PERSEMBAHAN
MESTIKA HATI
PADAT
5.10.2010
1. NOTA Dewangga Sakti: 27.4.2010
Sesi latihan Perbadanan Adat Melayu dan
Warisan Selangor(PADAT) yg diadakan di
Muzium Shah Alam utk program dijadual
kan 5 Mei di Stadium Malawati,8malam dan
akan dirasmikan Tuanku Sultan Selangor.
Dua ahli tidak turut serta kerana berada di
luar kesultanan. Ini program yang mengga-
bungkan ramai pemuzik untuk satu pemen-
tasan yg disusun ke dalam bentuk teater
bertahjuk 'Mestika Hati' arahan Ladin
Nuawi dgn skrip oleh Dr Siti Zainon.
Kumpulan lain yg terlibat adalah Dendang
Anak,Keroncong Arif Lukisan,kompang
cempuling,
Gondang 9,Kanak-kanak Bingkas Kebayan
Yayasan Selangor dll Lagu tema oleh Adinda
Amiro dgn puisi oleh Ladin Nuawi
Friday, April 23, 2010
PADAT
Aktiviti kami pada tahun ini baru sahaja menemui titik mula yang aktif. Sunyi daripada persembahan di awal tahun ,kami sudah mula bergerak semula meski tidak lah terlalu aktif seperti kumpulan lain.
Baru-baru ini kami menyerikan persembahan di pameran solo kedua Sasterawan Negara,Datuk Dr A Samad Said di Balai Seni Lukis Negara. Pameran bertajuk 'Kata Luhur' itu memuatkan lakaran dan lukisan Pak Samad yang akan dipamerkan di sana selama sebulan. Turut membuat persembahan yg juga sempena hari lahir Pak Samad itu adalah Meor Yusof Azidin, Taheera,Rahmat Haron,Rahimidin Zahari dan Space Gambus Experiment.
Dua hari lepas, kami terlibat membuat persembahan selingan di pertandingan akhir debat sekolah-sekolah Malaysia yang berlangsung di kampus lama kami di Gombak. Ini kali ketiga kami terlibat untuk acara yang sama.
Rakaman album pula sudah disambung semula beberapa minggu lepas di UK Perdana.
Sementara itu,kami juga terlibat dengan pelancaran dan perasmian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) yang akan berlangsung di Stadium Malawati,Shah Alam pada 5 Mei jam 8 malam. Majlis ini akan disempurnakan Tuanku Sultan Selangor dan masuk adalah percuma.
Kami dijemput oleh budayawan ,Dr Siti Zainon yang secara berjenaka memanggil kami dari Kesultanan Gombak. Baca catatan beliau di sini.
Pementasan ini bertajuk 'Mestika Hati' yang disusun di dalam bentuk teater oleh Abg Ladin Nuawi dan memakan masa selama 30-35 minit. Kumpulan lain yang terlibat di dalam Mestika Hati -Dendang Anak, Kanak-kanak Bingkas Kebayan, Kumpulan Keroncong Arif Lukisan,Kertung Orang Asli Batu 12 Gombak, Kumpulan Cempuling, Kompang,Gondang 9 dan lain-lain lagi.
Lagu tema Mestika Hati pula dicipta oleh Adinda Amiro.
Moga-moga tahun ini perjalanan kami makin bersemarak dan terus konsisten.
Salam hormat.

Monday, May 03, 2010
Mestika Hati
Pelancaran dan perasmian Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor(PADAT) akan berlangsung pada 5 Mei,Rabu,8malam di Stadium Malawati,Shah Alam. Majlis bakal disempurnakan Tuanku Sultan Selangor.Kumpulan lain yg terlibat adalah Dendang Anak,Keroncong Arif Lukisan,kompang,cempuling,Orang Asli Batu 12 Gombak,Gondang 9,Kanak-kanak Bingkas Kebayan,Yayasan Selangor dll.
Semua kumpulan bergabung menghasilkan persembahan Mestika Hati yg skripnya ditulis oleh Dr Siti Zainon dan diarahkan oleh Ladin Nuawi ke dalam bentuk teater.
Lagu tema dihasilkan Adinda Amiro dengan puisi nukilan Ladin Nuawi.
Masuk percuma! Semua dijemput hadir ke Stadium Malawati Rabu ini!

No comments:
Post a Comment