Monday, 14 March 2016

KUTIPAN UNGKAPAN QUOTES SITI ZAINON ISMAIL

Siti Zainon IsmailSiti Zainon Ismail > Quotes


Siti Zainon Ismail quotes (showing 1-7 of 7)

“Kuberi kepada kamu
ya bangsa kami
rumah sastera kita
silakan naiklah ke tangga.

(Rumah Sastera Kita)”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan
“Kita memacu anak muda
amat pedih menunggu zaman merdeka,
negeri yang tidak pernah alah
oleh mata siasat.

(Surat Dari Awan)”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan
“Merdeka, pinta sukma
ke penjara kata si kuasa
dan kerusi itu pun terbakar
api merah berpinar
dan kau kembali sunyi sepi.

(Rumah HAM)”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan
“Sekarang dia ada suara
dengan dapatnya tanda nama
tanpa fasih bahasa ibunda Negara
kerana lidahnya bahasa bumi dari moyang antarsana
menjadi bumiputera kuning juling.”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan
“Peta ini siapa yang menentunya, Tuan
nenek moyang kita petanya angin
hujan guruh bintang awan dan langit.

(Peta Negeri Hati Ini, Tuan)”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan
tags: bangsanegara
“nyalakan bijaksana
melangkahlah
dengan Bismillah

(Alif Lam Ra)”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan
“Memang rumah kita
hanya buku
rak kayu goyang
lantai reput beranai
buku sasterawan
di mana wasiat kami tinggalkan
tergantung di arkib
atau daun mimpi.

(Rumah Sastera Kita)”
― Siti Zainon IsmailSurat Dari Awan

No comments:

Post a Comment