Monday, 14 March 2016

RUMAH BUDAYA WARISAN NEGERI SELANGOR?

Thursday, 26 November 2009

Membina taman dan rumah budaya warisan Selangor??

Rumah Melayu, bumbung limas, anjung berperabung -
contoh umum dari perbatasan Perak- Selangor

PERBADANAN  ADAT DAN WARISAN  NEGERI SELANGOR ? Apakah terlambat bagi negeri kaya di Malaysia ini baru memikirkan makna warisan yang dinilai dari sudut ADAT , ADAB dan WARISAN SEJARAH . Ini bukan kerja impian dan main silap mata. Jentik jari jadilah seni bina warisan yang sudah hampir luput di mata manusia yang bermastautin di negera cantik ini. Kawan bijaksana dengan latar pegangan ilmu sudah mula menjuih, menjeling dengan sindiri " Asyik-asyik nilai warisan, apakah seni budaya tidak berkembang lagi?"
Bukan soal perkembangan seni budaya semasa, tetapi bagaimana wajah warisan itu masih bersisa, masih diaplikasi dalam berbagai bentuk persembahan yang sejak mutakhir ini seakan sengaja diketepikan, dengan alasan kreativiti. Anehnya kawan-kawan pemikir itu berlatarkan ilmu dunia yang pernah memuji warisan coloseum Roma, menceduk perairan terusan Venice hingga muncul metafora Gondola di tasik Puterajaya..Sedangkan untuk membina citra negara, milik sejarah itu sudah ada...mana perahu berhias di kepala dengan paruh dan jambul burung dan ekornya dengan sayap petalawati. Malah dengan meriah mengadakan pesta perahu ular naga???
BEGITU juga bumbung perabung, limas, buah butong atau petala junjung sirih di puncak bumpung, sulur bayung di sayap hujung perabung, ukir hias di tabir tebar layar. Memang pernah naik rekabentuk begitu di hiasan Bank Bumiputera Jalan Melaka (maaf saya masih mengekal nama bank ini), atau perabung bertingkat PNM , tubuh gendang meninggi bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan terbaru tentu saja perabung bertingkat di Istana Budaya, wajah destar bumbung Perpustakaan Negera. Nama juru bina yang membantu citra warisan sejarah patut disebut, antaranya YM Raja Bahrin yang mencerahkan bangunan Muzeum Negeri Trengganu.
YA TIDAK  salah rasa, kalau mantan PM nak wujudkan kehebatan zaman Mogul India atau kubah merah rambu ala rekabentuk Turki zaman Uthmaniah, hingga mengimpot pekerja dari langsung dari benua asal sana. Cuma di benak saya, yang diharapkan para pereka bentuk, juru seni bina tidak menolak citra warisan terutama dalam bilik kuliah, hingga awal-awal di tahun pertama di telah disogok sejarah seni bina dengan gai istilah citra seni bina Eropah atau Moghul Islam, hingga di tahun akhir untuk menyiapkan tesis baru tercari makna apa itu perabung, sulur bayung, kenapa wakaf di bina di halaman masuk pintu masjid, di mana letak kolam untuk berwuduk, bagaimanakah gerbang, pagar dan kota Melayu. Jawaban senang pelajar, oh tidak ada buku dapat di rujuk?
YA DALAM proses menguwudkan Balai Adat Melayu, kami membuka pintu untuk anda yang amat menyanyangi dan menghargai warisan tanam, dan rumah budaya sebagai warisan negeri Selangor, sudilah berkongsi fikiran....sudilah mengkaji dan merancang untuk mewujudkan reka bentuk taman dan rumah budaya sebagai citra Balai Adat Melayu. Bagitu juga dengan pengisian seni persembahan, tarmasuk seni tari, muzik, permainan rakyat, busana akan dijuruskan kepada warisan Adab dan Nilai Islamis.
PENGKAJI yang bermiat untuk memberi sumbangan idea (dalam Seminar - semua bidang ilmu) sudilah merujuk teks Melayu Klasik : Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Salasilah Melayu Bugis, Misa Melayu, Hikayat Merung Mahawangsa dll termasuk teks pantun, gurindam seloka) Kelak dari sama kita akan menemukan nilai pemikiran Melayu yang dapat digunakan untuk menaik taraf fahaman warisan sejarah dan nilai-nilai Islam sebagai pengangan dasar)


Antara bidang kajian:
Seni bina - taman rumah Melayu
Makanan-masakan
Seni tari musik, busana dan tekstil
Kesenian dan permainan rakyat
Senik Lukis - khat
Sastera - bahasa: puisi klasik dan moden
Latar kajian:
Sejarah - asal usul
titik utama - pemikiran Melayu-Islam
Pandangan- cadangan - hasil temuan
Kerja kajian ini wajar mendapat kerjasama dan sokongan yang melibatkan seluruh kumpulan seni badaya Selangor termasuk Persatuan Sejarah, Galeri Seni Lukis Selangor, ahli Majlis Kebudayaan Selangor dan Jabatan Seni Budaya dan Peradaban di IPT / IPTS Selangor dll
Satu seminar - forum - bengkel persembahan dan pameran seni budaya di 9 daerah juga IPT di Negeri Selangor akan diadakan sepanjang bulan Mac-Jun 2010....saya tunggu komentar dan pandangan para sahabat. Kritik juga boleh demi pembangunan roh adab Melayu di Negeri Selangor Darul Ehsan. Untuk pengetahuan bersama , PAWMNS (hush malu pula nak pakai ringkasan begitni) dan Balai Adat Selangor adalah di bawah naungan DYMM Paduka Sultan Selangor. Amin
Siti Zainon Ismail
Pakarujuk Seni Budaya Warisan
Balai Adat Selangor (PAWMNS) 2009-2010

No comments:

Post a Comment