”, Siti Zainon Ismail, Dewan Sastera, Jun 2014.
4. “Rezeki Bumi”, Siti Zainon Ismail, Dewan Sastera, Jun, 2014.
5.“Perkebunan Budaya Melayu”, Basri Abdillah, Dewan Budaya, Julai 2014.
6. “Membaca Aksara”, Muhammad Haji Salleh, Dewan Masyarakat, Julai 2014.
7. “Tigris”, Rosli K. Matari, Jendela Timur, Ogos 2014..8. “Dari Mimbar Shinjuku”, Syafiq Zulakifli, Mingguan Malaysia, 30 November 2014.
9. “Al-Kisah, di Negara yang Memansuhkan Bahasa”, Muhammad Haji Salleh, antologi‘Nyala Api2. “Kalaulah Papa Memukulmu, Adib”, Rahimidin Zahari, Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014.
3. “Kepada Perempuan Laut”, Siti Zainon Ismail, Dewan Sastera, Jun 2014.
4. “Rezeki Bumi”, Siti Zainon Ismail, Dewan Sastera, Jun, 2014.
5.“Perkebunan Budaya Melayu”, Basri Abdillah, Dewan Budaya, Julai 2014.
6. “Membaca Aksara”, Muhammad Haji Salleh, Dewan Masyarakat, Julai 2014.
7. “Tigris”, Rosli K. Matari, Jendela Timur, Ogos 2014..8. “Dari Mimbar Shinjuku”, Syafiq Zulakifli, Mingguan Malaysia, 30 November 2014.
dalam Dada’, terbitan ITBM, 2014.
10. “Mencari Jernih”, Shapiai Mohammad Ramly, antologi ‘Cerita Alam Gelora Hujung Benua’,
“
ULASAN
1.“Kepada Perempuan Laut” karya Siti Zainon Ismail
Puisi ini mempamerkan antara lain kisah kehidupan sukar wanita di pesisir pantai di Kepulauan Melayau (di Indonesia ) hatta di mana-mana jua pun; bergelut untuk hidup di samping mempertahankan maruah, adat dan budaya. Oleh tuntutan yang sentiasa menghimpit, keunggulan wanita lampau menjadi inspirasi. Keistimewaan wanita pulau di Penyengat Tembilahan dilihat dari segi kekayaan serta keunikan tradisinya, cara mereka berpakaian, beradat malah pada keunikan masakan tempatan.
Namun kini, dibimbangi sebahagian daripada tradisinya, ilmu pencak silat, perhiasan wanita dengan keunikan seninya perlahan-lahan akan pupus. Warisan yang masih bersisa perlu diselamatkan dengan kesedaran, ilmu dan kewajipan. Fenomena yang dikisahkan hanya secepis dari kisah kemusnahan; pemerhatian, bukti atas kemusnahan itulah yang wajar menjadi pengajaran. Susuk budaya yang kaya akan lenyap dan tidak akan kembali lagi. Puisi elegi ini sekaligus gagasan mempertahankan tradisi yang dimiliki oleh gugusan pulau-pulau Melayu di Nusantara.
2. “Rezeki Bumi” karya Siti Zainon Ismail
Puisi ini menyorot keajaiban ciptaan Allah bemula dengan Nabi Adam yang dihantar ke bumi untuk menunaikan amanat memakmurkan alam; melahirkan zuriat dan keturunan manusia. Sesudah itu mereka diuji kerana kasih sayang-Nya; hikmah kesabaran menempuh ujian dibalas kebaikan dunia dan akhirat. Untuk anugerah yang besar itu manusia diingatkan untuk tidak bersikap angkuh, setelah diberikan pelbagai nikmat berkeluarga, bumi yang kaya-raya, dilimpahi makanan dan sumber bumi, seperti yang diungkapkan dalam baris-baris berikut ini:
Masihkah kau lupa
pabila kekayaan tiba
melupakan petaka menjadi bangga
menakluk sendiri harta Ilahi?
pabila kekayaan tiba
melupakan petaka menjadi bangga
menakluk sendiri harta Ilahi?
Karya ini menganjurkan agar manusia menelusuri sejarah nabi Adam seterusnya menjadikannya sebagai iktibar, hanya ‘…kerana sebutir buah terlarang/ kami berpisah panjang!’ Demikian hukuman yang diterima oleh Adam dan Hawa yang asalnya penghuni syurga!
KESIMPULAN
Demikian, sebuah kumpulan puisi yang berjudul Jaulah Sampai Syurga diangkat menjadi penerima HSPM 2014 kali ini. Sebagai sebuah kumpulan puisi, ia diharap dapat mengalirkan intipati makna karya kepada pembaca. Subjek yang mendasarinya dikira kukuh dalam pengucapan yang mampu mengangkat apresiasi tinggi. Kumpulan ini dihasratkan berupaya menghembuskan kesegaran baharu kepada pengalaman pembacaan, penikmatan dan resepsi khalayak di persada kesusasteraan Melayu kita. Manakala, 10 buah puisi dari jumlah 2,181 yang tersiar dalam pelbagai media penerbitan sepanjang tahun 2014, yang kemudian disaring awal sehingga 126 buah, yang telah dipilih memenangi HSPM 2014 ini sesungguhnya mampu menggugah indera pembaca, bukan sahaja bersandarkan subjeknya yang selektif, tersaring baik dan matang dari segi pengolahan, akan tetapi pengarangnya membuktikan telah menggunakan bahasa yang kreatif serta segar dalam menghantarkan mesej tersiratnya kepada khalayak.
Dr. Lim Swee Tin
Dr. Sakinah Abu Bakar
Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali
No comments:
Post a Comment